Bani Israil akan melakukan kerosakan, bersikap angkuh dan sombong

Firman Allah SWT:

وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا [الإسراء : 4]

Ertinya: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” (Surah Al-Israa’: 4)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menyatakan apa yang termaktub di dalam Kitab Taurat berkaitan Bani Israil yang tidak mematuhi perintahNya!

2. Allah SWT telah menyatakan bahawa Bani Israil akan melakukan kerosakan yang besar di Palestin sebanyak dua kali!

3. Mereka akan menjadi angkuh sombong serta melakukan kezaliman dan pembunuhan yang melampau!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Bani Israil tidak mematuhi Kitab Taurat dan ajaran Nabi mereka! Bahkan mereka mengubahnya dan membunuh Nabi mereka!

2. Orang-orang Yahudi telah banyak melakukan kerosakan seperti yang terdapat di dalam sejarah mereka!

3. Kezaliman dan kesombongan melampau orang-orang Yahudi adalah disebabkan mereka mengikut nafsu dan tidak mematuhi perintah Allah!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita mematuhi hukum Allah dan RasulNya! Jangan kita mengubah perintah Allah dan RasulNya!

2. Hendaklah kita melakukan kebaikan di atas bumi ini! Jangan kita melakukan kerosakan!

3. Hendaklah kita tidak sombong dan tidak melakukan kezaliman serta penindasan terhadap golongan yang lemah!

Ya Allah jadikanlah kami orang yang melakukan kebaikan di muka bumi dan tidak melakukan kerosakan. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat…

والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: