ASAL USUL SOLAT FARDU 5 WAKTU

ASAL USUL SOLAT FARDU 5 WAKTU

1. SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam AS pun mendirikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.

2.ZUHUR

Orang pertama yang mengerjakan solat Zuhur lalah Mabi Ibrahim AS laitu tatkala Allah SWT memerintahkan kepada baginda agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seruan Itu diturunkan pada waktu tergelindir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim AS sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur di atas penebusan itu. Rakaat kedua: Bersyukur kerana dukacita baginda bersama anaknya diangkat. Rakaat ketiga: Bersyukur dan memohon keredhaan Allah. Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

3.ASAR

Orang pertama yang mengerjakan solat Asar lalah Mabi Yunus AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikaan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus AS di tepi pantai. Kebetulan ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kengelapan laitu:

-Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. – Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. – Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. -Rakant keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

4. MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. Sewaktu kejadian itu berlaku, matahari sedang terbenam. Bersyukurlah Nabi Isa AS, lalu baginda pun mendirikan sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut laitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

5. ISYAK

Orang pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa AS. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita, lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur.

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun AS. Rakaat ketiga: Dukacita terhadap firaun. Rakaat keempat: Dukacita terhadap anak Firaun.

blog. http://pakcikli00.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: