Rezeki Yang Tidak Melalaikan

Rezeki Yang Tidak Melalaikan

========

1. Allah mengingatkan kepada kita mengenai sikap manusia yang leka dan menjadi melampaui batas setelah dikurniakan rezeki yang mewah buat mereka. Firman Allah:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. (Surah al-Shura:24)

2. Ketika menjelaskan mengenai ayat ini, al-Imam al-Tabari menukilkan kata-kata Qatadah yang menyimpulkan bahawa sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang tidak melalaikan dan tidak menjadikan kita melampau di muka bumi.

3. Perhatikan beberapa nama yang disebutkan dalam al-Quran yang menjadi penentang agama Allah setelah mereka dikurniakan kemewahan dunia. Firaun, Qarun dan Haman adalah contoh mudah yang boleh mendidik jiwa kita bagaimana kemewahan dunia menjadikan mereka bersikap melampau di atas muka bumi.

4. Sebaik-baik rezeki adalah yang digunakan dengan jalan yang benar, membantu dan menyumbang kepada diri, keluarga dan masyarakat, sehingga mendekatkan diri dengan Allah dan menghasilkan pulangan yang lumayan di sisi Allah. Firman Allah:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (sumbangan) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: