3 SEBAB PEMUDA JAUH DARI SURAU

3 SEBAB PEMUDA JAUH DARI SURAU

Berbanding golongan emas, trafik pemuda ke surau agak ketinggalan. Baik di bandar mahupun luar bandar, golongan muda seolah teraba-raba mencari formula untuk menyempatkan masa di rumah Allah. Kesannya, AJK didominasi oleh golongan emas. Tajuk ceramah juga mesra golongan emas.

Saya tidak menyalahkan golongan emas. Sebenarnya, mereka amat harapkan golongan muda memimpin pengurusan surau. Mereka tahu anak muda banyak idea segar. Tapi mereka sering tertanya, “Mana geng muda ni?”

Ada 3 sebab anak muda jarang kelihatan di surau.

Pertama, salah faham hukum. Inilah silap besar orang Malaysia, kerana ramai kita anggap solat berjamaah surau ni sunat muakkad, sedangkan pendapat terkuat dalam mazhab Syafie adalah Fardu Kifayah (Rujuk: Mufti Wilayah). Betapa besar pahala solat berjamaah surau, kerana ia ibadah fardu. Bahkan kita perlu takut terjatuh dalam daerah haram kerana abaikan solat berjamaah surau.

Kedua, tak buat keputusan untuk pergi surau. Nak melazimi surau ni, kena set dalam minda, “Dalam sehari, aku mesti pergi surau minima 3 kali”. Ketika di pejabat, kita usaha solat berjamaah di surau pejabat. Ketika dalam permusafiran, kita keluar dari hotel untuk cari surau terdekat. Saya pernah dengar seorang doktor pakar sebut, “Saya boleh pening kepala kalau lama tak solat di surau”.

Ketiga, orang muda sibuk kerja. Kalau hadir pun, tak sempat imam habis baca doa, mereka sudah angkat kaki. Di perumahan saya, anak muda keluar 6.15 pagi, balik 9.00 malam. Ada yang balik 7.00 malam, tapi sambung dengan part-time job. Nasihat saya, buatlah time management. Hidup ni bahagikan siap-siap; 8 jam untuk kerjaya, 8 jam untuk keluarga-komuniti, dan 8 jam untuk diri sendiri. Ahli kariah anda memerlukan anda. Anda perlu join aktiviti surau. Anda perlu terlibat dalam JK surau, barulah surau anda hidup.

Penutupnya, berusahalah melazimi surau. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jika kamu lihat seorang lelaki berulang alik ke masjid, maka saksikan dia orang beriman” (riwayat Tirmizi, Dhoif). Solat adalah benteng yang paling ampuh untuk menahan diri dari maksiat. Apabila dilakukan secara berjamaah di surau, pastilah ia lebih berkesan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: