Apa tujuan Allah cipta kita?

Apa tujuan Allah cipta kita?

Adakah kita dicipta oleh Allah S.w.t agar kita sama-sama melakukan maksiat, lalai kepada Allah, sentiasa berseronok, bermegah sesama sendiri, menzalimi manusia lain, dan segala macam maksiat lagi. Sudah tentu TIDAK SAMA SEKALI. Akan tetapi, tujuan kita diciptakan ialah;

– Untuk kita mengenali Allah S.w.t.

Rasulullah meriwayatkan firman Allah dalam satu hadits Qudsi, “Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali.”

Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam dunia ini melalui sifat-sifat, asma’ dan perbuatanNya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya adalah mata hati.

“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat.” [Surah Al-Qiamah : ayat 22 & 23)  [1]

Para ulama Tauhid telah menyimpulkan bahawa, اَوَّلُ الّدِينْ مَعْرِفَةُ الله  yang maksudnya, “Permulaan agama itu ialah MENGENAL ALLAH,” berdasarkan kepada hadits-hadits nabi S.a.w, antaranya;

Dari Abu Ma’bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu’az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman “.. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum:  Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah .”

Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): …”Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah supaya mereka mengakui keEsaan Allah Taala…”

Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) “…Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas) ibadat kepada Allah. ..”  [HR Bukhari dan Muslim]

ALLAH MAHU diriNya dikenali. Tetapi cuba tanya diri kita, sudahkah kita MENGENAL ALLAH lebih dari kita mengenal artis-artis, pelakon-pelakon, orang-orang popular dan sebagainya? Sudah kah kita belajar ILMU TAUHID / AQIDAH / USULUDDIN (salah satu Ilmu Fardhu Ain) dengan sebaik mungkin dan istiqomah?  Sudah kah kita belajar ILMU FIQH / SYARIAH / FURU’UDDIN sebaik mungkin dan istiqomah?  Dan sudah kah kita belajar ILMU AKHLAQ / TASAWWUF sebaik mungkin dan istiqomah?

Ibnul Qoyyim dalam kitab Al Fawaid hal 29, mengatakan: “Allah mengajak hamba-Nya untuk mengenal diri-Nya di dalam Al Qur’an dengan dua cara iaitu pertama, melihat segala perbuatan Allah dan yang kedua, melihat dan merenungi serta menggali tanda-tanda kebesaran Allah seperti dalam firman-Nya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal.”” [Surah Aali-Imran : 190]

– Untuk beribadah semata-mata kepadaNya.

Firman Allah S.w.t, “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.” [Surah Al-Dzariyat : 56]

Tujuan utama kita dicipta tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjadi HAMBA ALLAH. Bukannya HAMBA NAFSU, hamba dunia, hamba manusia, hamba berhala dan sebagainya.

Dan kita diperintahkan agar beribadah kepada dan kerana Allah S.w.t semata-mata, bukan beribadah kerana Riya’, Sum’ah, Takabbur dan ‘Ujub. Contoh beribadah kerana Riya’ (menunjuk pada manusia lain), semoga kita berhati-hatilah dalam masalah ini. Kerana Allah TIDAK MAHU DISEKUTUKAN IBADAH kita dengan SUATU APA PUN.

Kerana itulah kita wajib KENAL ALLAH terlebih dahulu, kerana jika kita tidak MENGENAL ALLAH, dibimbangi kita menyembah atau beribadah kepada tuhan yang lain selain Allah S.w.t. Dan agar kita tahu segala Sifat, Asma’ dan PerbuatanNya.

Apa jadinya jika kita menyembah, sedangkan yang kita sembah itu belum kita kenal asma’ dan sifat-sifat zatNya, serta sifat wajib dan mustahil bagiNya? Kerana kadang-kadang seseorang mengiktikadkan suatu yang tidak layak bagiNya. Maka ibadah yang demikian itu akan sia-sia. [2]

– Untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” [Surah Al-Baqarah : Ayat 30]

Manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla untuk MENTADBIR bumi ini dengan menurut syariatNya. Kerana itulah Nabi S.a.w dan Khulafa’ Ar-Rasyidun (Abu Bakr, Umar, Utsman, Ali r.anhum) jadi pemimpin. Mereka memimpin manusia menurut Hukum-hukum Allah.

Manusia yang bergelar Muslim sepatutnya mengangkat pemimpin yang dapat menjadi wakil mereka untuk melaksanakan Hukum-hakam Allah secara menyeluruh. Pemerintah yang MENJAGA AGAMA ialah pemerintah yang memerintah dengan Hukum-hukum Allah.

“…Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (iaitu orang yang bersepakat membuat hukum sendiri dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah).” [Surah Al-Maa’idah : Ayat 48-49]

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu, dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.”  [Surah Al-Insaan : Ayat 23 – 24]

– Untuk menguji kita.

Firman Allah S.w.t, “Yang mencipta mati dan hidup untuk menguji dan mengetahui, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” [Surah Al-Mulk : 2]

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” [Surah Al-Insaan: Ayat 2]

Setiap saat yang kita lalui di atas muka bumi ini adalah UJIAN dari Allah S.w.t.  Setiap manusia telah disertakan dengan Jin Qarin (yang sentiasa menyuruh berbuat jahat, melainkan jin Qarin Nabi Muhammad S.a.w yang sejak lahirnya telah Islam), dan juga Malaikat Qarin (yang membisikkan agar kita berbuat kebaikan).

“Serta mengilhamkannya jalan keburukan, dan jalan taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang mensucikan dirinya (hatinya). Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori dirinya (hatinya).” [Surah As-Syams : Ayat 8 – 10]

Disamping kita juga akan digoda dengan syaitan-syaitan luaran yang terdiri dari jin dan manusia. Dan MUSUH kita yang paling besar sekali ialah HAWA NAFSU kita sendiri.

Suatu hari, Rasulullah S.a.w menyambut para sahabatnya yang baru pulang dari medan perang seraya berkata, “Selamat datang wahai kaum yang telah melaksanakan jihad kecil dan bersiaplah untuk melakukan jihad paling besar.” Dengan penuh kehairanan mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan jihad paling besar itu?” Beliau menjawab, “Jihad melawan hawa nafsu. Sesungguhnya jihad terbesar dan paling utama adalah memerangi hawa nafsu yang ada dalam dirimu sendiri.”

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar), dan dimeterai pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”  [Surah Al Jaatsiyah : 23]

“……. Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kalian dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kalian pada apa yang diberikan pada kalian…….” [Surah al-Maaidah : 48]

Dengan kata lain, Allah S.w.t telah menetapkan berbagai macam syariat untuk menguji hamba-hamba-Nya terhadap apa yang telah disyariatkan untuk mereka dan memberi mereka pahala kerana taat kepadanya, atau menyeksa mereka kerana durhaka kepada-Nya melalui apa yang mereka perbuat atau yang mereka tekadkan dari kesemuanya itu. [3]

– Untuk saling kenal-mengenal antara manusia

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.” [Surah Al-Hujurat : ayat 13]

Manusia dijadikan berbilang bangsa dan berpuak-puak agar masing-masing saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Manusia bukan disuruh kenal-mengenali untuk sama-sama melakukan maksiat, lalai kepada Allah, sentiasa berseronok, bermegah sesama sendiri, menzalimi manusia lain, dan segala macam maksiat lagi.

Akan tetapi manusia disuruh kenal-mengenali agar mudah untuk berdakwah dan saling mengajak untuk mengenal Allah, beriman dan beribadah hanya kepadaNya sahaja. Saling berzikir, memuji-muji Allah S.w.t, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar.

Dan manusia juga boleh saling berpesan-pesan atau menasihati bahawa manusia yang paling mulia ialah yang PALING BERTAQWA kepada Allah S.w.t, bukannya yang paling kaya, pandai, cantik, kuat dan sebagainya.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. [Surah Al-Asr : 1-3]

Dan sesama umat, kita disuruh bersatu di dalam tali Allah (Al-Quran) dan tidak bercerai-berai agar umat menjadi kuat.

Rasulullah S.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah redha kepada kalian dalam tiga perkara dan murka kepada kalian dalam tiga perkara. Allah redha kepada kalian bila kalian menyembah-Nya dan kalian tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun, bila kamu sekalian berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan bila kalian saling menasihati dengan orang yang dikuasakan oleh Allah untuk mengurus perkara kalian. Dan Allah murka kepada kalian dalam tiga perkara iaitu; qil dan qal (banyak bicara atau berdebat), banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” [HR Muslim, dari Abu Hurairah]

Penutup

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [Surah Al-Mu’minuun : Ayat 115]

Kita semua nanti akan dikembalikan kepada Allah S.w.t dan akan dihisab (dihitung) dan ditimbang segala amalan kita pada Al-Mizan di Mahsyar. Amalan baik kah yang lebih berat, atau amalan buruk?

Sila baca juga Mahu rahmat Allah?  Buatlah apa yang Allah suka setiap hari

Rujukan:

1 – Syeikh Abdul Qadir Al-Jeilani – Sirr Al-Asraar

2 – Imam Al-Ghazali – Minhajul Abidin

3 – Imam Ibnu Katsir – Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Maaidah, ayat 48

https://unikversiti.blogspot.com/2013/11/apa-tujuan-allah-cipta-kita.html

HADIS TANDUK SYAITAN DARI TIMUR

PENJELASAN HADIS TANDUK SYAITAN DARI TIMUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PENJELASAN HADIS TANDUK SETAN DARI TIMUR

Hadis yang menyebutkan akan adanya fitnah (kerusakan dan kesesatan) di tengah kaum Muslimin di antaranya menyebutkan, bahwa fitnah akan datang dari Timur, tempat munculnya dua tanduk setan. Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

قالَ وَهو مُسْتَقْبِلُ المَشْرِقِ: هَا إنَّ الفِتْنَةَ هَاهُنَا، هَا إنَّ الفِتْنَةَ هَاهُنَا، هَا إنَّ الفِتْنَةَ هَاهُنَا، مِن حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

“Nabi bersabda dalam keadaan menghadap ke arah Timur: ‘Sesungguhnya fitnah (kesesatan) itu datang dari sana. Sesungguhnya fitnah itu datang dari sana. Sesungguhnya fitnah itu datang dari sana. Dari sanalah akan muncul dua tanduk setan.” [HR. Muslim no.2905]

Dalam riwayat lain, Nabi ﷺ bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وفِي يَمَنِنَا . قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ؟ قَالَ : اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وفِي يَمَنِنَا . قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ؟ قَالَ : هُنَاكَ الزَّلاَزِلُ وَالْفِتَنُ ، وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

“Ya Allah, berkahilah kami pada penduduk Syam kami dan pada penduduk Yaman kami.”

Para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Nejed, wahai Rasulullah?”

Nabi ﷺ bersabda: “Ya Allah, berkahilah kami pada penduduk Syam kami dan pada penduduk Yaman kami.”

Para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Nejed, wahai Rasulullah?”

Nabi ﷺ bersabda: “Di sana akan muncul banyak keguncangan dan fitnah. Di sana pula akan muncul tanduk setan.” [HR. Al Bukhari no. 2905, Muslim 1037]

Penjelasan Hadis

Hadis ini sering dijadikan senjata untuk menyerang para ulama dan dai yang mendakwahkan tauhid dan Sunah Nabi. Di antaranya Syekh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah. Sebagian orang menisbatkan julukan “Dua tanduk setan” kepada beliau. Allahul musta’an! Dengan alasan, karena beliau berasal dari Nejed yang berada di bagian Timur Jazirah Arab.

Ini adalah pemahaman yang KELIRU dalam memahami hadis-hadis di atas. Kita jelaskan dalam beberapa poin:

Pertama: Hadis-hadis di atas tidaklah memuji semua penduduk Syam atau Yaman secara keseluruhan. Karena tentu saja penduduk Syam dan Yaman itu bermacam-macam. Ada yang saleh dan ada yang tidak saleh. Sebagaimana perkataan Abud Darda’ radhiyallahu ‘anhu yang masyhur:

إن الأرض لا تقدس أحدا ، وإنما يُقدِّسُ الإنسانَ عملُهُ

“Sesungguhnya suatu negeri (yang suci) tidak membuat penduduknya menjadi suci. Namun yang membuat penduduknya menjadi suci adalah amalan mereka sendiri.” [HR. Malik dalam Al Muwatha’ no.1459]

Maka dengan pola pikir yang sama pula, bukan berarti penduduk yang ada di Nejed semuanya tercela dan semuanya pembuat fitnah. Hadis ini sama sekali tidak menunjukkan demikian. Karena Rasulullah ﷺ hanya mengabarkan, bahwa akan terjadi fitnah (kekacauan) dari Nejed. Dan seseorang yang dikatakan sesat atau menyimpang bukan karena ia berasal dari Nejed atau tempat lainnya, namun karena keyakinan dan amalan menyimpang yang ia miliki tersebut bertentangan dengan Alquran dan As-Sunnah.

Kedua: Hadis di atas perlu dipahami dengan pemahaman Salaf. Karena para Salaf tentu lebih memahami apa yang dimaksud oleh Rasulullah ﷺ. Putra dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, yaitu Salim bin Abdullah bin Umar, beliau berkata:

يا أهل العراق ! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة ! سمعت أبي عبدالله بن عمر يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الفتنة تجيء من ههنا ، وأومأ بيده نحو المشرق ، من حيث يطلع قرنا الشيطان

“Wahai penduduk Irak! Sungguh seringnya kalian bertanya tentang masalah-masalah sepele, dan sungguh beraninya kalian menerjang dosa-dosa besar! Padahal aku telah mendengar dari ayahku, yaitu Abdullah bin Umar, bahwa beliau mengatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya fitnah datangnya dari arah sini. Beliau sambil mengarahkan tangannya ke arah Timur. Dari sanalah muncul dua tanduk setan.’” [HR. Muslim no. 2905]

Perhatikan, Salim bin Abdullah bin Umar rahimahullah memahami, bahwa yang dimaksud dengan Nejed dan negeri Timur adalah Irak.

Ini juga sesuai dengan apa yang terdapat dalam riwayat lain dari hadis di atas. Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi ﷺ bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا , اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي يَمَنِنَا , فَقَالَهَا مِرَارًا , فَلَمَّا كَانَ فِي الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ , قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي عِرَاقِنَا , قَالَ : إِنَّ بِهَا الزَّلازِلَ , وَالْفِتَنَ , وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

“Ya Allah, berkahilah kami pada penduduk Syam kami. Ya Allah, berkahilah kami pada penduduk Yaman kami.” Beliau mengulanginya beberapa kali. Pada kali ketiga atau keempatnya, para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Irak?” Beliau menjawab: “Sesungguhnya di sana terdapat kegoncangan dan fitnah. Dan di sana pula muncul tanduk setan.” [HR. Ath Thabarani dalam Mu’jam Al Kabir no.13422 dengan sanad yang Hasan]

Ketiga: Para ulama menafsirkan, bahwa yang dimaksud dengan Nejed dalam hadis tersebut adalah Irak dan semua daerah dataran tinggi di sebelah Timur Madinah. Mereka juga menjelaskan, bahwa yang dimaksud “fitnah” yang muncul dari Timur dan Nejed adalah kekufuran, kebidahan, dan kesesatan.

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan:

كان أهل المشرق يومئذ أهل كفر ، فأخبر صلى الله عليه وسلم أن الفتنة تكون من تلك الناحية ، فكان كما أخبر ، وأول الفتن كان من قبل المشرق ، فكان ذلك سببا للفرقة بين المسلمين ، وذلك مما يحبه الشيطان ويفرح به ، وكذلك البدع نشأت من تلك الجهة .

“Penduduk negeri Timur ketika itu adalah orang-orang kafir. Maka Nabi ﷺ mengabarkan, bahwa fitnah (kesesatan) datang dari arah tersebut. Dan memang realitanya sebagaimana yang beliau kabarkan. Fitnah yang terjadi pertama kali datang dari arah Timur. Dan itulah yang menjadi sebab pertikaian di tengah kaum Muslimin dan dicintai oleh setan, dan ia bergembira dengannya. Demikian juga kebidahan muncul dari arah tersebut.”

وقال الخطابي : ( نجد ) من جهة المشرق ، ومَن كان بالمدينة كان نَجدُهُ باديةَ العراق ونواحيها ، وهي مشرق أهل المدينة ، وأصل النجد ما ارتفع من الأرض ، وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها ، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة . انتهى كلام الخطابي .

Al-Khathabi rahimahullah mengatakan:

“Nejed adalah semua yang ada di arah Timur. Dan Nejed-nya penduduk Madinah adalah Irak dan yang searah dengannya. Karena ia ada di arah Timur Madinah. Dan makna “Nejed” adalah semua dataran yang tinggi. Dan Nejed adalah lawan kata Ghaur (lembah), yang artinya sesuatu yang rendah. Sehingga Tihamah semuanya adalah lembah, dan Makkah termasuk dalam Tihamah.” Sampai sini perkataan Al-Khathabi rahimahullah.

وعُرف بهذا وهاء ما قاله الداودي : أن ( نجدا ) من ناحية العراق ، فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص ، وليس كذلك ، بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا ، والمنخفض غورا

“Dari sini diketahui kekeliruan pendapat dari Ad-Dawudi yang mengatakan, bahwa Nejed adalah nama suatu daerah tertentu. Ini tidak benar. Bahkan semua dataran yang tinggi disebut Nejed. Sedangkan yang melandai disebut Ghaur.” [Fathul Bari (13/47)]

Penjelasan Ibnu Hajar rahimahullah ini sudah cukup jelas dan gamblang walhamdulillah.

Keempat: Menafsirkan “Dari sanalah muncul dua tanduk setan” dalam hadis bahwa itu adalah person tertentu, ini adalah gagal paham. Karena yang dimaksud dengan “Dari sanalah muncul dua tanduk setan” adalah “Di sanalah terbitnya matahari.“ Dan memang matahari terbit dari arah Timur. Sebagaimana ini dengan jelas disebutkan dalam hadis Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا طَلَعَ حَاجِبُ الشَّمْسِ فَدَعُوا الصَّلَاةَ حتَّى تَبْرُزَ، وإذَا غَابَ حَاجِبُ الشَّمْسِ فَدَعُوا الصَّلَاةَ حتَّى تَغِيبَ، ولَا تَحَيَّنُوا بصَلَاتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ ولَا غُرُوبَهَا؛ فإنَّهَا تَطْلُعُ بيْنَ قَرْنَيْ شَيطَانٍ

“Jika hajib (bagian awal) dari matahari telah muncul, maka janganlah salat sampai matahari terlihat. Dan jika hajib (bagian akhir) dari matahari mulai tenggelam, maka janganlah salat hingga ia tenggelam sepenuhnya. Dan janganlah salat di sekitar waktu tersebut, karena ia (matahari) terbit di antara dua tanduk setan.” [HR. Al Bukhari no.3272, Muslim no.612]

Dalam riwayat Ahmad:

فإذا طلَعَتْ فلا تُصَلِّ حتى تَرتفِعَ؛ فإنَّها تَطلُعُ حين تَطلُعُ بيْن قَرْنَيْ شَيطانٍ، وحينَئذٍ يَسجُدُ لها الكفَّارُ … فإذا صَلَّيْتَ العصرَ فأَقْصِرْ عنِ الصلاةِ حتى تَغرُبَ الشمسُ؛ فإنَّها تَغرُبُ بيْن قَرْنَيْ شَيطانٍ، فحينَئذٍ يَسجُدُ لها الكفَّارُ

“Jika matahari mulai terbit, maka janganlah salat sampai ia meninggi. Karena ia terbit di antara dua tanduk setan, dan ketika itu orang-orang kafir bersujud (beribadah) … Dan ketika sudah selesai Salat Asar, janganlah salat sampai matahari tenggelam. Karena ia tenggelam di antara dua tanduk setan, dan ketika itu orang-orang kafir bersujud (beribadah).” [HR. Ahmad no. 17014. Syu’aib Al Arnauth dalam Takhrij Al Musnad mengatakan: “sanadnya shahih sesuai syarat Muslim”]

Adapun apa yang dimaksud “Tanduk Setan” itu sendiri? Apakah tanduk setan betulan atau apa maksudnya? Ini dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah dalam Fathul Bari:

وأما قوله: قرن الشمس فقال الداودي : للشمس قرن حقيقة ، ويحتمل أن يريد بالقرن قوة الشيطان ، وما يستعين به على الإضلال ، وهذا أوجه ، وقيل إن الشيطان يقرن رأسه بالشمس عند طلوعها ليقع سجود عبدتها له ، قيل : ويحتمل أن يكون للشمس شيطان تطلع الشمس بين قرنيه .

“Adapun perkataan “Tanduk Setan” ini ditafsirkan oleh Ad-Dawudi, bahwa maksudnya adalah tanduk setan secara hakiki. Dan dimungkinkan maknanya adalah kekuatan setan dan sarana-sarana setan untuk menyesatkan manusia. Ini penafsiran yang lebih bagus. Dan pendapat lain bahwa maknanya adalah setan menggabungkan kepalanya dengan matahari ketika ia terbit, agar orang-orang sujud kepadanya. Pendapat lain bahwa di matahari ada setan, yang ketika matahari terbit, maka ia terbit di antara dua tanduk setan.” [Fathul Baari (13/46)]

Sehingga semua penafsiran “Tanduk Setan” ini merujuk kepada tanduk setan yang hakiki atau sifat-sifat yang termasuk perbuatan setan dalam menyesatkan manusia. Sehingga tidak benar jika “Tanduk Setan” ini ditafsirkan sebagai individu-individu tertentu dengan mengatakan si Fulan adalah tanduk setan, si Alan adalah tanduk setan.

Kelima: Andaikan Nejed adalah nama negeri tertentu sebagaimana yang mereka klaim, padahal tidak demikian, maka apa dasarnya memastikan, bahwa fitnah dan tanduk setan yang dimaksud hadis adalah Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama Nejed rahimahumullah? Mana dalil yang menunjukkan hal ini? Lalu, bagaimana mengetahui mana penduduk Nejed yang demikian dan mana yang bukan? Apakah patokannya hanya perasaan dan sentimen tertentu? Allahul musta’an wa ‘alaihi at-tuklan!

Dan telah dijelaskan, bahwa fitnah yang datang dari Nejed atau negeri Timur yang disebutkan dalam hadis maksudnya adalah kekufuran, kebidahan, dan kesesatan. Lalu, apa kekufuran, kebidahan, dan kesesatan yang dibawa oleh Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama Nejed rahimahumullah, sehingga mereka dituduhkan sebagai biang fitnah? Padahal realitanya, mereka mendakwahkan umat kepada Alquran, Sunah dengan pemahaman Salafus Saleh, terutama dalam bab akidah. Justru mereka memberantas kesyirikan dan kebidahan dengan ilmu, bukan hawa nafsu.

Keenam: Taruhlah bahwa fitnah dan tanduk setan adalah Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama Nejed rahimahumullah. Maka Ahlussunnah tidak pernah menjadikan mereka sebagai patokan kebenaran, serta tidak pernah mendakwahkan umat untuk berfanatik buta kepada mereka. Yang menjadi patokan kebenaran adalah Alquran dan As-Sunnah. Andaikan Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah menyelisihi Alquran dan As-Sunnah, maka kita tinggalkan pendapat beliau.

Di antara buktinya adalah para ulama Ahlussunnah mereka men-takhrij hadis-hadis dalam Kitabut Tauhid karya Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab rahimahullah. Contohnya kitab “Ad-Durr An-Nadhid fi Takhrij Kitaabit Tauhid” karya Syekh Shalih bin Abdillah Al-Ushaimi hafizhahullah dan kitab “Takhrij Ahadits Muntaqadah fi Kitabit Tauhid” karya Syekh Furaih bin Shalih Al-Bahlal, diberi taqdim (kata pengantar) oleh Syekh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah. Dan mereka menjelaskan beberapa hadis dhaif yang ada dalam Kitabut Tauhid. Tidak dibela mati-matian ketika yang menulis adalah Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab rahimahullah. Ini bukti kecil bahwa Ahlussunnah tidak pernah mengajak untuk taklid buta kepada beliau.

Sehingga jelaslah kerancuan pemahaman dari orang-orang yang menggunakan hadis di atas sebagai retorika untuk menyerang dakwah tauhid dan dakwah Sunah.

Semoga Allah taala memberi taufik.

Penulis: Yulian Purnama

Sumber: https://Muslim.or.id/71672-penjelasan-hadits-tanduk-setan-dari-Timur.html

Ikuti kami selengkapnya di:

WhatsApp: +61 (450) 134 878 (silakan mendaftar terlebih dahulu)

Website: https://nasihatsahabat.com/

Email: nasihatsahabatcom@gmail.com

Twitter: @NasihatSalaf

Facebook:

https://www.facebook.com/nasihatsahabatcom/

Instagram: NasihatSahabatCom

Telegram: https://t.me/nasihatsahabat

Pinterest: https://id.pinterest.com/nasihatsahabat

Baca juga:

https://almanhaj.or.id/3208-6a-munculnya-fitnah-dari-arah-timur.html

PENJELASAN HADIS TANDUK SETAN DARI TIMUR

PENJELASAN HADIS TANDUK SETAN DARI TIMUR

PENJELASAN HADIS TANDUK SETAN DARI TIMUR

PENJELASAN HADIS TANDUK SETAN DARI TIMUR

RASUAH DALAM IBADAH HAJI: PENCABULAN TERHADAP TAZKIYYAH KEROHANIAN

RASUAH DALAM IBADAH HAJI: PENCABULAN TERHADAP TAZKIYYAH KEROHANIAN

Dari orientasi konsepsinya ibadah ini bermaksud “kunjungan”, manakala dari sudut syarak pula ia bermakna kunjungan ke Baitullah al-Haram di Mekah dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. Seruan untuk mengerjakan haji telah termaktub sebagai salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh individu Muslim. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 97 yang memberi maksud bahawa ibadah haji itu merupakan kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang berkemampuan untuk melakukan perjalanan ke Baitullah. Allah SWT juga menegaskan secara sinis bahawa mana-mana individu yang sengaja mengingkarinya, Allah tidak sedikit pun terkesan dengan sikap orang-orang sebegini kerana Allah itu Tuhan Yang Maha Kaya, Yang tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.

Antara tujuan pelaksanaan haji, adalah untuk memperbaharui ikrar untuk beriman terhadap Allah SWT. Iaitu, pembaharuan terhadap semangat dalam membina rangsangan dan juga ketekalan seseorang untuk berperanan sebagai hamba kepada Penciptanya; tunduk, taat dan patuh terhadap-Nya dengan sepenuh hati, jiwa dan raga.

Ibadah haji yang dilakukan dengan sempurna dan ikhlas akan menghapuskan dosa-dosa kecil yang mungkin sebelum itu terkumpul tanpa disedari. Ia turut menaikkan darjat keimanan individu terbabit. Selain itu, ia juga sebagai tanda kesyukuran seorang hamba pada Tuhannya terhadap anugerah harta dan kesihatan yang baik. Ini kerana ibadah ini melibatkan sejumlah perbelanjaan yang agak besar dan memerlukan kesihatan yang baik kerana tugas tertentu dalam ibadah ini memerlukan kekuatan tenaga dan emosi yang sihat dan seimbang.

Haji juga merupakan latihan yang cukup baik bagi meningkatkan kesabaran serta ketabahan seseorang. Dan kesabaran mula teruji ketika wang sedang dikumpulkan sehingga mencukupi. Seseorang yang mengerjakan haji juga terduga kerana perlu berjauhan dengan orang-orang tersayang dan perkara-perkara lain yang telah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya dalam satu tempoh yang tertentu. Dan kesabaran juga amat diperlukan ketika mengerjakan wukuf, tawaf serta ketika berada di Mina. Semua perkara tersebut memerlukan kesabaran yang tidak sedikit daripada hamba-hamba yang mengiktiraf Allah SWT itu sebagai Tuhan mereka. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar sesuatu yang dipersembahkan kepada Allah sebagai tanda ketaatan hamba, tanpa sebarang pulangan kepada mereka yang mengerjakan ibadah berkenaan.

Demi kasih sayang Allah terhadap hamba-hamba-Nya, ibadah ini akan memberikan pulangan yang amat menguntungkan kepada pelaksananya; keuntungan yang bersifat kerohanian, jiwa yang lebih kukuh dan hati yang lebih yakin untuk bergantung pada Allah SWT sebagai tempat pergantungan yang mutlak. Tidak pernah pun kita dengar khabar tentang seseorang yang selepas pulangnya dari mengerjakan haji, ataupun umrah mengalami kerugian atau menjadi muflis. Namun, sekiranya ada sekalipun tentunya ia kafarah yang bertujuan untuk menyucikan harta dan hati individu berkenaan.

Keuntungan yang didapati di dunia kerana mengerjakan haji merupakan keuntungan yang bergerak tanpa henti menuju ke akhirat. Sebagaimana maksud sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, an-Nasa’i, Ibnu Majjah dan Ahmad yang antara lain bermaksud, “Turutlah kewajipan-kewajipan dalam haji dan juga umrah. Sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu daripada papa dan dosa, sebagaimana nyala api yang menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. (Dan sesungguhnya) haji mabrur akan mendapat balasan syurga”.

Proses mengerjakan haji merupakan perjalanan kerohanian sekali gus keimanan. Apabila seseorang mula mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, bermakna ia telah berniat untuk melakukan ibadah tersebut. Disiplin ibadah haji, sebenarnya bukan bermula pada ketika kaki menginjak di al-Haramain atau tatkala kapal terbang yang membawa rombongan haji mendarat di Jeddah, tetapi pada saat ia memahami bahawa haji itu rukun Islam yang kelima. Dalam erti kata memahami pensyariatan dan falsafahnya, juga justifikasi syarat-syarat dan hukum-hakam tentangnya.

Pahala yang akan diberi kepada pelaksananya bukan hanya dinilai pada pelaksanaan kerja-kerja atau perbuatan-perbuatan tertentu semata-mata seperti tawaf, wukuf atau bertahallul, malahan juga turut dinilai pada keikhlasan hati pelaksananya. Sumber modal atau wang yang digunakan juga turut diambil kira bagi menghasilkannya sama ada sebagai haji yang mabrur, atau sekadar untuk seseorang itu menerima gelaran “haji” atau “hajah”.

Disiplin dalam haji ini juga mengenai kesabaran seseorang ketika membuat urusan tadbir urus sebelum ia bertolak ke tanah suci dan mengenakan ihram. Harus diingat bahawa apabila secara konsepsinya ia merupakan “kunjungan”, maka ia bersifat tindakan bersaling (reciprocal) kerana ia juga merupakan “jemputan” daripada Allah SWT. Yang menjadi tanggungjawab hamba-Nya adalah berusaha untuk berkunjung ke sana bagi melaksanakan ibadah istimewa ini. Membuktikan kepada Allah menurut kudrat dan kemampuannya, bahawa ia berhasrat untuk melakukannya. Maka harus difahami bahawa kemampuan itu juga berada dalam lingkungan kekangan-kekangan lain yang melibatkan prosedur dan dasar-dasar pihak berkuasa. Contohnya, seseorang yang sudah mempunyai modal yang cukup dan telah mendaftar untuk mengerjakan haji masih perlu menunggu giliran sebelum ia pergi bersama-sama jemaah yang lain ke al-haramain.

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa ibadah haji merupakan perjalanan kerohanian, maka ia menggambarkan proses mendekatkan diri kepada Allah sebagai Penguasa alam (taqarrub) dan penyucian jiwa (tazkiyyah) seorang hamba. Dan proses ini berada dalam hubungan dua hala-hamba dan Penciptanya, tetapi perlu juga difahami bahawa ia turut melibatkan hamba-hamba Allah yang lain. Yang juga sama-sama menuju ke matlamat yang satu. Dan ia melibatkan jumlah yang tidak sedikit, malah jutaan orang dari serata dunia.

Maka, ibadah ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung turut melibatkan orang lain. Contohnya, penglibatan muhrim bagi bakal haji dalam kalangan wanita. Sehubungan dengan perkara ini, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang lain walaupun dalam keadaan darurat. Agama yang mulia dan sempurna ini juga tidak memberi ruang kepada umatnya untuk mencari pahala dengan cara menganiaya orang lain. Begitu jugalah halnya dalam ibadah haji. Untuk menghasilkan haji yang mabrur, ia harus bersih daripada unsur-unsur dosa dan maksiat. Reda Allah terhadap kehidupan hamba-Nya adalah apabila ia menjaga hubungannya dengan Tuhannya dan sesama manusia. Secara tidak langsung, apabila ia menjaga kedua-dua hubungan ini, maka ia sebenarnya menjaga dirinya daripada melakukan keburukan terhadap dirinya sendiri dan juga apa-apa yang berada di sekelilingnya.

Sekiranya terdapat bakal haji yang sanggup terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan peluang mengerjakan haji lebih awal, ia sebenarnya telah membuat pencabulan terhadap proses tazkiyyah hati dan jiwa. Ini kerana ia telah mencuri modal orang lain dalam bentuk masa yang hakikatnya lebih berhak untuk mengerjakan haji terlebih dahulu. Pepatah Cina mengatakan, “masa itu emas, tetapi emas tidak dapat membeli masa”, menunjukkan bahawa masa merupakan modal yang amat berharga malah ada ketikanya ia lebih berharga berbanding harta dan wang ringgit. Tambahan lagi, masa mempunyai kaitan yang amat erat dengan sihatnya seseorang dalam konteks ibadah haji.

Mereka yang tidak menunaikan haji, tetapi turut bersubahat dalam rasuah untuk mengerjakan ibadah haji, juga boleh dikategorikan sebagai pencuri modal orang lain yang sabar mengikut peraturan dengan menunggu giliran. Melalui Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada pemberi dan penerima rasuah bahawa kedua-dua golongan ini akan dimasukkan ke dalam api neraka. Dan selain itu, Rasulullah SAW juga menerusi Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad amat melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan mereka yang menjadi perantara. Tentunya kita tidak terbayang bagaimana Allah SWT memandang seseorang yang menginjakkan kakinya ke Baitullah untuk melakukan proses penyucian jiwa sedangkan ia sedang dilaknat oleh Rasulullah SAW. Dia cuba “bermuamalah” dengan Allah sedangkan pada masa yang sama, berkaitan muamalah tersebut, urusannya dengan orang lain masih tergantung.

Hanya Allah SWT sebaik-baik penilai, namun, renungkanlah maksud firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’ ayat 29-30 yang menyatakan, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (menggunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara reda-meredai antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu, ‘Sesiapa melakukan yang demikian dengan melanggar yang hak dan kezaliman, maka Kami akan memasukkannya ke dalam api neraka. Balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah (tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya)”.

Tunggu Malaysia hancur dulu baru nak laksanakan Undang-undang Islam?

Mahu tunggu Malaysia hancur dulu baru nak laksanakan Undang-undang Islam?

Adalah benar sekali, dakwah yang mula-mulanya adalah dakwah kepada tauhid. Bermakna aqidah terlebih dahulu perlu ditekankan dan diberi kefahaman sebelum menjalankan syariat. Dan ini diajar dan ditunjuk sendiri oleh baginda Rasulullah S.a.w. Ya betul, hamba pun bersetuju , hamba tidak menyanggah sedikit pun.

Tetapi cuba lah kita fikirkan, Islam berkembang di Malaysia kita ini sudah berapa puluh tahun? Baru sebulan dua ke? Sampaikan orang-orang bukan Islam pun sudah amat mengenali perkataan Tauhid sekarang ini dan ada yang faham serba sedikit tentangnya. Maka rasionalnya, kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan syariat ALLAH a.k.a HUKUM ALLAH? Ulamak-ulamak dari dulu lagi telah berdakwah bermula dengan Tauhid. Maka kita telah buat semua ajaran nabi itu. Tinggal sekarang kita perlu laksanakan syariat ALLAH sahaja.

Tiada alasan dah sebenarnya sekarang untuk tidak menjalankan HUKUM ALLAH secara beransur-ansur. Ada sesetengah pihak atau jemaah yang masih lagi mahu menumpukan kepada dakwah Tauhid. Ya betul, ajarlah Ilmu Tauhid kepada semua orang. Perkenalkan lah ilmu Aqidah dengan mendalam. Sampai kiamat pun ilmu Tauhid mesti diajar. Tetapi kena ingat, kita sudah menerima Islam sudah berpuluh tahun dan Ilmu tauhid sudah lama diperkenalkan walaupun sekarang ini masih ramai yang tidak faham betul-betul.

Maka kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan HUKUM ALLAH? Nak tunggu sampai 100% rakyat Malaysia faham Tauhid dulu baru nak jalankan?

Kita perlu ingat, semasa zaman nabi dan sahabat jalankan Undang-undang ALLAH, waktu itu masih ramai sangat lagi orang-orang musyrikin dan bukan Islam. Tetapi tetap HUKUM ALLAH boleh ditegakkan. Maka apa lagi alasan kita sekarang untuk tidak secara perlahan-lahan menegakkan HUKUM tersebut? Sedangkan Hukum ini adalah untuk keamanan, untuk membasmi jenayah dari terus banyak berleluasa.

Ingat! Malaysia @ Tanah Melayu suatu ketika dulu pernah menjalankan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir.  Sila baca Undang-undang Islam di Malaysia

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ini murtad belaka dulu?

Sesetengah jemaah perjuangkan untuk mendakwah tauhid dan memisahkan politik. Tetapi nampak kah kita sekarang? Aqidah umat Islam di Malaysia sekarang semakin meningkat atau semakin jatuh merudum? Sudah beratus ribu orang Islam di Malaysia murtad, maka masih mahu membiarkannya lagi? Ambil jalan mudah dan malas dengan asyik kata tunggu, dan tunggu dan tunggu. Itulah perangai orang-orang Melayu, suka tunggu dan tunggu dan tunggu tanpa mengambil langkah drastik dan berhikmah.

Peranan media massa terlalu kuat sekarang. Rakyat banyak sangat terpengaruh dengan Tv dan Radio. Hiburan-hiburan berleluasa dan anak-anak kita terpengaruh tanpa pengawasan yang rapi. Sepatutnya tugas pemimpin adalah untuk menasihati golongan-golongan yang sentiasa berhibur tanpa batasan itu agar kawal diri dan membatas kan diri. Tetapi pemimpin-pemimpin yang masih ramai yang hormati itu membiarkan sahaja mereka berfoya-foya dan berseronok tanpa memikirkan masa depan nanti bagaimana. Tidak kasihankah pada mereka yang hanyut dibuai mimpi duniawi itu? Sepatutnya pemimpin mesti ada rasa tanggungjawab tentang ini, bukan membiarkan mereka kerana sayangkan undi dari mereka, mahukan sokongan dari mereka dalam pilihanraya. Maka perbuatan itu adakah kerana ALLAH, atau kerana apa?

Kesian jugak pemimpin yaa, banyak kena tegur. Haaa itu lah, siapa suruh beriya-riya sangat jadi pemimpin? Ingat pemimpin ni jawatan untuk berseronok-seronok ke? Maka berani mahu jadi pemimpin, kena berani lah tanggung risikonya. Dan tanggung-jawabnya bukan mudah tu, kena jawab belaka nanti soalan tentang rakyat-rakyat yang dipimpinnya. Aduhai seksanyaaaaa, sama-sama lah kita doakan semua pemimpin kita dapat hidayah dan menjalankan tugasnya berpandukan kepada HUKUM ALLAH.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam berperang besar sesama sendiri?

Sila lah baca hadith dari Sunan Ibnu Maajah ini baik-baik. “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”. Tidak yakin kah lagi dengan maksud hadith tersebut? Tidak nampak kah lagi sekarang kita di Malaysia bahawa umat Islamnya duduk bertelagah sesama sendiri?

Maka jika HUKUM ALLAH masih lagi tidak tertegak dan cuba ditegakkan, tak mustahil suatu hari nanti akan berlaku perang saudara di Malaysia, na’uzubillah. Kita mintak jauh dari perkara itu semua, sebab itu lah kena kembali kepada Allah dan Rasul, bukannya dengan mengikut sistem-sistem barat yang semakin meruntuhkan akhlaq dan tamadun kemanusiaan. Tubuh tidak dapat hidup tanpa makanan dan air. Begitu lah jasmani kita ini tidak dapat hidup dengan baik tanpa rohani yang baik. Setiap makhluk dijadikan berpasangan, maka jasmani pasangannya adalah rohani, maka kedua-duanya perlu dijaga dengan baik.

Maka bagaimana untuk menjaga rohani dengan baik? Mesti lah ada satu peraturan hidup yang baik yang telah digariskan oleh Raja sekelian alam iaitu ALLAH Yang Maha Berkuasa. Peraturan ini lah yang akan dipatuhi oleh rohani dan membuatkan rohani terkawal. Jika rohani mematuhi peraturan selain dari yang digariskan oleh ALLAH, maka rohani ini boleh sedikit demi sedikit akan terpesong. Rohani dan jasmani kita dibuat oleh ALLAH, maka peraturan yang ALLAH buat sahajalah yang paling sesuai untuknya.

Islam is The Way of Life. Bila mana ia disebut “Cara hidup”, maka ia mestilah terlibat dengan semua perkara dalam kehidupan kita , dari berak , kencing, makan , minum , hinggalah kepada pemerintahan dalam sesebuah negara (politik). Semuanya mesti berlandaskan kepada Islam, baru hidup kita selamat dunia akhirat insyaALlah.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai bermacam-macam bala besar seperti Tsunami , Tsunamu, Tsunamat dan camam-camam datang lagi?

Jika kehidupan sudah bercampur aduk, hiburan tanpa batasan sudah berleluasa, aurat sudah menjadi perkara remeh, jenayah-jenayah semakin banyak dan sebagainya, maka tak mustahil bumi ini akan dibolak-balikkan oleh Allah untuk membersih dari dosa dan nista. Maka di kala itu nanti, barulah kita semua akan menyesal, tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian sudah tiada gunanya.

Antara agenda King George dahulu , menyuruh golongan penjajah itu menjadikan umat Islam sekarang tidak suka kan bahasa Arab. Bila umat Islam sendiri tidak sukakan Bahasa Arab, secara automatik akan menjadi kesulitan untuk memahami sepenuhnya isi Al Quran dan Al Hadith. Menjadikan kita sekarang cetek dengan ilmu agama sedangkan ini adalah ilmu yang paling penting buat seluruh manusia untuk bahagia di dunia dan akhirat. Para nabi dahulu ada kepakaran masing-masing dalam bidang keduniaan, tetapi tidak lupa juga arif dalam bidang akhirat. Sebab itu kita mesti menjadi arif dalam kedua-dua bidang ini. Ilmu dunia untuk dunia dan agama untuk akhirat. Tidak semestinya ustaz dan ustazah sahaja yang perlu arif bidang agama.

Agama perlu berganding bahu dengan hal dunia, ibarat kata kita diberi sebilah pisau. Jika kita ada ilmu agama, maka kita gunakan pisau itu untuk kebaikan dan memberi orang lain makan dengan memasak makanan yang sedap-sedap. Tetapi jika tiada ilmu agama, ataupun lebih sedih lagi jika ada ilmu agama tetapi melanggarnya, maka kemungkinan kita akan gunakan pisau tersebut untuk merompak, mengelar leher orang, membunuh ikut suka dan sebagainya , na’uzubillah. Sebab itu lah agama itu adalah cara hidup, maka cara hidup ini suatu bidang yang amat luas, dan perlukan kepada bermacam-macam jalan dan kaedah. Sebab itu kita mestilah mengemas-kinikan diri kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat, jangan hanya tumpu atau pun berat sebelah kerana kedua-duanya saling perlu memerlukan.

“Barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Maka atas alasan apa lagi kita sebagai umat Islam tidak mahu menjalankan syariat atau HUKUM ALLAH? Tepuk dada tanya iman kita, jazaakumullahu khoir  🙂

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah Asy Syuura : Ayat 30)

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu,  dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa”. (Surah Ar-Ruum : 36).

(Azab) yang demikian adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaNya.” (Surah Aali-Imran : 182)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisaa’ : 40)

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus :  44)

Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang sudah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Ruum : 41)

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Surah Al-Qashash : 59)

Adapun kaum ‘Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).” (Surah Al Haaqqah : Ayat 6

https://unikversiti.blogspot.com/2009/05/mahu-tunggu-malaysia-hancur-dulu-baru.html

Rahsia-rahsia nombor dalam Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum kita memulakan pembicaraan kita tentang lanjutan kaitan nombor-nombor dengan Islam, alangkah eloknya bagi yang belum membaca artikel-artikel pada link berikut ini membacanya terlebih dahulu kerana ianya berkait rapat dengan tajuk ini.

Rahsia di sebalik tubuh manusia

Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

Rahsia Mekah dan nombor 1.618

Keajaiban nombor 19 dalam AlQuran

“……. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada kadarnya (ukurannya).”  [Surah Ar-Ra’du  : 8]

Jumlah para nabi, rasul dan sahabat

Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadits nabi iaitu ada seramai 124,000 orang.  Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita dan ada yang tidak pernah diceritakan.

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah keseluruhan sahabat nabi S.a.w ialah 124,000 orang. Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad S.a.w ialah seramai 313 orang.

Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13, maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah) dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.”  [Surah Aali Imran : Ayat 13]

Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang. [1]

Sebahagian ulama Salaf berkata; “Iman itu mengandungi 313 akhlak, sesuai dengan jumlah bilangan para Rasul yang diutus…… ”  [3]

Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai 25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran iaitu 25 kali.

Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya 7.  Sebagaimana kita ketahui, nombor 7 juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.

Rasulullah S.a.w berkahwin dengan Khadijah r.a ketika berumur 25 tahun, dan hidup bersama Khadijah r.a selama 25 tahun juga.

Rahsia nombor 7

Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja, tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.

– 7 lapis langit, 7 lapis bumi.

“Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh.”  [Surah An-Naba’ : Ayat 12]

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.  supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.”  [Surah At-Thalaq : Ayat 12]

– 7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi dengan hari-hari tersebut iaitu;

1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu

2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad

3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin

4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa

5) Nabi Ya’akob a.s dengan hari Rabu

6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis

7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat

– Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung.” [Surah Al-Hijr : 87]

Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam Al-Quran. 

Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya’ 4 = 17).

– Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; ” Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut ”  [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

– Kalimah Tauhid yang agung ada 7 kalimah (perkataan)

لا اله الا الله محمد رسول الله

Laa ilaaha illa Allah  Muhammadur Rasul Allah

Tiada Tuhan selain Allah , Muhammad Utusan Allah

Tentang kalimah Tauhid ini boleh dilanjutkan lagi bacaan pada tajuk  Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

– Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.

Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah

– Larian Sa’ie sebanyak 7 pusingan.

– Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan 7 biji batu.

– Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.

1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.

3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.

4) Datang bunyi seperti loceng.

5) Datang bunyi seperti lebah.

6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.

7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Seperti dalam Peristiwa Isra’ Mi’raj, ketika nabi Mi’raj ke langit.

– Anak Nabi Muhammad S.a.w ialah 7 orang, iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

– Nabi S.a.w galakkan makan Kurma ‘Ajwah sehari 7 biji.

“Siapa yang sarapan dengan 7 biji kurma ‘Ajwah (boleh didapati di Madinah), maka pada hari itu dia boleh terhindar dari kesan racun dan sihir.”  [HR Bukhari dan Muslim]

– Ada 7 tahap penciptaan manusia. Ibnu Abbas r.a berkata; “Anak Adam diciptakan melalui tujuh tahapan.” Lalu dia membacakan ayat;

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.” [Surah al-Mukminun : ayat 12-14]

– Allah ciptakan ada 7 lubang di kepala kita iaitu 2 lubang mata, 2 lubang telinga, 2 lubang hidung dan 1 lubang mulut.  Sains juga telah menyatakan bahawa manusia normal dewasa mempunyai 206 tulang.

Surah yang ke 7 iaitu Surah al-A’raaf , mempunyai 206 ayat.

Di dalam Surah al-A’raaf juga ada diceritakan tentang penciptaan manusia.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.”  [Surah al-A’raaf : Ayat 11]

Nombor 2

– Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.

– Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia nyata dan dunia ghaib.

– Rasulullah S.a.w dilahirkan pada hari KEDUA iaitu hari Isnin (12 Rabi’ul Awwal) , dilantik sebagai Rasul pada hari Isnin (21 Ramadhan) , sampai di Madinah sewaktu Hijrah pada Isnin 12 Rabi’ul Awwal, dan wafat pada hari Isnin juga (12 Rabi’ul Awwal).

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Daud, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai’ah. dari Khalid ibnu Abu Imran, dari Hanasy As-San’ani, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Nabi S.a.w dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah pada hari Isnin, dan tiba di Madinah pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin, dan Hajar Aswad diletakkan pada hari Isnin. Demikianlah lafaz riwayat Imam Ahmad. [2]

– Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat.  Boleh lanjutkan lagi pada tajuk Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

Nombor 9

Rasulullah S.a.w wafat pada usia 63 tahun.

Abu Bakr r.a meninggal dunia  = 63 tahun.

Umar r.a meninggal dunia = 63 tahun

Utsman r.a meninggal dunia = 81 tahun

Ali r.a meninggal dunia = 63 tahun

6 + 3 = 9

8 + 1 = 9

Nombor 9 ialah nombor yang mempunyai nilai terbesar dalam kitaran nombor. Nombor 1 ialah nombor permulaan dan nombor 9 ialah nombor akhir. Sinonim dengan Allah Yang Awal dan juga Yang Akhir. Juga Allah Yang Esa dan Allah Maha Besar.

Ikuti penjelasan lanjut tentang Nombor 19 pada tajuk  Keajaiban nombor 19 dalam AlQuran

Nombor 9 mempunyai beberapa keistimewaan dalam kaedah Matematik. Antaranya;

– Nombor yang didarabkan dengan 9, apabila dicampurkan antara nombor-nombor jawapannya akan menghasilkan nombor 9 juga, melainkan nombor yang sama seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Dan nombor itu pula lebih kecil dari 51, contoh;

3 X 9 = 27. Maka 2 + 7 = 9

5 X 9 = 45. Maka 4 + 5 = 9

7 X 9 = 63. Maka 6 + 3 = 9

12 X 9 = 108. Maka 1 + 0 + 8 = 9

16 X 9 = 144. Maka 1 + 4 + 4 = 9

23 X 9 = 207. Maka 2 + 0 + 7 = 9

– Untuk melihat beberapa kaedah lagi yang bersangkut-paut dengan nombor 9, boleh ke tajuk Rahsia nombor 9

Rahsia nombor di sebalik solat – pada ruku’ dan sujud

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.

Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku’ kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.

Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.  Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku’ dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:

“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  [3]

Pernomboran di sebalik bangunan yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s

Sila tonton video di bawah dan baca juga di tajuk Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s

Penutup

Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Allahu akbar …….

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,”  [Hadits Riwayat Abu Nu’aim]

Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.

Wallahu a’lam …….

Rujukan

1 – Imam Ibnu Katsir – Tafsir Ibnu Katsir
2 – Imam Ibnu Katsir – Tafsir Ibnu Katsir, Surah Al-Maidah, ayat 3.
3 – Qut al-Qulub – Syeikh Abu Thalib al-Makki
4 – islamictazkirah.com

https://unikversiti.blogspot.com/2013/07/lagi-rahsia-rahsia-nombor-dalam-islam.html

Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s

Sedikit kisah Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s adalah nabi kedua dalam senarai 25 Rasul yang wajib diketahui. Rasul Allah yang kedua ini juga mendapat gelaran As-Siddiq, sepertimana Abu Bakar r.a juga mendapat gelaran sedemikian.

Menurut suatu riwayat dari Ibnu Abbas, Nabi ldris a.s itu adalah seorang tukang jahit (Khayyath). Ibnu Abbas mengatakan pula bahawa setiap kali dia menusukkan jarumnya ke kain selalu dia membaca zikir “Subhanallah” (Maha Suci Allah).

Di dalam Tafsir al-Qurthubi disebutkan bahawa Nabi ldris itulah manusia yang mula-mula menulis dengan qalam (pena). Yang mula-mula menjahit dengan jarum. Yang mula-mula mengetahui ilmu bintang (astronomi) dan ilmu hisab (matematik). Dia bernama Idris, yang diertikan belajar kerana dia banyak sekali belajar Kitab Allah. Ada disebut bahawa kepadanya diturunkan 30 Shuhuf.

Sedangkan menurut Syaikh Thanthawi Jauhari di dalam Tafsir Jawahir-nya, yang dimaksudkan dengan Idris ialah Osiris atau Azoris, dan perkataan Idris adalah ucapan dalam bahasa Arab. Serupa juga dengan Yeshoa (dalam bahasa Ibrani / Hebrew) diucapkan dalam bahasa Arab ialah Isa, manakala Yohannes diucapkan dalam bahasa Arab ialah Yahya. [1]

Tetapi pendapat bahawa Nabi Idris itu ialah Osiris seakan lemah dengan jalan ceritanya tak sama seperti kisah Nabi Idris a.s yang kemudiannya diangkat naik ke langit, sedangkan kisah Osiris itu dia dibunuh oleh saudaranya sendiri. Akan tetapi yang lebih kuat ialah Nabi Idris itu sebenarnya bernama Akhnukh (atau Enoch) dan piramid mula dibina pada zamannya. Kemudiannya, di zaman Nabi Sulaiman a.s ditambah lagi dengan binaan-binaan lain yang banyak menjadi misteri hingga ke hari ini.

Penemuan-penemuan artifak kuno

1 – Alat mekanikal Antikythera – Ia adalah sejenis jam yang kini dipamerkan di Greek National Museum (Muzium Negara Yunani) di Athens. Ditemui pada tahun 1900 – 1902 oleh penyelam di Antikythera, sebuah pulau kecil yang terletak di antara Greece dan Crete. Bangkai kapal di mana objek itu didapati tenggelam pada 65 SM.

Kesemua bahagian logam mesin kelihatan dari lembaran satu kandungan dibuat dari gangsa bertimah rendah, tiada satu pun daripada bahagian-bahagian yang dibuang, atau dari logam lain.

Dari tulisan-tulisan (dalam Greek kuno) pada plat depan jam boleh disimpulkan bahawa jam bermula dari SM abad pertama. Ia adalah satu jam astronomi tentang matahari terbit dan terbenam, atau boleh jadi juga menandakan fasa bulan.

2 – Bateri Baghdad – Pada tahun 1936 ditemui objek yang luar biasa dalam Khuyut Rabuah di Baghdad. Dalam penggalian arkeologi mereka menjumpai periuk misteri atau pasu yang dianggarkan dibuat sejak tempoh antara beberapa ratus tahun sebelum Kristus sehingga beberapa ratus tahun selepas Kristus.

Bateri Baghdad adalah sebuah balang setinggi 15 cm dengan tudung asfalt. Batang besi (dioksidakan) dimasukkan ke dalam pusat ke dalam, dan dikelilingi oleh silinder tembaga panjang 9 cm dengan diameter 26 mm. Apabila balang diisi dengan satu atau elektrolit lain, seperti jus lemon atau cuka, maka ia mampu untuk mengalirkan voltan elektrik kira-kira 1 volt. Walau bagaimanapun, bateri itu adalah terlalu kecil untuk mengalirkan kuasa tunggal untuk tujuan ini, dan mesti terdapat berpuluh-puluh bateri ini dirangkaikan.

Perjanjian dengan bateri pertama apabila ia dicipta oleh lelaki Perancis iaitu George Lech anche pada tahun 1867 adalah menarik. Ia juga terdiri daripada periuk dengan (zink) elektrod negatif (karbon) dan positif, dipisahkan daripada satu sama lain oleh cecair elektrolitik.

Bateri ini terletak di Muzium Negara di Baghdad, tetapi adalah diragukan sama ada ia masih ada selepas kecurian pada tahun 2003.

3 – Arca seperti kapal terbang emas – Objek yang ditemui di Tolima di Colombia dan India ini berumur sekurang-kurangnya 1500 tahun, walaupun umur sebenar tidak boleh dipastikan kerana lokasi asalnya tidak lagi diketahui.

Beberapa eksperimen telah dijalankan di mana replika-replika pesawat ini dibuat dalam jumlah kira-kira 1 meter. Pembina mendakwa bahawa mereka berjaya membuatkannya terbang (Daniken-1997, ms 186, Daniken, 1973, ms 172).

Objek emas itu mempunyai bentuk yang biasa: sayap delta segi tiga, hidung pesek, ekor tinggi dan berukuran kira-kira 8 – 12 cm panjang.

4 – Pasu-pasu batu – Salah satu misteri terbesar sepanjang masa adalah penemuan pasu batu di Mesir. Di dalam dan berhampiran piramid Firaun Djoser di Saqqara, kira-kira 30 km selatan Kaherah, beribu-ribu pasu batu dijumpai.

Pasu-pasu batu ini dianggarkan daripada masa sebelum 2800 SM. Pasu-pasu ini diperbuat daripada jenis batu paling keras seperti diorit, gneiss dan granit dan memerlukan penggunaan alat-alat yang sangat keras termasuk penggerudian berlian, pengisar berlian dan (silinder) penggerudian dan lain-lain. Sedangkan pada masa itu alat-alat tersebut tidak wujud.

Ketika itu besi tidak lagi dikenali, apatah lagi penggerudian dan menggergaji. Walau bagaimanapun, kebanyakan pasu batu itu bentuknya sempurna, biasanya bulatan betul-betul simetri.  [2]

Arca batu seakan-akan komponen suatu mesin

Sedikit kisah Kaum ‘Aad (kaum Nabi Hud) dan petikan dari AlQuran

Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua selepas kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dan bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud iaitu Kaum Aad ini juga penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris a.s. dan Nabi Nuh a.s. sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.

Akibat dan hasil dari aqidah yang sesat itu, pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriah lah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah, yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, bongkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu yang bermerajalela dan menguasai kehidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanah dan rendah hati. [2]

Kaum ‘Aad ialah kaum yang derhaka kepada Allah dan rasulNya Nabi Hud a.s. Mereka ditimpa bala bencana sehinggakan tamadun mereka terus hancur luluh.

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.”  [Surah al-Fajr ayat 6-8]

“Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti debu.”  [Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42]

“Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik? Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.”  (Surah as-Syu’araa’ : ayat 128-130)

[15]Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

[16]Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).  [Surah Fussilat : Ayat 15 – 16]

“Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.  [Surah Al-Haqqah : Ayat 6 – 7]

Sedikit kisah Kaum Tsamud (kaum Nabi Shaleh) dan petikan dari AlQuran

Kaum Tsamud adalah suku kuno Arab yang diperkirakan hidup sekitar millenium pertama Sebelum Masehi dan dekat dengan waktu kenabian Muhammad S.a.w. Mereka diperkirakan berasal dari wilayah Arab selatan yang kemudian pindah menuju utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Madain Shaleh.

Sejumlah besar kaum Tsamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga kini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah.  [3]

Kaum Tsamud ini adalah satu kaum yang derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Shaleh a.s. Antara dosa besar yang mereka lakukan ialah membunuh unta mukjizat nabi Shaleh dan mereka juga cuba membunuh nabi Shaleh sendiri tetapi gagal kerana dimusnahkan oleh Allah S.w.t.

“Adapun kaum Tsamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.  Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.”  [Surah Fussilat : Ayat 17 – 18]

[23](Demikian juga) kaum Tsamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Shaleh).

[24]Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!

[25]Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.

[26]Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

[27]Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).

[28]Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).

[29](Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.

[30]Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

[31]Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.

[32]Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?  [Surah Al-Qamar : Ayat 23 – 32]

[11] (Ingatlah), kaum Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Shaleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”

[14] (Setelah Nabi Shaleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).  [Surah As-Syams : Ayat 11 – 14]

Sedikit kisah kaum Sadum (kaum Nabi Lut) dan petikan dari AlQuran

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermerajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermerajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.  [3]

Kaum Sadum ini juga derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Luth, maka ditimpakan bala bencana besar berupa gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta.

[80]Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

[82]Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.

[83]Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

[84]Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.  [Surah Al-A’raaf : Ayat 80 – 84]

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 sehingga ayat 175 , surah “Hud” ayat 77 sehingga ayat 83 , surah “Al- Qamar” ayat 33 sehingga 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.

Antara kisah penduduk Madyan (kaum Nabi Syu’aib) dalam AlQuran

[85] Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[86]“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.

[87]“Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim”.

[88]Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami”. Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

[89]“Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”.

[90]Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi”.

[91]Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

[92]Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

[93]Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”.

[94]Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

[95]Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

[96]Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

[97]Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98]Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99]Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

[100]Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

[101]Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.

[102]Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.  [Surah Al-A’raaf : 85 – 102]

Firaun

Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir

Kisah Firaun antaranya disebut dalam Surah al-Baqarah : Ayat 50 dan Yunus : 92.

Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina

Disebut dalam Surah al-A’raaf : 163.

Ashab al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, penderhakaan yang mereka lakukan ialah kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Furqan : 38 dan Qaf : 12.

Ashab al-Ukhdud

Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Buruj : 4-9.

Ashab al-Qaryah

Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.

Disebut dalam Surah Yasin : 13.

Kaum Tubba’

Tubba’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Kaumnya iaitu Kaum Tubba’ tinggal di Yaman. Namun, kaum ini sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air.

Disebut dalam Surah ad-Dukhan : 37 dan Surah Qaf : 14.

Kaum Saba’

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim).

Disebut dalam Surah Saba’ : 15-19.  [4]

Banyak binaan kuno dibina oleh Nabi Sulaiman a.s?

Walaupun dalam AlQuran dan Hadits tidak menceritakan keseluruhan tentang tamadun-tamadun yang telah runtuh dan hancur di zaman dulu kala, tetapi mungkin selain dari yang disebutkan dalam AlQuran itu (iaitu 12 kaum yang ditimpakan bala besar – seperti di atas) juga adalah disebabkan oleh derhakanya suatu  kaum itu terhadap Rasul dan Allah.

Ini kerana AlQuran sendiri sudah menegaskan, “Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” [Surah Fathir : 24]

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Maka kerana itulah sudah banyak dijumpai runtuhan-runtuhan binaan lama di dalam laut, dalam hutan, bawah tanah dan sebagainya. Itu sendiri sudah membuktikan bahawa kisah-kisah umat terdahulu yang disebut di dalam AlQuran, yang dilaknat dan dihancurkan oleh Allah S.w.t dan yang berkaitan dengannya adalah benar.  Tamadun mereka hancur bersama teknologi-teknologi yang dikuasai mereka.

Dan daripada penemuan artifak-artifak dari binaan-binaan kuno tersebut, menunjukkan betapa zaman dulu kala sudah pun mempunyai teknologi yang maju. Walaupun mungkin tidak semaju teknologi yang ada hari ini dengan komputer dan sebagainya, tetapi sekurang-kurangnya dulu tidak serendah seperti yang digambarkan oleh para evolusionis yang membawa teori sesat Darwin yang langsung tidak masuk akal iaitu manusia berasal dari beruk dan manusia zaman purba hanya tinggal di gua dan tidak ada teknologi langsung.

Dan selain dari binaan Kaum ‘Aad, Tsamud dan sebagainya, binaan-binaan piramid dan seumpamanya itu mungkin ada juga dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Ini kerana Nabi Sulaiman ditundukkan angin kepadanya. Beliau diberikan mukjizat dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kepantasan yang luar biasa.

Tambah lagi, dari tapak-tapak binaan kuno di seluruh dunia itu ada cerita-cerita berkenaan dengan piring terbang dan makhluk asing. Yang mana mungkin makhluk asing yang dimaksudkan itu ialah para jin yang menjadi hamba suruhan kepada Nabi Sulaiman a.s.  Begitu juga ada dibina patung-patung di tapak-tapak yang berkenaan.

“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.  Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan piring-piring hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramal lah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.”  [Surah Saba’ : Ayat 12 – 13]

Berkenaan dengan penemuan-penemuan binaan-binaan kuno dalam lautan dan seumpamanya, mungkin juga ianya dulu ditimpa bala bencana hingga tenggelam ke dasar lautan.  Tetapi ada seperti yang sengaja dibina dengan tapaknya di dasar laut dalam. Kemungkinan besar ianya memang disuruh oleh Nabi Sulaiman a.s agar para jin membinanya di dasar laut untuk tujuan-tujuan tertentu.

“Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).” [Surah Shaad : Ayat 37]

Jin-jin penyelam itu mungkin diarah oleh Nabi Sulaiman agar membina bangunan-bangunan di dasar laut.  Lagi pun ada juga binaan-binaan dasar laut yang ditemui langsung tidak ada kerangka manusia.

Dan sepertimana yang ditulis dalam tajuk lepas iaitu Membongkar rahsia Piramid dan teknologi tinggi zaman dulu kala, kaedah-kaedah binaan dan beberapa teknologi yang dijumpai dalam penemuan artifak-artifak lama dari serata dunia itu menunjukkan ada kesamaan. Ianya dibangunkan oleh orang-orang atau kaum yang sama.

Penggunaan eletrik dalam binaan-binaan tersebut juga amat relevan dengan jin. Kerana kita sedia maklum, jin diciptakan dari api, dan bentuknya di atas muka bumi ini adalah berupa seperti elektrik. Dan tidak mustahil para jin lah yang banyak mengajar manusia ilmu tentang elektrik. Dan teknologi alam jin juga lebih jauh maju dari teknologi alam manusia.  Jangan hairan kalau alam jin sudah lama ada teknologi kereta terbang dan sebagainya.

Untuk mengangkat bongkah-bongkah piramid yang amat besar itu juga adalah mudah bagi jin Ifrit. Ini mengingatkan kita kepada kisah Ifrit dan Nabi Sulaiman dimana Ifrit menawarkan kepada Nabi Sulaiman untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke hadapannya dalam masa yang singkat.  Dan ia juga lagi sangat mudah kepada seorang yang diberi kelebihan ilmu AlKitab (ada pendapat ulama mengatakan orang yang dimaksudkan itu ialah malaikat), kerana beliau boleh membawa singgahsana Ratu Balqis itu dalam sekelip mata sahaja (selaju cahaya).

Walaubagaimana pun, logika seorang jin boleh membawa sebuah istana ke tempat yang jauh dalam masa beberapa saat sahaja adalah diragui juga. Lagi pun, kita masih tidak pasti, sama ada Ratu Balqis itu manusia atau jin. Kalau Ratu Balqis itu adalah jin, maka logik lah Ifrit dapat mengangkat istana yang unsurnya terdiri dari unsur alam jin juga. Tetapi untuk mengangkat sebuah istana alam manusia yang pasaknya sudah sedia tertanam di dalam tanah, tanpa merosakkan dan merobohkan istana tersebut adalah diragui.

Perkara ini menjadi lebih dramatik lagi jika difikirkan tentang garis-garis Nazca di Peru, iaitu garis-garis besar yang membentuk seperti haiwan dan sebagainya, yang hanya boleh dilihat bentuknya dari tempat yang tinggi. Bagaimana mungkin garis-garis yang dikatakan dibuat ribuan tahun yang lalu boleh dilakukan oleh manusia biasa yang tidak ada kapal terbang dan seumpamanya waktu itu. Melainkan ianya dicipta oleh jin-jin yang bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s.

Contoh Garis Nazca yang dilihat dari udara

Jika dilihat dari segi sejarah, hanya Nabi Sulaiman a.s yang diberikan mukjizat dapat bergerak pantas dari suatu tempat ke tempat lain dengan kenderaan tertentu yang dapat terbang, mempunyai para jin sebagai hamba-hamba dan pekerja-pekerja binaannya, dan beberapa kriteria lagi yang menunjukkan kaitan yang rapat antara binaan-binaan tersebut dengan Nabi Sulaiman a.s.

Ini kerana Allah S.w.t telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman a.s sebuah kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh orang sebelumnya mahupun selepasnya.

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami).  Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.  Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;”  [Surah Shaad : 34 – 36]

Untuk bacaan lanjut lagi tentang hal ini anda boleh baca buku ‘Borobudur dan Peninggalan Nabi Sulaiman’ karangan KH Fahmi Basya iaitu seorang sarjana Matematik Islam dari Indonesia.  Didalam buku tersebut, KH Fahmi Basya berhasil mengungkapkan bahawa Candi Borobudur sangat berkait rapat dengan sejarah Nabi Sulaiman yang diyakini sempat menjadi raja di Negeri Saba’ iaitu Indonesia.

Beliau menjelaskan, ada 40 bukti tepat yang dijelaskan dalam buku tersebut. Salah satu bukti paling kuat dan belum dapat dibantah adalah ditemui surat dari Nabi Sulaiman yang bertulis “Bismillahir rahmanir rahim” di atas sebuah plat emas di dalam kolam pemandian Ratu Balqis di Saba’ atau panggilan di Indonesianya Ratu Boko di daerah Sleman, Jawa Tengah. [5]

Sesuai dengan apa yang AlQuran sebut ucapan dari Ratu Balqis setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman. ““Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan sesungguhnya ia (kandungannya seperti berikut): “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”  [Surah An-Naml : 30]

Dan tidak hairan lah juga kepulauan Indonesia sangat terkenal dengan kisah-kisah mistik terutamanya kisah ratu-ratu dari bangsa manusia dan jin.

Teknologi manusia atau penghuni bumi sebelum penciptaan manusia?

Atau mungkin juga teknologi-teknologi kuno tersebut adalah teknologi makhluk hidup yang ada sebelum Adam a.s diciptakan iaitu Hin dan Bin. Di bawah ini saya petik secara ringkas sepertimana yang disebut oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah.

Rasulullah S.a.w bersabda; “Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari suatu yang telah dijelaskan kepada kalian semua.” [Hadits riwayat Muslim dan Ahmad]

Ramai ulama tafsir berkata, “Jin diciptakan sebelum penciptaan Adam a.s. Penghuni Bumi sebelum manusia ialah Hin dan Bin. Allah menjadikan jin menguasai mereka. Jin membunuh mereka lalu berdiam di Bumi setelah peperangan yang telah terjadi.”  [6]

Sila baca juga Sejarah Iblis dan Penghuni Bumi sebelum manusia

Penutup

Maka Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk dan juga teori saintis terkini yang ada mengatakan manusia berasal dari tikus, dapat dipatahkan dan dihancurkan sama sekali dengan bukti-bukti ini.  Manusia purba bukannya tidak bertamadun sepertimana yang digambarkan oleh buku-buku sains selama ini seperti manusia purba dulu hidup di dalam gua dan seumpamanya

Masyarakat orang asli yang tinggal di serata pelusuk dunia hari ini, mungkin berasal dari kaum-kaum lama dulu yang mengembara jauh kemudian terpisah dari tamadun dan sebagainya.  Atau pun juga berasal dari kaum-kaum yang dimusnahkan dan ditimpa bala bencana.

Begitu juga dengan teori yang mengatakan manusia pernah dilawati oleh alien / makhluk asing dari planet lain, ternyata mereka semua itu sebenarnya adalah para jin, yang menghuni di Bumi yang sama dengan kita tetapi dalam dimensi yang berlainan.

Binaan-binaan dari Nabi Sulaiman a.s juga banyak mempunyai rahsia pernomboran, seperti yang dijelaskan oleh KH Fahmi Basya. Oleh itu tidak hairan lah jika konsep ini juga dicedok dan diambil oleh Freemasons dan diselitkan di dalam binaan-binaan mereka, kerana mereka juga adalah satu golongan yang mengkaji dan banyak juga tahu tentang rahsia-rahsia dan peninggalan-peninggalan Nabi Sulaiman a.s  / Solomon.

Banyak lagi yang perlu dikaji dan dibicarakan dalam hal ini …….

Wallahu a’lam.

Sila klik untuk besarkan saiz gambarajah ini

Rujukan:

1 – Tafsir Azhar
2 – ancientmysteries.eu
3 – Wikipedia
4 – detikislam.blogspot.com
5 – actual.co
6 – Al-Bidayah wan Nihayah – Imam Ibnu Katsir

p/s: Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah AlQuran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya dan tidak perlu dijadikan bahan untuk kita berkelahi dan bermusuh sesama sendiri.

Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja dan buat kerja masing-masing dengan baik.  Wallahu a’lam 🙂

https://unikversiti.blogspot.com/2013/06/kemajuan-teknologi-kuno-dan-binaan.html

DOA MENDAPATKAN ZURIAT YANG SOLEH

DOA NABI IBRAHIM UNTUK DIRI SENDIRI, ANAK CUCU, ORANG TUA  DAN ORANG-ORANG BERIMAN

“Robbij ‘alni muqimas sholati wa min dzurriyyati.. Robbana wataqabbal du’a’..”

Doa untuk Anak Cucu: Dijadikan Hamba yang Menjaga Shalat

Rasa syukur dan kebahagiaan sudah semestinya meliputi kita, manakala kita, beserta anak cucu kita nantinya, ditakdirkan Allah sebagai orang-orang yang langgeng mendirikan shalat, senantiasa berstatus ibad.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ أَيْ: مُحَافِظًا عَلَيْهَا مُقِيمًا لِحُدُودِهَا

Adalah sebuah doa Khalilullah Nabi Ibrahim as. yang termaktub dalam surah Ibrahim ayat 40, yang memohonkan agar Allah menjadikan beliau dan anak cucu beliau sebagai orang-orang yang tetap muhafidzan (menjaga) dan muqiman (mendirikan) shalat pada waktunya.

Doa ini, bagi penulis, memiliki pemaknaan, bahwa kita beribadah di dunia ini ada batasannya, sedangkan Dia, Allah, adalah Tuhan Yang Kekal selamanya.

Oleh karenanya, sudah sepantasnya kita memohon kepada-Nya, supaya kita dijadikan-Nya sebagai hamba yang senantiasa beribadah kepada-Nya, termasuk juga para penerus dan keturunan kita nantinya.

Robbanaghfir lii waliwalidayya wa lil mu’minina yauma yaqumul hisab

Doa untuk Orang Tua: Mohon Ampunan

Merupakan lanjutan doa yang dipanjatkan Nabiyullah Ibrahim as., yakni memohon ampunan bagi kedua orang tua dan orang-orang yang beriman lainnya di hari terjadinya hisab.

Setelah memohonkan untuk ‘generasi ke bawah’, melalui doa ini kita juga dianjurkan untuk memohonkan untuk ‘generasi ke atas’.

Untuk orang tua kita, serta orang-orang tua dari orang tua kita, dan seterusnya, yang pada umumnya memiliki lebih banyak waktu di dunia sebelum kita, semestinya tak luput dari segala bentuk dosa dan kesalahan.

Oleh karenanya, doa ini sangat pantas kita mohonkan, beserta orang-orang lain yang beriman, yang telah lalu maupun yang akan datang.

يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ أَيْ: يَوْمَ تُحَاسِبُ عِبَادَكَ فَتَجْزِيهِمْ بِأَعْمَالِهِمْ، إِنْ خَيْرًا فَخَيْرٌ، وَإِنَّ شَرًّا فَشَرٌّ

Dijelaskan dalam Tafsir Ibnu Katsir, bahwa pada hari terjadinya hisab (perhitungan), segala amal yang baik maka akan dihitung baik, dan yang buruk akan dihitung buruk.

Barangkali, berkat wasilah doa kita, Allah dengan hak prerogatifnya, sifat Rahman Rahimnya, berkenan mengampuni kita, orang-orang tua, juga anak cucu kita, beserta saudara-saudara seiman kita lainnya.

Amin.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku, dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab.”

(QS. Ibrahim: 40-41)

Wa Allah a’lam.

https://www.syarif.id/2022/01/doa-nabi-ibrahim-qs-ibrahim-40-41.html

Create your website with WordPress.com
Get started