16 Kelebihan Wanita Yang Berkahwin

Di antara kelebihan wanita berkahwin :

1) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasa)

2) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masukkan dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

3) Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

4) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

5) Jika wanita yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat 12 tahun pahala solat.

6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

8) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

9) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, Maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

10) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

11) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, dan setiap kesakitan pada uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

12) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

13) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

14) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah s.a.w di dalam syurga.

15) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 thn)

malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita syurga wajib baginya.

16) Jika wanita beri susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun

solat dan puasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: