TABARRUK DIBENARKAN DENGAN DALIL-DALIL SAHIH

TABARRUK DIBENARKAN DENGAN DALIL-DALIL SAHIH

Dewasa ini, muncul fahaman yang memudahkan orang melontarkan Syirik kepada Tabarruk iaitu mengambil keberkatan para solehin yang meninggal dunia di sisi kubur mereka.

Sedangkan Tabarruk iaitu “Mengambil Berkat” wujud dalam hadis nabi yang sahih. Ini seperti sabda Rasulullah SAW yang menyatakan berkat itu ada pada orang-orang besar (Anbiya’, Auliya’, Ulama’ dan Solehin)

Rasulullah SAW bersabda:

البركة مع أكابركم

Maksudnya : “Keberkatan itu bersama orang-orang besar kalian. (H.R. Ibnu Hibban No. 559, Al Hakim No. 210, katanya : Hadis Sahih sesuai syarat Al Bukhari. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman No. 11004, dan lain-lain).

Maksud orang-orang besar inilah adalah Ulama’ dan Auliya’. Ini dijelaskan sendiri oleh Sahabat Baginda SAW iaitu Ibn Abbas maksud ‘Akaabir’ tersebut bermakna orang-orang besar adalah Ahlul ‘Ilmi (Ulama’ dan Auliya’). (Jaami’ Al Ahaadits No. 10505).

Keberkatan ini terkandung pada hal-hal yang berkaitan kepada orang tersebut seperti kain, rumah, barang-barang peribadi, air, kolam, gelas, rambut dan termasuk kubur yang terkandung jasad mereka.

Mengenai keberkatan barang-barang peribadi Rasulullah SAW telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Keberkatan ini telah menyembuhkan penyakit apa sahaja.

Keberkatan peninggalan Baginda SAW ini terbukti berada di dalam hadis Sahih Muslim. Ia diriwayatkan oleh Asma binti Abi Bakar RA. ‘Aisyah RA menyimpan jubah Rasulullah SAW yang selalu digunakan semasa Baginda SAW hidup. Jubah itu dicuci oleh Asma’ dan airnya digunakan oleh orang yang sakit, akibatnya orang tersebut sembuh sediakala. Hal ini menunjukan wujudnya Barokah di sisi Rasulullah SAW juga para Auliya’ Solehin.

Hadis ini disyarahkan oleh Imam An Nawawi bahawa keberkatan itu juga termasuk juga kepada peninggalan golongan Auliya’ Solehin sepertimana di dalam Kitab Minhaj beliau :

وفى هذا الحديث دليل على استحباب التبرك بآثار الصالحين وثيابهم

Dalam hadis ini, ia menjadi dalil bahawa hal yang disukai bertabarruk dengan bekas-bekas orang Solehin dan pakaian mereka. (Al Minhaj Syarah Shahih Muslim, 14/44)

Malah syarahan Imam Nawawi ini juga diperkukuhkan dan ditegaskan oleh Imam Abul Hasan As Sindi ketikamana beliau menjelaskan bahawa para sahabat Nabi yang bertabarruk dengan air wudhuk bekas Nabi Muhammad SAW, maka ia juga sebagai dalil bolehnya tabarruk dengan bekas-bekasnya orang Solehin. Beliau menjelaskannya seperti berikut :

وفيه من التبرك بآثار الصالحين مالا

Pada hadis ini merupakan bukti adanya tabarruk kepada bekas-bekas harta orang Solihin. (Hasyiyah As Sindi ‘Alan Nasa’i, 2/38)

Sedangkan Imam An Nawawi juga berkata tentang hadis berkenaan bekas wudhu’ itu:

ففيه التبرك بآثار الصالحين واستعمال فضل طهورهم وطعامهم وشرابهم ولباسهم

Pada hadis tersebut telah bukti tentang bertabarruk dengan sisa-sisa orang Solehin dan memanfaatkan sisa air bersuci mereka, makanan, minuman, dan pakaian mereka. (Al Minhaj Syah Shahih Muslim, 4/219).

Ini menunjukkan mandi di kolam yang pernah digunakan oleh para Auliya’ Solehin mengandungi keberkatan. Tabarruk di tempat tersebut tiada masalah dan ia bukan syirik seperti yang dituduh oleh golongan Literalisme. Syirik itu jikalau meyakini ada Tuhan selain Allah.

Ulama’ yang terkenal iaitu Imam As Suyuthi menyatakan bahawa memang benar ada keberkatan pada bekas-bekas orang Solehin, beliau berkata dalam Hasyiahnya seperti berikut :

وهذا الحديث أصل في التبرك باثار الصالحين ولباسهم

Hadits ini merupakan dasar tentang bertabarruk dengan bekas-bekas orang Solehin dan pakaian mereka. (Hasyiyah Ibni Majah, Hal. 105)

Malah Imam Badruddin Al ‘Aini juga sedemikian yang menyatakan bekas-bekas orang Solehin mempunyai keberkatan dan diharuskan untuk bertabarruk dengan berkata:

فيه الدلالة على جواز التبرك بآثار الصالحين

Pada hadits ini merupakan dalil bolehnya bertabarruk dengan bekas-bekas orang-orang Solehin. (‘Umdatul Qari, 4/386)

Imam Abu Thayyib Syamsul ‘Azhim Abadi ketika menjelaskan hadis riwayat Abu Daud (No. 52) tersebut, dengan sanad hasan, tentang Aisyah RA bersiwak menggunakan siwak bekas dipakai oleh Nabi Muhammad SAW setelah dicucinya, beliau berkata:

والحديث فيه ثبوت التبرك باثار الصالحين والتلذذ بها

Hadis tersebut terdapat kebenaran bertabarruk dengan bekas-bekas orang Solehin dan berlazat-lazat (bersenang-senang) dengannya. (‘Aunul Ma’bud,1/52).

Mengambil Tabarruk ini sebenarnya telah dilakukan oleh para Ulama’ Salaf yang silam. Dalam sejarah Imam As-Syafi’e  pernah bertabarruk dengan baju Imam Ahmad bin Hambal yang merupakan sahabatnya sekaligus muridnya sendiri. Hal ini diceritakan oleh Imam Ibnu ‘Asakir berikut ini:

قال الربيع: إن الشافعي خرج إلى مصر وأنا معه فقال لي: يا ربيع خذ كتابي هذا ، فامض به وسلمه إلى أبي عبدالله أحمد بن حنبل، وائتني بالجواب. قال الربيع: فدخلت بغداد ومعي الكتاب، فلقيت أحمد بن حنبل صلاة الصبح، فصلّيت معه الفجر، فلما انفتل من المحراب سلّمت إليه الكتاب، وقلت له: هذا كتاب أخيك الشافعي من مصر، فقال أحمد: نظرت فيه قلت: لا، فكسر أبو عبدالله الختم وقرأ الكتاب، وتغرغرت عيناه بالدموع، فقلت: إيش فيه يا أبا عبدالله قال: يذكر أنه رأى النبي (صلى الله عليه وسلم) في النوم، فقال له: اكتب إلى أبي عبدالله أحمد بن حنبل، واقرأ عليه مني السلام، وقل: إنك ستُمتحن وتدعى إلى خلق القرآن فلا تجبهم، فسيرفع الله لك علماً إلى يوم القيامة. قال الربيع: فقلت: البشارة، فخلع أحد قميصيه الذي يلي جلده ودفعهُ إليّ، فأخذته وخرجت إلى مصر، وأخذت جواب الكتاب فسلّمته إلى الشافعي، فقال لي الشافعي: يا ربيع إيش الذي دفع إليك قلت: القميص الذي يلي جلده، قال الشافعي: ليس نفجعك به، ولكن بُلّه وادفع إليّ الماء لأتبرك به.

Berkata Rabi’: “Imam Syafi’e pergi ke Mesir bersamaku, lalu berkata kepadaku: “Wahai Rabi’, ambil surat ini dan serahkan kepada Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, selanjutnya datanglah kepadaku dengan membawa jawapannya!”

Aku memasuki Baghdad dengan membawa surat, aku menjumpai Imam Ahmad sedang solat Subuh, maka aku pun solat di belakang beliau. Setelah beliau hendak beranjak dari mihrab, aku serahkan surat itu, “Ini surat dari saudaramu Imam Syafi’e di Mesir,” kataku.

“Kau telah melihat isi surat ini?” tanya Imam Ahmad. Aku jawab: “Tidak.” Beliau membuka dan membaca isi surat itu, sejenak kemudian kulihat beliau berlinang air mata. “Apa isi surat itu wahai Abu Abdillah?” tanyaku. “Isinya menceritakan bahwa Imam Syafi’i bermimpi Rasulullah SAW lantas bersabda: “Tulislah surat kepada Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya. Khabarkan padanya bahawa dia akan mendapatkan ujian iaitu dipaksa mengakui bahawa Al Quran itu adalah makhluk, maka janganlah turuti mereka, Allah akan meninggikan ilmu bagimu hingga hari kiamat.” Ar Rabi’ berkata: “Ini khabar gembira.” Lalu beliau melepaskan baju yang melekat di kulitnya, dia memberikan kepadaku dan aku mengambilnya dan membawanya ke Mesir, beserta jawapan suratnya. Aku menyerahkannya kepada Imam As-Syafi’e.

Beliau bertanya: “Wahai Ar Rabi’ apa yang diberikan Ahmad padamu?” Aku menjawab: “Baju yang melekat dengan kulit beliau.“ Imam As-Syafi’e berkata: “Kami tidak akan merisaukanmu, tapi basahi baju ini dengan air, lalu berikan kepadaku air itu untuk bertabarruk dengannya.” (Imam Ibnu ‘Asakir, Mukhtashar Tarikh Dimasqa, 1/400).

Ini menunjukkan bahawa para ulama’ besar bertaraf Mujtahid Mutlak juga melakukan Tabarruk dengan orang Solehin. Ia bukan syirik seperi kefahaman golongan Literalisme yang mudah menuduh syirik kepada mereka yang bertabarruk dengan menziarah Maqam ulama’ di Gunung Jerai.

Kalau Tabarruk itu Syirik dan Haram, kenapa Nabi Muhammmad SAW sendiri yang memberikan rambut Baginda SAW kepada para Sahabat untuk diambil keberkatan? Sedangkan rambut adalah makhluk. Tetapi ia dilakukan oleh Baginda SAW.

Sesungguhnya Tabarruk bukan syirik, malah ia merupakan Sunnah kerana keberkatan itu ada dan wujud pada bekas-belas Anbiya’, Auliya’, Ulama’ dan Solehin.

Emang Galileo

Counter Narrative For Countering Violent And Extremisme

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: