Terlanjur buat silap, teladanilah sikap Nabi Adam dan Hawa! Usah jadi seperti iblis, bangga ingkar perintah Allah – Ad-din
SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun begitu, perkara yang membezakan antara manusia yang baik dan manusia yang buruk adalah tindakan susulan setelah membuat kesilapan.
Manusia yang baik adalah, apabila dia melakukan kesalahan akan menyesal dan bertaubat. Tindakan yang mulia ini telah ditunjukkan oleh bapa dan ibu pertama kita dahulu, iaitu Nabi Adam dan Hawa.