Akta berkaitan dadah perlu diperkemas – Ayob Khan

Akta berkaitan dadah perlu diperkemas – Ayob Khan

Melaka: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda bagi memperkemas undang-undang berkaitan dadah baharu termasuk syabu yang kini semakin menjadi pilihan penagih di Malaysia.

Pengarahnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pindaan itu meliputi aspek hukuman bagi pengedaran dan pemilikan dadah serta penyenaraian bahan kimia baharu dikesan diguna bagi pembuatan bahan terlarang itu di dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Contohnya, sebelum ini jika memiliki 15 gram heroin (seseorang itu dianggap mengedar dadah) dan boleh dihukum gantung, tapi bagi syabu dan pil ekstasi, 50 gram.

“Jadi untuk syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15 gram sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini. Kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi panel dalam Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ayub Khan berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya beberapa jenis bahan kimia baharu diguna dalam pembuatan dadah sintetik disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam ADB 1952.

“Bahan-bahan baharu ini digunakan dalam menghasilkan dadah seperti syabu, ketamin dan pil yaba perlu disenaraikan bagi menangani masalah dadah.

“Di luar negara lebih 900 bahan-bahan kimia disenaraikan sedangkan di Malaysia hanya ada 60 jenis dalam ADB 1952,” katanya.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/851210/akta-berkaitan-dadah-perlu-diperkemas-ayob-khan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: