29 HIKMAH DISEBALIK SAKIT

SAKIT ITU BERHIKMAH …….

NAMUN PERLU DI CEGAH SEBELUM KENA RAWAT SEBELUM PARAH

1-Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya.

2-Sakit itu zikrullah.

3-Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding sewaktu sihatnya.

4-Sakit itu istighfar.

5-Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

6-Sakit itu juga muhasabah.

7-Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

8-Sakit itu jihad.

9-Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

10-Sakit itu ilmu.

11-Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

12-Sakit itu juga nasihat.

13-Orang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

14-Sakit itu silaturrahim.

15-Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

16-Sakit itu gugur dosa.

17-Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

18-Sakit itu mustajab doa.

19-Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga seharusnya begitu.

20-Sakit itu menyusahkan syaitan.

21-Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

22-Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.

23-Satu sikap keinsafan yang disukai Rasululloh صلى الله عليه وسلم dan makhluk di langit.

24-Sakit meningkatkan kualiti ibadah.

25-Rukuk & sujud kita lebih khusyuk, tasbih & istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

26-Sakit itu memperbaiki akhlak.

27-Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawaduk.

28-Sakit mengingatkan kita akan akhirat.

29-Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga kita menjadi lebih baik dan bermanfaat.

Rabbana Taqabbal Minna

Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: