IBADAH

IBADAH

SEBAB ROSAKNYA IBADAH

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Alhamdulillah kembali kita dalam tanyalah ustaz biar tahu jangan keliru.

Yg menonton di FB laksanakan tanggungjawab anda sebar luaskan tanyalah ustaz moga² bermanfaat.

✍🏻MUDAH²AN ALLAH MEMBERKATI KITA YG MENONTON TANYALAH USTAZ DGN NIAT KERANA ALLAH.

MUDAH²AN ALLAH BERI GANJARAN PAHALA DAN DIANGGAP IBADAH.

✍🏻Ibadah satu kewajiban yg dituntut kepada org yg beriman dan tidak beriman pada Allah.

Wahai manusia sembahlah atau beribadahlah kamu mudah²an kamu menjadi org yg bertaqwa.

TIDAKLAH AKU MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN MEREKA DIMINTA BERIBADAT DAN MENYEMBAH ALLAH.

Bekerja dianggap ibadah dan setiap ibadah dapat pahala disisi Allah.

Segala perkara yg Allah redha,itulah ibadah.

PARA ULAMAK MELETAKKAN IBADAH ADA 2:

🅰️Ibadah yg tidak boleh diubah(cth solat,solat telah ditetapkan rakaatnya dan tidak boleh diubah).

🅱️Ibadah yg tidak jelas(ibadat dari syariat Allah bersandarkan Al-Quran dan hadis).

✍🏻APAKAH IBADAH UMUM DAN IBADAH KHUSUS❓

🅰️Ibadah khusus ialah ibadah yg tak boleh diubah cth puasa dalam bulan Ramadan tidak boleh ditukar kepada berpuasa di bulan² lain.

Ibadah haji telah ditetapkan pada bulan dan tarikh² tertentu dan tidak boleh ditukar pada bulan² lain.

INI DINAMAKAN IBADAH.

🅱️Ibadah umum ialah ibadah kerana Allah dan mengikut syariat Rasulullah seperti yg dilakukan oleh sahabat² Nabi.

✍🏻BAGAIMANA JIKA BACAAN AL-FATIHAH YG TIDAK BETUL,APAKAH INI BOLEH MEROSAKKAN AMALAN SOLAT❓

Bacaan Al-Fatihah perlu diperbetulkan(tidak boleh ubah makna).

Solat terbatal jika bacaan Al-Fatihah tidak betul.

Dia hendaklah terus belajar.

Org yg berusaha belajar tetapi masih tak betul bacaan, dia tetap dapat 2 pahala.

✍🏻BAGAIMANAKAH UTK KEKALKAN MOMENTUM IBADAH PADA BULAN SYAWAL CTH PUASA ENAM YG ADA HALANGAN RUMAH TERBUKA❓

Bulan Ramadan bulan istimewa.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN:

🅰️Allah permudahkan amalan kita(Allah buka pintu syurga).

🅱️Allah tutup pintu neraka.

Nak buat puasa enam ada halangan rumah terbuka

Rumah terbuka itu cara kita bersilaturrahim.

Bersilaturrahim itu juga ibadah.

CARILAH WAKTU TERBAIK UTK BERPUASA ENAM CTH BERPUASA PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS.

Kadang kala nak buat seorang² kita rasa berat,ajaklah kawan² berpuasa enam.

Ini cara nak istiqamah.

Carilah kawan² yg soleh mudah²an akan mengekalkan ibadah kita dan memudahkan kita beramal soleh.

✍🏻APAKAH PERBUATAN DALAM BULAN SYAWAL YG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BULAN RAMADAN❓

Kadang² kita tak menyedari amalan bulan Syawal boleh merosakkan amalan bulan Ramadan.

Saat kita bersama-sama dalam bulan Syawal pertamanya kita tak menjaga lidah.

Lidah yg tidak dijaga dan bercakap kotor akhirnya akan jadi diri insan itu muflis.

Pastikan jaga lidah dan apa yg kita nak tulis di media sosial.

Tidak menjaga aurat serta berpakaian ketat hingga memperlihatkan aurat menjadikan rosaknya amalan.

Setiap kali kita bersalaman akan menggugurkan dosa tetapi kita kena menjaga siapa yg boleh kita bersalaman dan siapa yg tak boleh kita bersalaman.

Hendaklah kita menjaga ibadah solat disepanjang bulan Syawal walaupun kita berjalan jauh.

✍🏻BERSALAMAN DGN AHLI KELUARGA YG BUKAN MAHRAM,BAGAIMANA NAK ISTIQAMAH AGAR IBADAH TIDAK SIA²❓

Tolong perbaiki ibadah.

Ibadah kita diperhatikan oleh Allah.

Hukum perlu dijaga(perlu pelajari ilmu siapa mahram kita dan siapa bukan mahram kita).

Lebih baik meletakkan tangan didada seperti yg kita lakukan ketika PKP.

Ucap Assalamualaikum kepada bukan mahram kita sebagai menggantikan bersalaman.

✍🏻APAKAH PERBUATAN MAKRUH DALAM SOLAT AKAN MENJEJASKAN SOLAT DAN MEROSAKKAN IBADAH❓

Solat tidak akan terbatal jika melakukan yg makruh tetapi akan menjejaskan solat.

Elakkan perkara makruh dalam solat.

Belajar tentang perkara makruh yg perlu kita elakkan.

ORG YG BERJAYA IALAH ORG YG KHUSYUK DALAM SOLAT.

Minta bantuan pada Allah dgn sabar dan tunaikan solat.

Solat itu berat melainkan kepada org yg khusyuk.

Solat amalan pertama yg akan ditanya.

Jika solat tidak selesai,ibadah² lain juga tidak selesai.

Melakukan perbuatan makruh tidak berdosa tetapi perkara makruh perkara yg Allah benci.

✍🏻APAKAH KERANA UMPATAN² PADA HARI RAYA MENYEBABKAN IBADAH² DALAM BULAN RAMADAN AKAN JADI ROSAK❓

Kita mengharap Allah terima amalan² kita.

Mengumpat menjadikan kita muflis dihadapan Allah(Dia buat banyak ibadah dalam bulan Ramadan,rupa²nya dia memikul pahala utk diberikan kepada org lain).

Hati² dgn lidah kita dan elakkan mengumpat.

Jauhi teman² yg suka mengumpat dan duduklah bersama teman² yg suka berzikir.

Mudah²an kamu jadi org yg berjaya di dunia dan di akhirat.

Jika tak mampu berbicara yg baik adalah lebih baik diam.

✍🏻ADAKAH ROSAK IBADAH SESEORANG JIKA TIDAK MEMIKIRKAN HALAL DAN HARAM PADA APA YG DIA MAKAN DAN BAGAIMANA JIKA DIA SUKA BERSEDEKAH TETAPI TAK SOLAT❓

Ibadah² khusus tidak terikat dgn ibadah halal haram cth dia berpuasa bulan Ramadan tetapi malamnya dia makan yg haram,puasanya sah tetapi perbuatan makan yg haram itu berdosa.

Setiap daging yg tumbuh dari sumber yg haram maka api nerakalah yg layak baginya.

Ada org mengangkat tangan berdoa pada Allah dgn kusut masai ketika musafir tetapi pakaian dan makanannya dari sumber yg haram maka Rasulullah mengatakan bagaimana nak dimustajabkan doanya.

Kita bersedekah kerana mengharap redha Allah.

Solat itu fardu ain yg tak boleh ditinggalkan.

KITA KENA JAGA SOLAT SUPAYA NAK MERAIH REDHA ALLAH.

Sedekah itu amalan sunat dan akan menjadikan Allah cinta padanya dan Allah akan menjaganya.

Allah beri apa yg dia minta dan akan memberi perlindungan kepadanya.

✍🏻APAKAH PUASA ENAM DAPAT MENAMPUNG PUASA DALAM RAMADAN❓

Amalan² sunat dilaksanakan utk menampung kekurangan² ibadat yg wajib.

Barangsiapa yg berpuasa dibulan Ramadan dan diikuti dgn puasa enam dalam bulan Syawal seakan-akan dia berpuasa setahun.

LAKSANAKAN PUASA QADA TERLEBIH DULU ITU LEBIH AFDAL.

Kalau dia qada puasa dalam bulan Syawal tetapi tidak berniat puasa enam tetap dia dapat pahala puasa enam.

✍🏻ADAKAH HARTA DUNIA DAN HIBURAN AKAN MEROSAKKAN IBADAH JIKA TIDAK DIURUS DGN BETUL DAN APAKAH TIDAK MENJAGA KESUCIAN BOLEH MEROSAKKAN IBADAH❓

Allah sebut harta dan anak² merupakan perhiasan yg menjadikan manusia rasa seronok jika tidak diurus sebaik yg mungkin akan menimbulkan dosa.

Uruskan harta dgn cara bersedekah.

Mudah²an ada keberkatan.

Sebaik-baik harta ialah harta yg berada pada org² yg soleh.

Jangan berhibur hingga lalai dan leka daripada mengingati Allah.

Bersuci dan membersihkan diri itu tanda iman.

Kebersihan perlu dijaga dan jika tidak jaga kebersihan selepas kencing,solatnya tidak diterima.

NABI PERNAH LALU KUBUR,NABI KATA 2 KUBUR INI SEDANG DIAZAB SALAH SATUNYA KERANA TIDAK JAGA KEBERSIHAN(tak membersihkan kemaluan selepas dia kencing).

✍🏻BAGAIMANA YG MELAKUKAN AMALAN UTK MENGHARAP HABUAN DUNIA SEMATA-MATA CTH SOLAT DHUHA DAN BACA SURAH WAQIAH UTK DAPAT HABUAN DUNIA❓

Amal ibadat yg dibuat kerana org ini adalah riak.

Riak utk dapat habuan dunia(supaya org pujinya).

Amalan yg dibuat kerana org akan dicampakkan ke dalam neraka.

INI BERKAIT DGN IKHLAS.

Ada sahabat Nabi baca surah waqiah utk mengharap kelebihan dunia,ini dibenarkan.

PERINGKAT² IBADAH:

1️⃣Ibadah umpama seorang peniaga(nak untung, nak syurga).

Ini amalan yg tak salah.

2️⃣Ibadah umpama seorang hamba(tuannya redha,amalan ini juga tidak salah).

3️⃣Ibadah umpama seorang yg merdeka(inilah ibadah terbaik tanda bersyukur atas segala nikmat).

✍🏻BAGAIMANA DGN PANDANGAN YG MENGATAKAN JANGAN LAKUKAN PERKARA² YG TIDAK DILAKUKAN OLEH NABI❓

Elakkan bibit² perpecahan antara kamu.

Jangan kamu bergaduh dan bersabarlah,Allah bersama org² yg bersabar.

Selagi amalan tersebut ada nas dan dalil hendaklah kita berlapang dada.

Jangan kita menjadi jurang perpecahan hingga Allah melaknat keatas mereka yg bergaduh.

Islam bukan agama yg hanya mengikut apa yg Nabi lakukan(Allah suruh ikut amalan yg dilakukan oleh Nabi tetapi ada juga amalan² yg tidak dilakukan oleh Nabi tetapi boleh dilakukan oleh kita)

✍🏻EGO,RIAK DAN RASA DIRI HEBAT HINGGA MEMPERLEKEHKAN AMALAN ORG LAIN KERANA RASA DIRI BANYAK BUAT IBADAT,APAKAH INI BOLEH MEROSAKKAN IBADAH❓

Ya,riak merupakan amalan yg dilakukan kerana manusia.

Menunjuk kerana Allah tak salah jika ada niat nak mengajak org buat baik,itu tak salah.

HEBATNYA KITA DATANGNYA DARI ALLAH.

Jangan rasa hebat dan hendaklah kita bersifat tawadduk dgn kelebihan² yg diberikan oleh Allah.

SESEORANG YG KAGUM DGN DIRINYA SENDIRI INI ANTARA TANDA KIAMAT.

JANGAN MENCARI YG SEMPURNA,SEMPURNAKANLAH APA YG ADA KERANA TAK ADA YG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: