PANDEMIK: KEMBALILAH KEPADA TUHANMU SEBELUM TERLAMBAT

PANDEMIK: KEMBALILAH KEPADA TUHANMU SEBELUM TERLAMBAT

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Apa jua yang menimpa ke atas kita umat Islam samada merupakan bala, ujian atau azab adalah disebabkan oleh perbuatan kita sendiri yang melanggar perintah Allah SWT.  Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 44; “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Tujuan Allah SWT menurunkan bala atau azab ke atas kita umat Islam untuk menyedarkan kita, agar kita kembali bertaubat dan mentaatiNya.  Firman Allah SWT surah Al-An’am ayat 42; “Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami siksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)”.

Jelaslah pada ayat-ayat di atas Allah SWT tidak menzalimi kita umat Islam tetapi kitalah yang menzalimi kita sendiri dengan melanggar perintah Allah SWT dan RasulNya.

Bagi kita umat Islam sepatutnya kita mengikut cara yang ditunjukkan oleh Allah SWT untuk menangani ujian atau bala yang menimpa ke atas kita. Cara ini Allah SWT telah menyatakan dalam surah Az-Zumar ayat 54; “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Caranya ialah:-

1. Hendaklah kita bertaubat dari segala dosa yang menyebabkan kita ditimpa bala iaitu wabak penyakit corona. Oleh kerana wabak penyakit corona ini merupakan pandemik bererti kita umat Islam telah melanggar perintah Allah SWT dan RasulNya yang menyebabkan kita diazab secara umum. Sepatutnya kita Umat Islam terutama ulama hendaklah mengenal pasti perbuatan serta tingkah laku kita umat Islam yang menyebabkan kita ditimpa azab berupa wabak penyakit corona. Setelah kita mengenal pasti barulah kita bertaubat memohon ampun kepada Allah SWT.

2. Hendaklah kita menyesali segala tindak tanduk dan perbuatan kita yang melanggar perintah Allah SWT dan rasulNya itu dan berazam untuk tidak kembali melakukannya. Selepas memenuhi syarat di atas barulah Allah SWT membuka jalan bagi umat Islam bagaimana menangani wabak corona. Itu semestinya kita umat Islam lakukan tetapi dalam hal ini kita terus menangani wabak corona tadi dengan membelakangi cara yang ditunjukkan Allah SWT dalam surah Az-Zumar. Iaitu kita umat Islam telah mengikut langkah-langkah WHO dalam menangani wabak corona sebagai usaha ikhtiar kita.  Ini bererti kita telah membuat kesalahan kerana melanggar arahan Allah SWT dalam surah Az-Zumar tadi. Bagaimana kita umat Islam berdoa kepada Allah SWT agar Dia mengangkat azab penyakit wabak corona? Pastinya Allah SWT tidak mengangkatnya kerana kita tidak mengikut cara yang ditunjukkan dalam surah Az-Zumar.

Sebagaimana kita ketahui WHO telah menangani wabak corona menggunakan vaksin sebagai ujian klinikal terus ke atas manusia dengan alasan EUA (Emergency Use Authorization) memandangkan wabak corona sudah menjadi pandemik yang amat merbahaya ke atas kesihatan umat manusia. Sampai hari ini tidak ada satu pengesahan dari WHO bahawa penggunaan vaksin ini telah berjaya menangani wabak corona. Ini bererti masih dalam peringkat ujian. Yang pastinya ada pakar dibidang vaksin menyatakan bahawa vaksin ini ada kemungkinan besar ada kesan sampingan yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia. Sebab itu mereka melarang umat manusia mengambil vaksin ini kerana jika sudah berada dalam badan maka tidak dapat dihentikan dan dineutralisasikan (irreversible) lagi.

Kita sedia maklum bahawa WHO dikuasai oleh Ahlul Kitab iaitu Kristian dan Yahudi.   Apa jua niat Ahlul Kitab dalam masalah vaksin ini kita tidak dapat mengetahuinya, namun Allah dan RasulNya telah memberi amaran kepada kita umat Islam supaya berhati-hati terhadap tindak tanduk Ahlul Kitab ke atas kita umat Islam. 

Yang pastinya kita umat islam tidak menyedari kesalahan kita yang menyebabkan kita ditimpa azab wabak corona lalu tidak bertaubat, bukan itu sahaja kita mengambil vaksin sebagai usaha ikhtiar kita untuk menangani wabak corona dengan ini kita sudah  melanggar arahan Allah SWT dalam surah Az-Zumar. Bererti mengambil vaksin sebagai usaha ikhtiar merupakan kesalahan yang kita perlu taubati. Mungkin kerana kita tidak sedar dan mengakui kesalahan kita terhadap Allah SWT dan RasulNya, Allah SWT menjadikan vaksin sebagai azab dan ketika itu tidak ada seorangpun pakar perubatan hatta WHO yang dapat menolong kita sebagaiman Allah SWT nyatakan dalam surah Az-Zumar itu.

Kita umat Islam tidak boleh putus asa kerana kita ada peluang lagi. Marilah kita ikut cara Allah SWT dalam surah Az-Zumar untuk menangani COVID-19.

Siapa sahaja umat Islam yang telah mengambil vaksin terutama dos penggalak dan menghadapi masalah kesihatan dan yakin ia berpunca dari pengambilan vaksin.  Ia juga sedar bahawa mengambil vaksin adalah merupakan satu kesalahan yang perlu ditaubati sebagaimana telah kami jelaskan maka Allah SWT telah menunjukkan kami cara untuk membantu mereka.

Siapa yang ingin pertolongan, kami sedia membantu kerana Allah SWT semata-mata. Untuk maklumat lanjut sila hubungi nama-nama di bawah:-

1. Dr Dalhadi bin Hassan H/P No: 013-8551521;

2. Hjh Nooraini Abu Samah H/P No: 012-3175493; atau

3. Hjh Noor Sham Abdullah H/P No: 019-288 1425.

#kebenaran

#ulamanusantara

#ulama

#UlamakPewarisNabi

#BangkitIslam

#JAKIM

#Kun

#pondoktahfiz

#pondokpesantren

#pondokpesantrenlirboyo

#ppim

#GPMC

#Mufti

#pejabatgama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: