SEJARAH 5 KALIMAH SUCI DALAM ISLAM

SEJARAH 5 KALIMAH SUCI DALAM ISLAM

:: Asal usul zikir Subhanallah,Alhamdulillah,Laillahaillallah,Allahhu akbar dan Wala haula wala quwata illa billah ::

SUBHANALLAH….Ibnu Abas ra berkata “Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy,dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah “SUBHANALLAH”dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah “SUBHANALLAH”.

ALHAMDULLILAH… Ibnu Abas ra berkata “Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut Adam as ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca “ALHAMDULLILAH” dan ALLAH SWT membalasnya ” YARHAMUKKA RABBUKA” yang bermaksud “kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu.”

LAILAHAILLALLAH …. Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.

ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah

“LAILAHAILLALLAH”

ALLAHU AKHBAR ….Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as dengan seekor kambing,atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as menyebut “ALLAHU AKHBAR”.

Berkata para malaikat “Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik.Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan di sebut “SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHA WALLAHU AKHBAR”

Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah saw baginda merasa kagum dan terus membaca:

“LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIEL AZIEM”

Kemudian Malaikat Jibril as berkata”Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi…

SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: