TABARUK DI GUNUNG JERAI

TABARUK DI GUNUNG JERAI

Tabaruk bermaksud mencari berkat. 

Perlu ditegaskan bahawa mengkhususkan sesebuah tempat secara umum atau spesifik untuk mencari berkat tanpa sebarang dalil syarak yang menganjurkan sedemikian merupakan satu kemungkaran tidak kira sama ada tempat tersebut ialah pokok, mata air, sungai, bukit, gunung atau gua, dan sama ada tempat itu didatangi untuk mandi, berdoa, membaca Al-Quran, berzikir, solat, menyembelih atau apa jua bentuk ibadah lain.

Dalil-dalil yang melarang perbuatan sedemikian ialah seperti berikut:

1. Perbuatan bertabaruk dengan cara seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, para Sahabat dan generasi Salaf al-Soleh.

Ia hanya berlaku kemudian selepas zaman mereka tanpa sebarang dalil yang sarih (jelas) daripada Al-Quran atau hadis yang sahih.

Sedangkan sekiranya amalan ini dianjurkan serta diberi pahala nescaya Nabi ﷺ telah mengajarkannya kepada para Sahabat lalu mereka melakukannya dan turut menganjurkan orang lain untuk turut sama.

Sebaliknya apabila didapati bahawa mereka semua tidak melakukannya maka jelaslah bahawa ia merupakan amalan baharu yang diada-adakan sedangkan realitinya ia bukanlah ibadah atau ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Barang siapa menganggapnya sebagai ibadah ketaatan maka dia telah menyalahi jalan Rasulullah ﷺ dan para Sahabat, dan mensyariatkan dalam agama apa yang tidak diizinkan oleh Allah ﷻ.

2. Kebiasaannya perbuatan bertabaruk dengan tempat-tempat ini lahir daripada rasa takzim kepadanya sedangkan sewajibnya Muslim hanya mentakzimkan apa yang disyariatkan oleh agama mengikut cara-cara yang ditetapkan.

Kerana itu para ulama memakruhkan perbuatan solat di tempat-tempat yang tidak ditakzimkan oleh Islam walaupun tanpa niat takzim sebagai sad al-zari’ah (menutup pintu kemudaratan).

Seperti perbuatan solat sunat mutlak di atas gunung atau dalam gua tertentu.

3. Mengiaskan tempat-tempat ini dengan Kaabah untuk mengucup, menyapu atau tawaf di sekelilingnya sedangkan pendekatan qias tidak boleh digunakan dalam ibadah kerana ia bersifat tauqifiyyah manakala perbuatan mengucup, menyapu dan tawaf merupakan perbuatan-perbuatan ibadah tanpa syak kerana orangnya berniat taqarrub mendekatkan diri kepada Allah di samping mengharapkan kebaikan dan pahala.

Tambahan pula, perbuatan mengucup, menyapu dan tawaf adalah khas buat Kaabah dan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, dan keistimewaan ini tidak dikongsi sama oleh mana-mana tempat yang lain.

Mencium Hajar Aswad misalnya adalah berdasarkan perbuatan Nabi ﷺ dan kerana itu Omar al-Khattab radiallahuanhu berkata:

إِنِّي لَأَعْلَمُ ‌أَنَّكَ ‌حَجَرٌ لَا تَضُرُّ وَلا تَنْفَعُ، وَلَوْلا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ.

“Sesungguhnya aku tahu engkau adalah batu yang tidak memberi mudarat atau manfaat dan kalaulah bukan kerana aku melihat Rasulullah ﷺ mencium engkau nescaya aku tidak akan mencium engkau.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Omar al-Khattab radiallahuanhu menegaskan bahawa jika bukan kerana syarak memerintahkan supaya mencium Hajar Aswad nescaya umat Islam tidak disuruh supaya menciumnya.

Maka tempat-tempat lain tidak boleh dikiaskan dengan Hajar Aswad.

4. Tiada mana-mana tempat ditetapkan oleh syariat Islam yang didatangi untuk solat, berdoa, berzikir dan seumpamanya kecuali masjid dan kawasan-kawasan masyair haji.

Oleh yang demikian, tidak boleh mengkhususkan tempat-tempat tertentu selain masjid dan kawasan-kawasan masyair haji untuk solat, zikir dan doa.

Sebaliknya jika masuk waktu solat maka Muslim itu akan solat di mana sahaja kecuali di tempat-tempat yang ditegah.

KESIMPULAN

Jika mengkhususkan tempat-tempat tertentu selain masjid dan kawasan-kawasan masyair haji untuk mencari berkat ditegah oleh syarak berdasarkan sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas maka perbuatan bermusafir dengan niat ibadah ke tempat-tempat ini turut dilarang.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

لَا ‌تُشَدُّ ‌الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى.

“Tidak boleh bermusafir (dengan tujuan ibadah) kecuali ke tiga buah masjid: Masjid Al-Haram, Masjidku ini dan Masjid Al-Aqsa.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Ustaz Idris bin Sulaiman

Kajang

Lebih Baik Memikirkan Aib Sendiri

Lebih Baik Memikirkan Aib Sendiri

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القَذَاةَ فِي أَعْيُنِ أَخِيْهِ، وَيَنْسَى الجَذَلَ- أَوِ الجَذَعَ – فِي عَيْنِ نَفْسِهِ

“Salah seorang dari kalian dapat melihat kotoran kecil di mata saudaranya tetapi dia lupa akan kayu besar yang ada di matanya.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 592. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa riwayat ini sahih).

Perkataan Abu Hurairah di atas sama seperti tuturan peribahasa kita, “Semut di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”

Itulah kita, seringnya memikirkan aib orang lain. Padahal hanya sedikit aib mereka yang kita tahu. Sedangkan aib kita, kita sendiri yang lebih mengetahuinya dan itu begitu banyaknya.

Wallahu waliyyut taufiq, hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Empat Perkara yang Membawa Amarah dan Kebencian

Empat Perkara yang Membawa Amarah dan Kebencian

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata,

أربعة تجلب البغضاء والمقت: الكبر، والحسد، والكذب، والنميمة.

“Empat perkara yang membawa amarah dan kebencian:

1) watak sombong;

2) dengki;

3) kedustaan;

4) adu domba.”

[Zaadul Ma’ad, jilid 2, hlm. 216]

BAGAIMANA CARA MENUTUP AIB PERIBADI ?

BAGAIMANA CARA MENUTUP AIB PERIBADI ?

‎Antara cara untuk mengelakkan keaiban kita terdedah ialah :

‎1- Banyakkan istighfār. Selain dari permohonan supaya Allah ampunkan dosa, istighfar juga bermaksud meminta Allah tutup aib kita. غَفَرَ bermaksud سَتَرَ (iaitu menutup keaiban).

2- Menutup aib orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :

‎وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

‎Maksudnya : Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di akhirat.

‎Riwayat Muslim (2580)

Manakala dalam riwayat Al-Tirmizi, disebut dengan lafaz :

‎سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

‎Maksudnya : Allah akan menutup keaibannya di dunia dan juga di akhirat.

‎Riwayat Al-Tirmizi (2945)

3- Melazimi zikir dan doa harian agar Allah menutup keaiban diri kita. Seperti doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W :

‎اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

‎Maksudnya : Ya Allah, tutupkanlah auratku (keaibanku) dan Kau berikanlah ketenangan terhadap ketakutanku.

Riwayat Ibn Mājah (3871)

Guru dan Pahala Yang Berterusan

Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

SAAT REZEKI SELESAI, AJAL PUN SAMPAI

SAAT REZEKI SELESAI, AJAL PUN SAMPAI

(Rugi tak baca habis)

Jangan peduli jasadmu yang bakal busuk & hancur!! …  Kaum muslimin pasti akan melaksanakan kewajiban mereka:

1. Memandikan mu

2. Mengkafani mu

3. Mensolatkanmu

4. Menguburkan mu

Yakinlah!!! bahwa :

Dunia TIDAK SEDIH dengan KEMATIAN mu

Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu.!

Segala sesuatu akan berjalan SEPERTI BIASA dan TIDAK BERUBAH dengan kematian mu.!!

Ekonomi akan TERUS berputar.!

JAWATAN mu.. akan DIGANTI orang lain!

HARTA mu akan pindah tangan secara halal kepada WARIS.!

Sementara ​KAU akan di HISAB atas SEGALA sesuatu dari perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil.!!

Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu..

Saat KAU meninggal dunia, orang sekadar bertanya : ​​Di mana MAYAT atau ARWAH nya?​​

Mereka tidak lagi memanggil mu dengan nama mu.. NAMA mu tinggal KENANGAN belaka

Ketika mereka akan men solat kan, mereka, berkata: ​​Bawa ke sini JENAZAH nya.!!!​​

Mereka tidak lagi menyebutkan NAMA mu.. Betapa cepat nama mu HILANG pergi..

Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata: ​ *”Dekatkan MAYATnya.!!” TANPA menyebutkan nama mu..

Kerana itu…

JANGAN lah TERTIPU oleh KEHORMATAN, STATUS SOSIAL dan KELEBIHAN mu..!!

JANGAN TERPEDAYA oleh KEDUDUKAN, JABATAN dan NASAB keturunan mu…!!

​Alangkah fananya dunia ini.. dan betapa besar apa yang akan kita hadapi nanti.

KESEDIHAN ORANG ATAS KEPERGIAN MU ADA 3:

1. Orang yang MENGENAL mu sepintas akan mengatakan: “Kasihan..”

2.TEMAN dan SAHABAT mu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, KEMUDIAN mereka  kembali pada rutin kebiasaan dan canda tawa mereka..

3. KESEDIHAN mendalam di rumah.. KELUARGAMU akan bersedih seminggu, satu ke dua bulan atau hingga satu tahun.. Akhirnya mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan..

DEMIKIANLAH.. KISAH mu di antara manusia.. TELAH BERAKHIR..

ENGKAU hanya tinggal ​ ALBUM KENANGAN​.

KISAH mu yang SEBENAR nya BARU bermula… bersama sesuatu yang nyata, yaitu.. ​Alam AKHIRAT .. Alam yang SELAMANYA BAHAGIA atau SELAMANYA CELAKA !!

Telah TERLUCUT dari mu:

1. KeHENSEMan /KeLAWAan

2. Harta/Rumah

3. Kedudukan /Jabatan

4. Anak

5. Isteri/Suami

​Kehidupan mu sesungguhnya BARU BERMULA selepas KEMATIAN mu.

Persoalannya sekarang adalah :

​Apa yang telah Anda SIAPKAN untuk “KUBUR” dan AKHIRAT mu.????? Ini adalah KENYATAAN yang akan terjadi dan perlu direnungkan.. !!​

​Cek IBADAH mu… yang WAJIB dan yang SUNNAH​..

​Check Amal soleh dan Sedekah​ mu..​ Cek AKHLAK mu..

​Semoga kita semua DIBERI KESEMPATAN menyiapkan BEKALAN untuk kehidupan AKHIRAT yg KEKAL ABADI serta Selamat di Akhirat kelak..

Jika Anda membantu mengingatkan orang lain dengan menyebar posting ini… ​In Syaa Allah…​ Anda akan dapatkan buah dari peringatan Anda ini dalam timbangan amal kebaikan pada hari Qiamat.

“Dan berilah peringatan! kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang2 beriman”

Kenapa Mayat memilih: “SEDEKAH” jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah:

​”Ya Allah! jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, niscaya aku akan bersedekah”​

Mereka tidak mengatakan:

👉Nescaya Aku akan Haji/Umrah..

👉Nescaya Aku akan Solat..

👉Nescaya Aku akan Puasa..

Para Ulama menjelaskan : “Mayat hanya mengatakan Sedekah kerana dia melihat pahala sedekah yang sangat besar setelah kematian”

Maka ​perbanyaklah sedekah​

Untuk saat ini bersedekahlah dengan mengirim/menyebarkan posting ini pada teman/saudara ​dengan niat kerana Allah.

Mari Budayakan Sedekah bukan pergi umrah beratus kali. bersedekah lebih Afdal/lebih baik.

MARI SENANTIASA BERTAUBAT, BERIBADAH DAN MELAKUKAN KEBAIKAN…Aamiin…ya Robbal alamin.

Indahnya Berbagi.

Sedekah Itu Indah. Sedekah Itu Sederhana

….. jangan lupa share ke keluarga, teman dan sahabat…

SYARIAT DAN KEDUDUKAN AQIDAH

SYARIAT DAN KEDUDUKAN AQIDAH

✍🏻 Syari’at terbagi menjadi dua macam; I’tiqad dan ‘amaliyah.

I’tiqad atau aqidah adalah sesuatu yang tidak berkaitan dengan tata cara amalan. Aqidah, inilah yang kadang disebut dengan Ushul.

Sedangkan ‘amaliyah adalah yang berkaitan dengan tata cara sebuah amalan seperti tata cara shalat, puasa, menunaikan zakat, dst. Inilah yang kadang diistilahkan dengan furu’.

🪶 Aqidah yang benar adalah salah satu syarat diterimanya amalan (ibadah). Allah ﷻ berfirman:

 فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (QS. Al-Kahfi: 110)

Sebuah amal ibadah tidak akan diterima kecuali bebas dan lepas dari segala bentuk kesyirikan.

🍂 Oleh sebab itulah, perhatian utama dari dakwah para rasul adalah untuk membenahi aqidah dan membersihkan diri dari kesyirikan. Allah ﷻ berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu” (QS. An-Nahl: 36)

Setiap rasul akan menjadikan seruan pertama kepada kaumnya dengan ucapan:

اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ

“Sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya.” (QS. al-A’raf: 59)

Rasulullah ﷺ di Makkah dalam kurun 13 tahun, untuk apa? Untuk mendakwahkan tauhid dan membenahi aqidah manusia.

Namun, mirisnya betapa banyak diantara kita hari ini yang tidak mau tahu dengan aqidahnya. Padahal, bisa jadi amal ibadahnya dari sekian lama tidak diterima oleh Allah ﷻ lantaran aqidah yang bermasalah.

✒️ Oleh sebab itu, sebelum terlambat, sebelum penyesalan itu datang maka segeralah benahi dan hiasi diri dengan aqidah yang benar dengan cara kembali belajar.

4 UBAT RASA MALAS

4 UBAT RASA MALAS

Seseorang bertanya kepada seorang ulamak :

“Apakah ubat bagi orang yang berat untuk mengerjakan kebaikan (ibadah) dan condong kepada syahwatnya padahal dia adalah orang yang mencintai kebaikan dan mencintai orang baik, dia juga membenci kejahatan  dan membenci orang yang berbuat jahat?”

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad menjawab :

“Ketahuilah bahwa ada empat penyebab dalam masalah ini yaitu :

1. Kebodohan.

Dan cara menghilangkannya adalah dengan mempelajari ilmu yang bermanfaat.

2. Lemahnya iman.

Dan cara menguatkannya yaitu dengan merenungkan kekuasaan Allah dan melazimi amal-amal sholeh.

3. Banyak angan-angan.

Dan cara mengobatinya adalah dengan mengingat mati serta selalu merasakan akan datangnya kematian di setiap keadaan dan waktu.

4. Memakan sesuatu yang syubhat.

Dan cara selamat darinya adalah dengan cara menjadi orang yang warak bersamaan mengurangi konsumsi makanan yang halal.

Barangsiapa yang mengubati empat perkara tersebut dengan yang ubatnya, maka dia akan menjadi orang yang gemar melakukan kebaikan (ibadah) dan tidak condong kepada syahwat.”

۞ اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ ْعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ‎ وَعَلَى الِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ ۞

5 PUNCA TERSEBARNYA PENYAKIT

PUNCA TERSEBARNYA PENYAKIT

Baginda Rasulullah pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai azab yang Allah akan turunkan kepada umat manusia jika kita melakukan kerosakan itu.

Sabda Rasulullah: Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya.

1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.

2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.

4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.

5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” – [HR Ibnu Majah 4009].

JIKA KAU KECEWA, BERERTI ANDA TIDAK FAHAM

JIKA KAU KECEWA, BERERTI ANDA TIDAK FAHAM

.

“Hal yang membuatmu kecewa ketika tidak diberi adalah kerana engkau tak memahami hikmah Allah di dalamnya.”

[ Al-Hikam, Al-Imam Asy-Syeikh Ibnu Atha’illah As-Sakandari قدس الله سره ]

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahwa jika kau masih merasa kecewa dan sedih karena tidak diberi oleh-Nya, (itu tanda kau tidak memahami hikmah di balik pemberian Allah).

Seandainya Allah memberimu pemahaman, niscaya kau akan menikmati keadaanmu itu. Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan sadar bahwa dengan penolakan-Nya itu, (Dia ingin membimbingmu menuju pintu-Nya dan membuatmu bergantung kepada-Nya sehingga kau menjadi salah seorang yang dicintai-Nya).

Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan melindunginya dari perkara-perkara duniawi. Kau juga akan memahami bahwa Allah mendorongmu untuk menempuh jalan para Muqarrabiin.

Syeikh Fudhail رحمة الله تعالى pernah berdoa : “Ya Rabb, Engkau buat aku dan keluargaku lapar. Engkau buat aku dan keluargaku telanjang, tak memiliki pakaian. Engkau lakukan ini hanya untuk hamba-hamba-Mu yang khusus. Lalu, dengan cara apa lagi aku memohon kebaikan ini dari-Mu?”

Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau sedar bahwa dunia ini Fana’ dan kenikmatannya akan Sirna sehingga kau keluar dari sana dengan membawa bekalmu untuk akhirat kelak. (Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan menyadari bahwa penolakan Allah itu adalah karunia dari-Nya).

[ Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi ]

Create your website with WordPress.com
Get started