30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dan memanandang hina orang lain.

4. Tidak amanah dan ingkar janji.

5. Selalu mencari kesalahan orang lain.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang

11. Menyampaikan ilmu dengan riya.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Durhaka kepada kedua orang tua.

15. Bermuka dua (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan menindas orang dengan kuasaan yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka ikut ikutan.

29. Tamak serta bakhil tak mau berbagi.

30. Mengikuti hawa Nafsu kehendak syahwat yang maksiat

*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah(terkeji).

Mari bermuhasabah diri apakah hati kita masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52145

JENIS-JENIS KELUARGA DI DUNIA

JENIS JENIS KELUARGA DI DUNIA

As Salam sahabat kawan kawan dan kenalan , sedikit taskirah dipaparkan buat bacaan sebwlum Masuk waktu solat zohor .. 😊

Ada beberapa *jenis keluarga* di dunia ini:

1. jenis keluarga *Nabi Nuh* dan *Nabi Luth*, suaminya sholeh, istrinya tidak.

2 . Jenis keluarga *Firaun*, Istrinya solehah suaminya tidak.

3. Jenis keluarga *Nabi Ibrahim*, suami istri soleh dan solehah, dan anak keturunannya menjadi orang soleh.

4. Jenis keluarga *Abu Lahab*, suami dan istri sama sama derhaka.

Kemudian Ustaz bertanya: “makcik -makcik nak yg mana?”

Makcik-makcik menjawab: “Keluarga Nabi Ibrahim!!!!”

Kemudian Ustaz berkata: “Keluarga Nabi Ibrahim itu Isterinya ada 2, yaitu Siti Sarah dan Siti Hajar.”

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52188

SIAPAKAH YANG PALING LUAR BIASA IMAN NYA ?

SIAPAKAH YANG PALING LUAR BIASA IMAN NYA ?

Pada suatu ketika,

Rasulullah SAW bertanya kepada

para sahabat,

*”Siapakah yg paling luar biasa imannya?”*

Para sahabat menjawab, “malaikat,ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah SAW “sudah tentulah malaikat luar biasa

imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para nabi, ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW berkata, “para nabi sudah tentu hebat

imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada

Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang

paling beriman.”

Jawab Rasulullah SAW, “aku berada di tengah tengah kalian,

sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah

dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah SAW berkata: Mereka

adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al

Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.

Rasulullah SAW diam seketika. Kemudian, beliau menyambung

dengan suara yang lirih, “sesungguhnya, aku rindukan

mereka…😭😭

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Mudah-mudahan kita termasuk dlm golongan yg Rasulullah SAW rindui dgn mengamalkan sunnah baginda SAW…

Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat

beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52190

IBU SEGALA ILMU

IBU SEGALA ILMU

Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab meskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.

Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”

Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.

Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergiannya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.

Benarlah katanya ibu segala ilmu itu adalah SABAR

Wallahualam

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52215

6 RAHSIA AMALAN TERBAIK SURAH AL-FATIHAH.

6 RAHSIA AMALAN TERBAIK SURAH AL-FATIHAH.

(1) – AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

(2) – AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas–kan rasa sakit dalaman

(3) – AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

(4) – AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

(5) – AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu /usap ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

(6) – AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ; Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Note : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Semoga Allah memurahkan rejeki buat kita semua serta Kelak Kita semua menjadi ahli surga dan meninggal dalam keadaan khusnul khotimah, AMINNNN

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52217

NASIHAT BERKAITAN LALAI

NASIHAT BERKAITAN LALAI

Ustaz Pahrol kupas tentang isu LALAI.

Mak aiii. Macam kena lempang rasanya.

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai. Antaranya:

1. Kurang membaca Al Quran

2. Kurang berzikir

3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah

4. Banyak membuang masa; untuk hiburan

5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam

8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:

1. Kurang semangat nak beribadah

2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama

3. Hilang fokus dalam hidup

4. Mudah lesu dan buntu

Sebab-sebab lalai:

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman

2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai

3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah

4. Tidak berzikir

5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:

1. Cari sahabat yang baik

Ustaz sempat kongsi yang ni je.

Bersambung lagi minggu depan, Insya Allah.

Pesan tukang catit:

Share lah sudah tentu bermanfaat.

#jentikjiwa

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52219

ETIKA BERSELISIH PENDAPAT DALAM ISLAM SEPERTI YANG DINASIHAT

ETIKA BERSELISIH PENDAPAT DALAM ISLAM SEPERTI YANG DINASIHAT

Suatu hari ketika berada dalam kuliah Imam Shafi’e, seorang pelajarnya, Yunus ibn Abd al A’ala berselisih pendapat dgnnya.

Yunus menjadi marah, bangun meninggalkan kuliah lalu pulang ke rumah.

Malam itu, Yunus mendengar ketukan dipintu rumahnya dan bertanya siapakah gerangannya itu. “Muhammad Ibn Idris!” jawabnya.

Yunus cuba bayangkan nama2 kenalannya, tiada yang punya nama seperti itu kecuali Imam Shafi’e. Bila dia membuka pintu tersebut, beliau sungguh terkejut kerana orang itu benar2 Imam Shafi’e..!

Imam Shafi’e berkata: “Wahai Yunus!

Beratus-ratus perkara telah menyatukan kita, takkan hanya SATU perkara itu sahaja telah memutuskan hubungan kita??

Usah cuba kita beroleh kemenangan dalam semua perbezaan;

kadang2, memenangi hati seseorang lebih penting dari memenangi sesuatu perselisihan…

Usah kita bakar jambatan yg telah dibina dan lalui, kerana mungkin suatu hari anda perlu melaluinya lagi nanti.

Bencilah kepada perkara yang salah, bukan kepada pembuat salah.

Bencilah kepada perbuatan dosa, bukan orang yang berbuat dosa, berilah kemaafan dan berbuat baik penuh rahmah kepadanya.

Kritiklah, tegurlah isi kuliah tersebut, tapi tetap menghormati guru tersebut.

“Tugas kita adalah menghilangkan penyakit, bukan pesakit.”

Demikian itu secebis nasihat yang sangat baik. Memang amat mudah untuk kita membakar jambatan silaturrahim.

Memang mudah untuk kita membenci dan membalas dendam.

Tapi ke manakah kesudahannya

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52221

11 MUTIARA NASIHAT ULAMAK BERKAITAN SOLAT

11 MUTIARA NASIHAT BERKAITAN SOLAT

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.

– USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.

– Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat… Insyallah bahagia… “

– Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.

– Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat

– ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”

– Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya”

– Sheikh Abdullah Jahaf…

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.

-Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap “Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!” Tapi cakap “Jom solat, nanti kita masuk” SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah

– TG Harun Din”..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.

-Ustaz Pahrol…

Rasulullah bersabda,

Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL . JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52222

EMPAT PERBUATAN BAIK YANG DIKECAM ALLAH S.W.T.

EMPAT PERBUATAN BAIK YANG DIKECAM ALLAH S.W.T.

1. Perbuatan baik yang disertai dengan niat buruk.

-Wujud niat riya’ atau ujub dalam perbuatan. Maka amalan baiknya menjadi sesuatu yang sia-sia di pandangan Allah S.W.T.

Firman Allah :

“Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama, maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Solat-(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riya’ (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).”

(Surah al-Ma’un : 4-7)

2. Perbuatan baik yang disertai perbuatan buruk.

-Bercerita tentang kelebihan atau kekurangan pada diri seseorang dengan beralasan untuk mengambil iktibar (mengumpat).

-Mengungkit atau bercerita tentang pemberian yang telah diberikan (sedekah).

Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’ , dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riya’ itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”

(Surah al-Baqarah : 264)

3. Perbuatan baik yang dilakukan dengan cara yang salah.

-Bersedekah dari sumber yang haram.

-Berjihad atau berperang pada bulan-bulan yang di haramkan.

Firman Allah :

“Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

(Surah At-Taubah : 37)

4. Perbuatan baik yang memberi akibat buruk, namun si pelaku merasa telah berbuat baik.

-Memberi kata-kata janji yang menyenangkan dan akhirnya melambat-lambatkan. Contoh : Lambat membayar hutang hingga menyusahkan hidup orang yang dihutang.

-Memberi kata-kata penuh harapan pada seseorang yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Contoh : Suka menangguh-nangguh untuk memohon kemaafan terhadap orang yang disalahi hingga orang tersebut meninggal dunia.

-Melengah-lengahkan masa apabila hendak melakukan sesuatu kebaikkan.

Firman Allah :

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.”

(Surah Al Kahf: 104)http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=52223

Create your website with WordPress.com
Get started