Allah SWT Telah Menyelamatkan Orang Beriman.

Firman Allah SWT:

ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ ۚ إِنَّهُ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا [الإسراء : 3]

Ertinya: “(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.” (Surah Al-Israa’: 3)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT mengingatkan Bani Israil tentang nikmat yang dikurniakan kepada mereka dan datuk moyang mereka!

2. Mereka telah diselamatkan dari banjir besar dan dibawa di atas bahtera Nabi Nuh a.s bersama golongan yang selamat!

3. Datuk mereka Nabi Nuh a.s adalah hamba Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNya!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Kita perlu mengingati nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan datuk moyang kita!

2. Orang yang beriman telah diselamatkan dari banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s! Manakala orang yang kufur telah ditenggelamkan!

3. Kita perlu menjadi hamba Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNya!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita mengingati nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan datuk moyang kita!

2. Hendaklah kita beriman dan mengingati balasan yang menimpa orang-orang yang kufur kepada Tuhan mereka!

3. Hendaklah kita menjadi hamba Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNya!

Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan sebaiknya. Aamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: