LARANGAN MEMBANTU PEMIMPIN YANG ZALIM

HADIS 6: LARANGAN MEMBANTU PEMIMPIN YANG ZALIM

Maksudnya: Daripada Abu Said dan Abu Hurairah RA, mereka berkata
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pasti akan datang ke atas kamu (satu
zaman dimana) pemimpin-pemimpin mendekati manusia yang jahat,
mereka melengah-lengahkan solat (sehingga) di akhir waktunya.
Sekiranya kamu mendapati yang demikian itu dikalangan kamu, maka
janganlah kamu menjadi: pembantunya, pegawai keselamatannya,
pemungut cukai (buatnya) dan yang menjaga khazanah (mereka). (Sahih
Ibn Hibban, no: 4586 – dinilai Sahih oleh al-Albani)

PEMIMPIN MESTILAH KUAT DAN AMANAH

HADIS 5: PEMIMPIN MESTILAH KUAT DAN AMANAH

Maksudnya: Daripada Abu Zar RA dia berkata, aku bertanya kepada
Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah apakah Tuan tidak melantik aku
(menjadi pemimpin). Lalu Rasulullah memegang bahuku dengan
tangannya dan bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku lihat
engkau adalah lemah sedangkan kepimpinan itu adalah amanah. Dan
ia di hari kiamat nanti adalah satu kehinaan dan penyesalan melainkan
mereka yang memegangnya dengan haknya dan menunaikan hak-hak
yang terdapat ke atas kepimpinan tersebut. (Sahih Muslim, no: 1825)

PEMIMPIN PENIPU DIHARAMKAN SYURGA

HADIS 4: PEMIMPIN PENIPU DIHARAMKAN SYURGA

Maksudnya: Daripada Ma’qil bin Yasar al-Muzani RA, sesungguhnya
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba
yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia
mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan
baginya syurga. (Sahih Muslim, no: 142)

MENJADI PEMIMPIN ADALAH SATU PENYESALAN

HADIS 3: MENJADI PEMIMPIN ADALAH SATU PENYESALAN

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik RA, daripada Nabi SAW bersabda:
Sekiranya kamu mahu, aku akan jelaskan kepada kamu tentang apakah
itu kepimpinan. Lalu aku (‘Auf) bangun dan menyeru dengan suaraku
yang tinggi sebanyak tiga kali dan berkata: Apakah dia (kepimpinan itu)
wahai Rasulullah? Maka Rasulullah SAW pun bersabda: (Kepimpinan
itu) Permulaannya adalah celaan, keduanya ia akan menjadi satu
penyesalan dan ketiganya ia adalah satu azab di hari kiamat kelak
melainkan buat pemimpin yang adil. Dan bagaimana seseorang boleh
berlaku adil dengan kerabatnya? (Musnad al-Bazzar, no: 2756;
Mu’jam al-Awsat li al-Tabrani, no: 6747 – Hadis Sahih)

LARANGAN MEMINTA-MINTA MENJADI PEMIMPIN

HADIS 2: LARANGAN MEMINTA-MINTA
MENJADI PEMIMPIN

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah RA, dia berkata,
sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Wahai Abdul Rahman bin Samurah,
janganlah kamu meminta-minta untuk menjadi pemimpin.
Sesungguhnya sekiranya kamu diberikan setelah meminta-minta maka
kamu akan dibebankan (dengan bebanan kepimpinan), namun
sekiranya kamu diberi (jawatan) tanpa meminta-minta maka kamu akan
dibantu menghadapinya. (Sahih al-Bukhari, no: 7146

GILA KUASA ADALAH SATU PENYAKIT

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan
(jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di
hari akhirat. Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan
(pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya
adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan
nikmat kepada rakyat).1 (Sahih al-Bukhari, no: 7148)

AJARAN SESAT SUFI SYIAH BERTOPENG ASWAJA SEMAKIN SUBUR DI BUMI MALAYSIA

Pendakwah Luar Bawa Ajaran Songsang?

Satu sumber memberitahu, apa yang membimbangkan mereka ‘menyusup’ masuk secara lembut dengan menyertai program-program keagamaan seperti qasidah dan zikir. Selain itu, mereka juga dijemput menghadiri majlis-majlis peribadi yang membuka ruang bagi membolehkan sesuatu tarekat bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) disebarkan.

Kredit screenshot Utusan: http://mfundamentalist.blogspot.com/

http://al-ahkam.net/home/pendakwah-luar-bawa-ajaran-songsang

Create your website with WordPress.com
Get started