GEJALA HILANG SENSITIVITI BERAGAMA

GEJALA HILANG SENSITIVITI BERAGAMA

JIWA seorang mukmin halus, hatinya sensitif apabila berdepan isu yang bersangkut paut dengan akidahnya. Daya sensitiviti iman yang tinggi dapat kita teliti pada teladan generasi awal umat Islam terdahulu.

Betapa mereka mudah tersentuh hati dan mudah merasa bersalah, sehingga Allah S.W.T menurunkan ayat bagi menenteramkan perasaan mereka dengan berfirman:Advertisementhttps://cdn.bannersnack.com/banners/bt9s49nhb/embed/index.html?t=1634191845&userId=43386868&responsive=true

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.”

(al-Baqarah: 158)

Di antara sebab turun ayat tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Asy-Sya’bi. Beliau berkata:

“Dahulu berhala Isaf berada di atas Safa, dan berhala Nailah berada di atas Marwah; mereka selalu mengusap keduanya. Akhirnya mereka merasa berdosa sesudah masuk Islam untuk melakukan tawaf di antara keduanya. Maka turunlah ayat ini (al-Baqarah: 158).

Kitab Sahihain pula mengetengahkan Riwayat Saidina Urwah berkenaan perbualan beliau dan Saidatina Aisyah R.A.

Saidatina Aisyah R.A menegur kefahaman Saidina Urwah bin az-Zubair berkaitan ayat ini:

“Bahawa ayat ini diturunkan hanyalah kerana orang-orang Ansar pada masa lalu sebelum mereka masuk Islam, mereka selalu beribadah untuk berhala Manat, sembahan mereka yang ada di Musyallal (tempat yang terletak di antara Safa dan Marwah), dan orang-orang yang pernah melakukan hal ini merasa berdosa ketika melakukan tawaf di antara Safa dan Marwah. (Mengenangkan amalan jahiliah mereka).

“Lalu mereka merujuk hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W dan berkata,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami merasa berdosa apabila melakukan tawaf di antara Safa dan Marwah kerana masa jahiliyyah kami.

“Maka Allah S.W.T menurunkan firman-Nya,

“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.”

(al-Baqarah: 158)

Saidatina Aisyah R.A berkata,

“Kemudian Rasulullah S.A.W menetapkan (mewajibkan) sa’i antara keduanya, maka tiada alasan bagi seseorang untuk tidak melakukan sa’i di antara keduanya.”

Sifat sensitif terhadap kemurnian akidah, sehingga mahu menjauhkan diri dari amalan agama lain atau amalan jahiliyyah seperti yang diluahkan saudara-saudara Ansar ini merupakan sifat yang terpuji bagi orang beriman. Sepatutnya dicontohi umat hari ini, dan benarlah sabda Nabi S.A.W,

أول شيء يرفع من هذه الأمة الخشوع

“Perkara terawal diangkat daripada umat ini ialah al-Khusyuk.”

(Hadis Riwayat at-Tabarani, Hasan Sahih)

Hadis ini selanjutnya ditafsirkan para Sahabat melalui beberapa riwayat, antaranya diceritakan oleh Jubair bin Nufair:

عن شداد بن أوس أنه سأله ، هَلْ تَدْرِي مَا رَفْعُ ‏الْعِلْمِ؟ قَالَ : قُلْتُ : لَا أَدْرِي، قَالَ : ذَهَابُ أَوْعِيَتِهِ.

“Suatu hari Syaddad bin Aus bertanya pada Jubair,

“Tahukah engkau akan makna ilmu diangkat?”

“Aku (Jubair) menjawab, “Aku tidak tahu.”

“Jelas Syaddad,

“Maknanya ialah berlalunya kesedaran (wa’yu).”

Hilang sensitiviti, hilang penghayatan dalam hidup beragama sesungguhnya adalah permulaan bencana besar buat umat.

SOFIA ALWANI ALI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: