MAKANAN SIHAT MENJAMIN ZURIAT YANG SIHAT.

MAKANAN SIHAT MENJAMIN ZURIAT YANG SIHAT.

Assalamulaikum YA ALLAH azzawajallah.

Sebelum saya meneruskan bicara di dalam risalah ringkas saya ini maka terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan “TERIMA KASIH, YA ALLAH” di atas keizinannya memberikan saya ruang dan peluang untuk merasa menyampaikan sedikit perkongsian kebaikan dan kesedaran saya buat anda semua yang sedang dimuliakan ALLAH.

Hanya dengan keizinan ALLAH jualah maka dapat saya meluahkan rasa kasih dan sayang saya terhadap anda semua dari Sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM. Sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM ini merupakan sifat USUL ALLAH terhadap kesemua kejadian dan ciptaannya di dunia.

Tanpa Sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM, ALLAH. Sudah pasti Maha Dunia ini dari dahulu lagi akan menghadapi kehancuran atau kerosakkan disebabkan oleh kerakusan serta ketamakan kita mementingkan diri dalam memenuhi hawa nafsu untuk mengejar cita-cita tanpa memikirkan tentang kebajikan serta kebaikan terhadap orang lain ataupun terhadap sekalian mahluk yang bernyawa. Bayangkan kiranya ALLAH tidak memiliki Sifat ini termasuk sifat Agungnya iaitu SABAR, sudah pastinya Dunia telahpun lama KIAMAT.

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mewarisi ketiga-tiga sifat kebanggaan ALLAH ini. Sesungguhnya ALLAH amat bangga dengan insan yang berusaha tanpa jemu demi mewarisi akan segala sifat-sifat yang maha pastinya membawa kita kepada perpaduan, kebaikan serta keharmonian keluarga, rumahtangga serta negara kita. Semoga ALLAH meredhoi kita selamanya.

Wahai saudara/saudari turunan ku insan yang sedang dimuliakan ALLAH,

Saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih serta memohon redho jiwa dalam penyampaian saya di sini. Tujuan risalah ringkas ini hanyalah sebagai panduan dan renungan bersama buat kita agar kita sama-sama menimbulkan rasa kesedaran diri terutamanya tentang perihal kesihatan tubuh badan agar kita mendapat kesempurnaan kehidupan yang penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sejak seawal kejadian ADAM dan HAWA di muka bumi ini. Terlebih dahulunya Maha PENCIPTA telahpun melengkapkan bumi dengan pelbagai bentuk kemudahan dan ciptaan yang Maha hebat serta Maha Ajaib.

Segala ciptaan yang diciptakan ALLAH tidak terhingga banyaknya. Sehingga kini kita masih lagi menemukan pelbagai bentuk ciptaan yang canggih-canggih hasil ciptaan insan dari cetusan Akal Fikiran yang Maha Pastinya datang dari MAHA PENCIPTA jua. Ciptaan MAHA PENCIPTA merangkumi lorong kemewahan rezeki berbentuk teknologi, kemudahan asas, bangunan, tumbuh-tumbuhan, binatang melata/ternakan dari sehalus-halus ciptaan bernama ANGIN sehinggalah sebesar-besar ciptaan bernama CAKRAWALA. Tujuan MAHA PENCIPTA menyediakan semua ciptaan dan kemudahan hanyalah untuk dinikmati sewaktu hidup kita di Maha Dunia ini.

Yakinlah dengan penuh keimanan bahawasanya apa yang ada di dunia ini, samada dari pandangan kita sesuatu nikmat yang hebat ataupun sesuatu nikmat yang memudaratkan semua tidak sia-sia diciptakan oleh ALLAH. Walaupun kita memandang sesuatu yang menjijikkan ianya tetap juga nikmat yang perlu kita syukuri.

Jadilah insan kebangggaan ALLAH dengan memujiNya dengan ungkapan pujian “TERIMA KASIH, YA ALLAH. Beruntung bagi kita yang mampu melafazkan ungkapan ini dengan sepenuh hati. Pasti ALLAH akan menambahkan lagi nikmatnya ke atas kita kelak.

Kebelakangan ini terlalu banyak gejala penyakit yang menghantui kita. Namun begitu tidaklah ALLAH mencipta penyakit itu buat kita dan bukan juga sebagai takdir (Sebagai Ujian) ketetapan dariNya.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita dengan leka telah memakan segala jenis makanan tanpa memerhatikan apakah makanan yang kita makan ini boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri kita. Amalan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat boleh menjadi benteng dari kita mengalami gejala penyakit yang tidak diingini.

Allah s.w.t mengingatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalamSurah al-A’raf ayat 31:

“Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan”

Ketahuilah bahawa jasad dan nyawa merupakan kurniaan ALLAH yang tiada ternilai buat kita. Jasad adalah satu ciptaan yang amat sempurna dan amatlah penting dari segalanya. Lebih penting dari kereta dan perhiasannya, lebih penting dari rumah dan perhiasannya serta lebih penting dari hiburan dan makanan yang memudaratkan.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menyedarkan diri kita dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sebagai tanda terima kasih kita kepada ALLAH yang menjadikan kita Mahluk paling mulia disisiNya. Makanan yang sihat ini bukanlah mahal ataupun menyusahkan. Malah Ia memberi banyak manfaat kepada kita dan paling utama kepada zuriat kita akan datang. “TEPUK DADA, TANYA DIRI” dan lakukanlah tanpa seribu alasan yang merugikan.

Sayangilah Jasad dan nyawa selagi bersamanya kerana tiada alat ganti (sparepart) sebagai penganti anggota atau organ yang sememangnya terlalu hebat dan bahkan terlalu hebat sehinggakan insan tidak mampu menirunya 100% sebagaimana ALLAH menciptakan untuk kita milikinya.

Wahai saudara/saudari turunan ku insan yang sedang dimuliakan ALLAH,

Selagi ada hayat dikandung badan, selagi ada nyawa dikandung jasad, bahagiakan lah jasad dengan kesungguhan dan kesedaran yang hebat terhadap ALLAH dengan hanya melakukan yang terbaik terhadap diri kita sendiri. Makanan sihat untuk jasad yang sihat, Tingkah laku baik untuk gaya hidup yang baik. Tidak rugi kita menjaga dan membahagiakan jasad kita sendiri. Ia seumpama kita membahagiakan kehidupan kita di dunia yang nyata ini.

Dunia dalam (Jasad kita) melambangkan Dunia luar (Dunia nyata) kita. Sekiranya kita mampu menjaga dan menghargai jasad dan nyawa kita ini maha pasti kita juga akan dijaga sebaiknya oleh ALLAH..

Ahkir kata dari saya, marilah kita dengan penuh kesedaran mengubah kehidupan kita dan turunan kita agar menjadi lebih baik demi masa depan. Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat sebenarnya akan memutuskan janin pewaris penyakit yang selalu kita dengar sebagai penyakit keturunan.

Zuriat kita yang bakal dilahirkan amat bergantung harapan kepada kita sekarang. Makanan sihat dan gaya hidup sihat menjamin zuriat yang sihat. Maka ubahlah demi turunan yang lebih baik.

“TERIMA KASIH YA ALLAH, HANYA DENGAN SIFAT KASIH SAYANG MU SAHAJA DAPAT DAKU MENIKMATI KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH KESEMPURNAAN. LINDUNGI DAN PELIHARAILAH DAKU SERTA TURUNAN KU DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KELEKAAN KU, SESUNGGUHNYA DIKAU JUA MAHA MERAJAI SEGALA PERLINDUNGAN. MAHA BENAR”.

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=51939

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: