MOHD SHUKRI (SPRM) CERITA PENGALAMAN HAMPIR MAUT SIASAT KES SRC DAN 1MDB..

KISAH BENAR2 BERLAKU…

MOHD SHUKRI (SPRM) CERITA PENGALAMAN HAMPIR MAUT SIASAT KES SRC  DAN 1MDB..

SEBAHAGIAN DARI KEGIATAN NAJIB DAN ROSMAH.. MEREKA BUKAN SAHAJA MENCURI MALAH MEM***.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull akhirnya menceritakan kisah disebalik tekanan hebat dihadapinya sepanjang melengkapkan siasatan kes SRC International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Shukri berkata beliau terpaksa mengambil tindakan melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat susulan tekanan dikenakan kerajaan ketika itu terhadapnya.

“Kami hadapi tekanan cukup hebat. Saksi-saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bersara awal, cuti awal dan menempatkan saya di bahagian latihan.

“Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Ada orang ikut sehingga ke Washington dan saya berjaya mendapatkan perlindungan daripada Polis New York (NYPD).

“Saya berterima kasih kepada bos, Tan Sri Abu Kassim kerana mempertahankan saya. Dia kata kalau nak buang, buang kami berdua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Shukri turut mendedahkan beliau dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya sedih apabila kami berdua dituduh sebagai pembelot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk negara dan mahu membawa pulang semula wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: