IMAM SYAFIE MEMBAHAGIKAN MALAM KEPADA 3 BAHAGIAN

Nasihat Imam Syafi’i Tentang Ilmu, Ibadah, Zuhud, dan Mencari Ridha Allah

Abu Hamid Muhammad al-Ghazali dalam kitab Mukhtashar Ihya’ Ulumiddin menuturkan, bahwa ada lima ulama’ terkenal yang yang diikuti dan dijadikan pegangan oleh banyak orang, karena mereka mampu menghimpun antara ilmu fiqh (syariat) dan ilmu tasawwuf (hakikat) beserta pengamalannya. Hal ini dapat diketahui dengan mengungkap hal ihwal mereka dan mengutip pendapat-pendapat mereka.

Mereka adalah imam Syafi’i, imam Malik, imam Abu Hanifah, imam Ahmad bin Hanbal, dan imam Sufyan ats-Tsauri. Masing-masing mereka terkenal sebagai ‘abid (ahli ibadah), zahid (ahli zuhud), ‘alim (ahli ilmu) yang mendalam di bidang ilmu akhirat sebagaimana ‘alim-nya di bidang ilmu fiqh lahiriah yang terkait dengan kemashlahatan makhluk, serta mereka menginginkan seluruh ilmu yang dimiliki hanya untuk mencari ridha Allah swt.

Tentang Hikmah Imam Syafi’i

Di antara kelima ulama’ yang dijadikan pegangan orang banyak ialah Muhammad bin Idris asy-Syafi’i. Meskipun terkenal ahli dalam ilmu fiqh (bersama para Imam Madzhab Fiqh yang lain), Imam Syafi’i juga memiliki beberapa cerita hikmah yang patut untuk kita teladani.

1) Membagi Waktu Malam

Imam Syafi’i dalam kapasitasnya sebagai seorang yang tekun beribadah (‘abid), beliau membagi waktu malamnya menjadi tiga bagian; sepertiga untuk ilmu, sepertiga untuk shalat, dan sepertiga lagi untuk tidur.

2) Menjaga Diri Dari Kenyang

“Sejak usia enam belas tahun, aku tidak pernah merasa kenyang, sebab kenyang dapat menjadikan tubuh terasa berat, membuat hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, mengundang nafsu tidur, dan melemahkan orang yang bersangkutan dari beribadah,” kata Imam Syafi’i.

3) Supaya Tidak Berlaku Ujub

Imam Syafi’i berkata, “Jika kamu mengkhawatirkan dirimu berlaku ujub, maka lihatlah keridhaan siapa yang kamu cari, nikmat apa saja yang kamu inginkan, siksa apa saja yang kamu hindari, keselamatan apa saja yang kamu syukuri, dan bencana apa saja yang kamu ingat.”

4) Murah Tangan

Pada suatu hari cemeti di tangan imam Syafi’i jatuh, lalu seseorang mengambilkannya dan menyerahkannya kepada imam Syafi’i. Demi membalas kebaikan kebaikan orang itu, imam Syafi’i memberinya uang sebanyak 5 dinar. Kedermawanan beliau sudah sangat terkenal.

5) Hanya Menginginkan Ridha Allah

Salah satu bukti bahwa imam Syafi’i  hanya menginginkan ridha Allah swt dari ilmu yang beliau miliki dan dari diskusi yang beliau lakukan, ialah pernyataannya: “Aku ingin manusia memanfaatkan ilmu ini, dan sama sekali tidak perlu menghubung-hubungkannya denganku.”

Ini artinya jelas bahwa imam Syafi’i tidak menghendaki popularitas di tengah-tengah masyarakat dan kesenangan yang palsu.

Wa Allah a’lam.

***

Teks asli

والعلماء المشهورون الذين اتخذ الناس مذاهبهم واقتدوا بهم كانوا قد جمعوا بين علم الفقه وبين علوم الحقائق وبين العمل بها، إنما يعرف ذلك بالكشف عن أحوالهم ونقل أقوالهم،

وهم خمسة: الشافعي ومالك و أبو حنيفة وأحمد بن حنبل و سفيان الثور يرحمة الله عليهم، وكل واحد منهم كان عابدا وزاهدا وعالما في علوم الآخرة كما كان عالما بعلوم الفقه الظاهر الذي يتعلق بمصالح الخلق، وكانوا يريدون بجميع علومهم وجه الله تعالى.

أما الشافعي رحمه الله: فيدل على كونه عابدا أنه كان يقسم الليل ثلاثة أجزاء: ثلث للعلم، وثلث للصلاة، وثلث للنوم.

وقال الشافعي: ما شبعت مذ ست عشرة سنة، لأنه يثقل البدن ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف صاحبه عن العبادة.

وقال: إذا أنت خفت على نفسك العجب فانظر رضا من تطلب، وفي أي نعيم ترغب، ومن أي عقاب تهرب، وأي عافية تشكر، وفي أي بلاء تذكر.

وسقط سوطه من يده فرفعه إليه إنسان فأعطاه جزاء عليه خمسين دينارا، وسخاء الشافعي أشهر من الشمس.

ويدل على أنه أراد بالفقه والمناظرة وجه الله تعالى أنه قال: وددت أن الناس ينتفعون بهذا العلم، وما نسب إلي منه شيئ.

والله أعلم

https://www.syarif.id/2019/06/nasihat-imam-syafii-tentang-ilmu-ibadah.html

MEMORANDUM Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia

MEMORANDUM

MAJLIS SYIAH MALAYSIA

o 10-12, Jalan 4/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Tarikh : 6 Jun 2011/ 5 Rejab 1432H

Kepada:-

DULI YANG MAHA MULIA,

YANG DI PERTUAN AGONG,

AL-WATHIQU BILLAH,

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI,

ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ

Melalui,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Y.A.B DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran,
62502 Putrajaya, MALAYSIA 

RAYUAN RAKYAT MALAYSIA BERMAZHAB SYIAH AGAR FATWA & PEWARTAAN PENGHARAMAN & KESESATAN SYIAH DIKAJI SEMULA & DIMANSUHKAN SAMADA DI PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN

Dengan rasa hormatnya, seperti perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan ini, patik sekalian rakyat Malaysia yang bermazhab Syiah menjunjung kasih kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapatlah kiranya meneliti dan menerima rayuan patik sekalian agar tidak diganggu serta ditangkap dan tidak dihapuskan. Kalau boleh patik sekalian dapat hidup dan bebas beramal seperti rakyat Malaysia yang lain. Patik sekalian bermazhab Syiah adalah minoriti umat Islam di Malaysia (200,000 – 300,000 orang), dari segi amalan tidak jauh berbeza dengan amalan umat Islam yang majoritinya bermazhab Syafie.

3. Rentetan peristiwa 15 / 12 / 2010 dimana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan menahan lebih kurang dua ratus (200) orang pengikut Syiah yang sedang berkabung mengingati kesyahidan cucunda Rasulullah s.a.w iaitu Imam Husein bin Ali a.s di salah sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Ridha. (Lampiran 1). Pengarah JAIS ketika itu Datuk Khusrin Munawi telah memfitnah kami pengikut Syiah kononnya, “Syiah tidak mewajibkan ibadah haji”, “Syiah mengkafirkan dan menghalalkan darah pengikut Islam yang bermazhab lain”, dan banyak lagi. Semua ini adalah tidak benar sama sekali.

4. Rentetan dari peristiwa di atas, kami telah bertemu dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) untuk mendapatkan pembelaan dan hak sebagai rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai “Bahaya” oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, “Syiah tidak ancam negara” dan “gerakan Syiah tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara” (Lampiran 2).

6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.1 Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam. Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! Umat Islam Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi, umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab dan agama juga membantu Dasar Ekonomi Baru. Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia. Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga kini. Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami, Sultan-sultan (Raja & Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini juga SUMPAH kami.

7. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain dimana pada 9 / 3 / 2011 semasa Persidangan Parlimen telah berlaku perbahasan mengenai Syiah dimana telah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, “Syiah boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan” (Lampiran 3). Meskipun kenyataan menteri ini menjadi dinyatakan Di Palimen Malaysia, namun pihak JAIS tetap menyerbu kami patik sekalian bermazhab Syiah di tempat kami sendiri dan kemudian menuduh kami dengan tuduhan-tuduhan palsu dan dusta. Lebih teruk lagi, kami, patik rakyat malaysia bermazhab Syiah tidak dibenarkan atau tidak diberikan ruang untuk bersuara untuk menepis pendustaan tersebut ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kebenaran kami bermazhab Syiah yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta Ahlul Bait, samada menerusi media-massa dan cetak. Akhirnya, dusta yang disuarakan pihak JAIS menjadi hasutan, dan akhirnya kami, patik rakyat Malaysia bermazhab Syiah dicemuh dan disesatkan masyarakat kami sendiri yang termakan hasutan jahat tersebut.

8. Paling menyedihkan patik sekalian yang bermazhab Syiah sekali lagi JAIS bersama pengarah barunya iaitu Tuan Haji Marzuki bin Husin telah membuat penangkapan empat (4) orang pengikut Syiah pada 24 / 5 / 2011 semasa patik sekalian bermazhab Syiah sedang meraikan ulangtahun Puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah Az-Zahra a.s (Lampiran 4), sedangkan rakyat Malaysia memiliki hak kebebasan meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih (Valentine Day), Hari Wesak, Tahun Baru Cina, Hari Kkrismas dan berbagai lagi bentuk perayaan samada yang bertujuan menyanjung seseorang atau sempena kemuliaan sesebuah hari, apatah lagi hari memperingati puteri tercinta Rasul s.a.w yang digelar sebagai Penghulu Wanita di dunia dan di syurga. 2 Untuk makluman DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri bahawasanya pihak kami telah mendapat Permit dari Majlis Perbandaran Selayang dan sesalinan kepada telah dihantar oleh Majlis Perbandaran tersebut kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (sebagaimana yang ditulis dalam Surat Permit kelulusan tersebut).

9. Demi keadilan dan kebenaran sebagai rakyat Malaysia, patik sekalian yang bermazhab Syiah menuntut kebebasan beragama menurut Perlembagaan Negara dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan Negara – “ 1Malaysia”. Patik sekalian yang bermazhab Syiah mempunyai seramai 200,000 hingga 300,000 orang pengikut Syiah menjunjung kasih dan taat setia kepada negara yang sepertinya telah termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Tiada sebarang niat untuk menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan Malaysia. Patik sekalian berharap agar kesetiaan dan kecintaan kami kekal ke anak cucu terhadap negara Malaysia.

10. Para ulama dan dunia Islam telah mengakui Syiah sebagai salah satu mazhab yang diakui sebagai Islam yang sah. Namun, ia amat berlainan sekali dengan apa yang telah berlaku di Malaysia terutamanya di Negeri Selangor diikuti JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan (MFK/MKI). Penangkapan dan penyebaran fitnah dan hasutan yang menyatakan “Syiah Sesat” dan “Syiah perlu dihapuskan di Malaysia secepat mungkin” masih berlaku seperti 15 / 12 / 20103, 9 / 5 / 20114, 23 / 5 / 20115 dan 24 / 5 / 20116. Perkataan-perkataan sesat dan kafir masih kedengaran, Bukankah perkara ini telah menentang Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan hak kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia dan KDN mengatakan “Syiah tidak mengancam keselamatan negara”.

11. Patik sekalian yang bermazhab Syiah ingin mendapat penjelasan kukuh dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) berkenaan fatwa MFK/MKI yang dikeluarkan pada tahun 1984 yang mengakui Syiah sebagai ajaran Islam yang sah di Malaysia, telah dimansuhkan oleh muzakarah MFK/MKI pada tahun 1996. Patik sekalian bermazhab Syiah bukan ingin mempertikaikan tetapi ingin penjelasan. Jika dinilai dari sudut keadilan dan hak, mengapa ajaran Salafi-Wahabi yang pada awalnya ditentang dan dinilai oleh MFK/MKI sebagai ajaran yang memecah-belah umat Islam khususnya di Malaysia yang telah diperbincangkan mengenainya sebanyak sembilan (9) kali dari tahun 1985 sehingga tahun 2003 oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, namun telah diterima7 sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Jika ajaran Salafi-Wahabi diterima sebagai Islam di Malaysia, maka mengapa tidak bagi Islam Syiah? Isu ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi diberi peluang membuat penjelasan tetapi berkenaan Syiah, tiada seorapun wakil kami mazhab Syiah yang dipanggil untuk memberikan penjelasan. Berkenaan ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi telah diberikan penjelasannya oleh YM Sobibus Samahah Mufti Perlis ketika ituDato’ Haji Mat Jahya bin Haji Hussin (1980-2007) yang menyebabkan Salafi-Wahabi diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan negeri Perlis terkecuali dari terikat pada mana-mana mazhab empat (4) Ahli Sunnah Wal Jamaah – Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali -. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain, sepatutnya patik sekalian bermazhab Syiah juga harus diberi peluang yang sama seperti pihak Salafi-Wahabi, bukan menidakkan hak kami sebagai minoriti di dalam masyarakat Islam di Malaysia dan bukan menghapuskan etnik kami.

12. DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, ajaran Salafi-Wahabi merupakan ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat (4) iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali. Mereka menentang sifat 20 yang telah ditetapkan oleh ijma` mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ajaran Salafi-Wahabi juga tidak mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah s.w.t. Mereka meyakini bahawa Allah ada tangan, kaki, pinggang, muka dan anggota-anggota lainnya seperti makhluk. Mereka juga meyakini Allah berada di langit dan di atas Arasy. (Lampiran DVD). Semua ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah yang menolak pentajsiman dan pentasybihan (penyerupaan) Allah seperti makhluk.

Ajaran Salafi-Wahabi juga menuduh umat Islam yang menyambut maulud Nabi, kenduri arwah, zikir beramai-ramai, menggunakan tasbih, memanggil Nabi Muhammad sebagai Saidina (Tuan), sambutan isra` mikraj, membaca tahlil untuk si mati, membaca qunut, membaca bismillah, selawat dan berbagai lagi sebagai pelaku syirik dan pembuat bid`ah yang menyesatkan. Bahkan, ajaran Salafi-Wahabi juga menghalalkan umat Islam menternak babi. Tulang dan kulit babi halal untuk dipakai dan digunakan melainkan dagingnya diharamkan makan bukan untuk dipegang.8 Dengan ini semua, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan masih menganggap ajaran Salafi-Wahabi sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya menentang ajaran Islam Syiah yang diakui oleh ulama dan dunia Islam sebagai kelompok Islam yang sah sebagai sesat oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, JAIS dan jabatan-jabatan agama di setiap negeri di Malaysia. Bahkan ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustafa telah menyebut bahawa Syiah perlu dihapuskan dengan segera. (Lampiran 5 )

13. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, walaupun Islam di Nusantara kini majoriti bermazhab Syafi`ie, tetapi pada awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula semasa gabenor bani Umayyah yang zalim bernama al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi (695-705M). Ketika itu ramai golongan Syiah telah melarikan diri dan ada yang datang ke nusantara dan mereka menuju ke Campa9 kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam. Pada abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik. Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya Nusantara. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahawa sepanjang abad ke-11M dan 12-M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum kedatangan mazhab Ahli Sunnah – yang dominan di Nusantara ini – adalah mazhab Syiah dan ia telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.10 Pada tahun 878M, telah berlaku pemberontakan oleh Hwang Chao yang menyebabkan hampir 10,000 orang asing (kebanyakan Arab-Islam) terbunuh. Ramai yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah.

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau “hari hol”. Begitu juga dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban, hari Hol, bubur Merah, bubur Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jika dilihat perkembangan Islam di Aceh serta Nusantara, peninggalan Syiah masih ada dan sejarahnya kekal seperti Sambutan Asyura masih disambut setiap tahun di Palembang. Universiti Syiah Kuala di Aceh, Makam Habib Noh di Singapura11 dan buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mohammad Ali Hanafiah. Bahkan adat pepatih – disamping adat temenggong – yang masih lagi diamalkan di negeri melaka dan negeri sembilan wujud pengaruh ajaran Syiah di dalamnya. Diikuti sejarah Hamzah Fansuri yang merupakan salah seorang ulama tamadun melayu Islam juga bermazhab Syiah. Sultanul Arifin yang menjadi mubaligh kepada keislaman Parameswara juga bermazhab Syiah. Parameswara telah mengubah namanya kepada Megat Iskandar Shah.12 Bahkan sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran. Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat atau Nobat, Nafiri dan rubab (Rebab). Tidak ketinggalan songkok yang juga berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, ke-Syiah-an). Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Meskipun kini masyarakat Parsi telah meninggalkan budaya bersongkok, namun songkok dalam kalangan Melayu menjadi lambang kehormatan. Kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Sri Lanang ada menghantar satu hint yang penting tentang pencinta Ahlul Bait (Syiah) di alam Melayu. Tun Sri Lanang dalam buku Hikayat Silatu Salatin telah menulis dengan sejelas-jelasnya tentang asal usul Raja-raja Melayu. Mereka adalah berasal dari darah – daging Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) . Mereka dari darah Parsi Syiah dan sekarang ini dikenali sebagai Iran Syiah. Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka: http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.

Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa, kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi Ayuthiya.15

Semua ini bukti bahawa Syiah sudah lama bertapak dan berakar umbi di Malaysia ini sebelum kemasukan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, diikuti fahaman dan ajaran Salafi-Wahabi yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

14.Gerakan Salafi-Wahabi telah memberi penerangan yang salah kepada pihak berkuasa16 terutamanya Jabatan Agama Islam dengan niat yang jahat dan telah menghasut, mengatakan Syiah itu sesat dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun meskipun dibunuh sebagaimana yang telah terjadi di Iraq, Sri Lanka, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Bahrain. Penghapusan etnik (Genocide) yang sedang dilakukan pihak Salafi-Wahabi di dunia luar dan di Malaysia ini benar-benar merupakan salah satu jenayah berat bagi bidangkuasa undang-undang no. 26 Mahkamah Jenayah Dunia (Jurisdiction International Criminal Court) yang diasaskan pada tahun 2000. Bahkan ia melanggar undang-undang yang ditemui di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 Konvensyen tentang Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPPCG)17.Bagi patik sekalian bermazhab Syiah adalah satu peristiwa hitam dan pahit untuk kami terima. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah di Malaysia memohon ampun jika menyebut bahawa tindakan pihak JAKIM yang benar-benar mahu menghapuskan Syiah di Malaysia ini telah mengancam rakyat bukan Islam di negara ini. Pasti mereka akan berfikir bahawa, jika kelompok Islam mahu menghapuskan kelompok Islam yang lain, maka pasti tidak ada jaminan bagi agama-agama lain selain Islam – seperti hindu, budha, kristian, sikh – juga bakal dihapuskan oleh pihak Jabatan Agama di Malaysia khususnya JAKIM dan MFK/MKI.

15. Apa yang berlaku di dalam dunia Islam, ianya amat bertentangan sekali dengan apa yang berlaku di Malaysia, diskriminasi dan hak sebagai rakyat Malaysia minoriti Islam telah dinafi bahkan etnik kami mahu dihapuskan. Jika dilihat, Dunia Islam telah menerima Syiah sebagai mazhab Islam yang sah dan boleh diamalkan dan bebas untuk disebar dan dipelajari. Fatwa Mufti-mufti Mesir (yang terbaharu fatwa Dr. Ali Jum`ah), Para Ulama’ Universiti Al-Azhar, Deklarasi Amman Message 2004,18 Deklarasi OIC 199619 serta Islam Hadari 2010. (Lampiran 6 ). Merujuk kepada 26 / 12 / 2010, Perjanjian Madinah diantara Syiah, Ahli Sunnah dan Salafi-Wahabi telah dimeterai dimana Syiah telah diterima oleh semua para ulama dan Dunia Islam.

16. Melihat akan kesungguhan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Salafi-Wahabi ini yang berbagai cara dengan mengadakan berbagai seminar “Bahaya Syiah” dan menggunakan media-massa dan cetak untuk memfitnah Syiah dan menghasut masyarakat sekaligus memecah-belahkan rakyat 1Malaysia dan menjejaskan keselamatan negara, maka kami, patik mazhab Syiah ini ingin DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapat mengarahkan kepada pihak JAKIM dan JAIS agar menghentikan provokasi terhadap mazhab Syiah serta menitah kepada pihak yang terlibat mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan 1984 yang membolehkan Syiah di 1Malaysia yang telah dibatalkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996.

Patik sekalian bermazhab Syiah mengetahui bahawa wujud pengaruh Salafi-Wahabi dalam perkara pengharaman dan penghapusan Syiah ini. Ini disebabkan terdapat beberapa orang pegawai JAKIM dan JAIS yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi, atau kalaupun mereka bukan berfahaman Salafi-Wahabi, namun tindakan mereka sedikit sebanyak berjaya merosak dan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam di 1Malaysia, atau tindakan mereka menguntungkan musuh-musuh Islam (Yahudi & Nasrani) yang sememangnya mencari peluang untuk memusnahkan Islam dan umatnya dari dalam. Mereka adalah seperti Dr. Juanda Jaya (mufti Perlis), Datuk Marzuki Husin (Pengarah JAIS), Datuk Othman Mustafa (Pengarah JAKIM) dan Datuk Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) serta pegawai-pegawai JAKIM yang lain seperti Prof. Zakaria Stapa, Dato’ Dr. Johari Mat, Datuk Khusrin Munawi (mantan Pengarah JAIS), Dr. Asri bin Abu Thalib @ Zainal Abidin (mantan Mufti Perlis), Datuk Seri Shahidan Kasim (mantan Menteri Besar Perlis). Manakala penyokong-penyokong tindakan dan agenda Nawasib samada disedari atau tidak ataupun disengaja atau tidak sengaja adalah (Dr.) Uthman El-Muhammady20, Asri Yusuf21, Rasul Dahri, Fauzi (Abu Huzaifah), Latif (Harun Embong), Husin Yee, Mohd Aizam Mas`ud, Abdullah Yasin, Arif Nazri, Dr. Azwira Abdul Aziz, Mazlee Malek, Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani), Ahmad Najib Abdullah, Hasliza Hasan (Berita Harian), Haryati (Metro), Fathul Bari, Kapten Hafiz Firdauz, Abu Hasan Din (bekas imam masjid negara), Dr. Aziz Hanafi, Yusoff bin Abbas22, Dr. Muhamad Rahimi Osman (UiTM)23, Fadlan Mohd. Othman24, Ruwaifi Sulaimi25, Mohd. Yaakub Mohd. Yunus26, Salahuddin27 dan lain-lain (mohon pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan perkara ini). Bukan sekadar api perpecahan yang Salafi-Wahabi ini tiupkan ke dalam masyarakat kita. Tetapi mereka juga adalah golongan yang membawa nama buruk kepada Islam. Jika diperhatian dari gerakan mereka bermulanya dengan pengeboman World Trade Center di New York, pengeboman di Bali, pengeboman station keretapi api di Britain, pengeboman station kereta api di Portugal, pembunuhan umat Islam di Sri Lanka sewaktu mereka menyambut Mauludi Rasul, kewujudan Jemaah Islamiyyah di Indonesia, kewujudan gerakan Al Maunah di Malaysia adalah hasil dari gerakan Salfi-Wahabi ini. Mereka golongan yang mewujudkan Islamphobia di dalam dunia masa kini. Kesannya dapat dirasakan oleh hampir semua orang Islam yang ada hubungan negara Dunia Barat terutamanya dengan negara Amerika Syarikat dan Great Britan.

17. Tindakan mereka seakan menyahut deklarasi yang pernah ditandatangani oleh 38 orang ulama Saudi berfahaman Salafi-Wahabi yang bersetuju untuk menyebarkan kepada dunia bahawa “Syiah adalah musuh Ahli Sunnah” dan “Syiah penyebar ajaran sesat” dan berbagai lagi fitnah dan pembohongan liar yang disebarkan ke seluruh dunia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah khususnya bimbang nama-nama yang kami sebutkan di atas akan terpengaruh dengan dakyah dan penipuan Salafi-Wahabi tersebut. Seluruh Dunia Islam sedang melihat Kerajaan 1Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam contoh. Syiah yang ada di 1Malaysia seramai 200,000 – 300,000 orang dan di Dunia Islam seramai 700 juta orang sedang memerhati langkah kerajaan 1Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana bagi mengatasi masalah dan ancaman serta penghapusan etnik yang sedang dihadapi oleh umat Islam Syiah di 1Malaysia. Tindakan mereka yang pro atau menyebelahi agenda Salafi Wahabi telah melemahkan kekuatan dan Ketuanan Melayu Islam di 1Malaysia.

Ia menjadi lebih rumit akan ketegangan ini apabila, Kerajaan Saudi telah memberi peruntukan yang begitu besar kepada penuntut-penuntut 1Malaysia yang mahu menuntut ilmu di universiti-universiti aliran Wahabi-Salafi. Patik sekelian memohon agar penghantaran penuntut ke sana di kaji dan diperhalusi sebaik mungkin.

18. Untuk pengetahun DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Syiah adalah golongan mazhab yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan dan pegangan ajaran mazhab. Juga menerima kepimpinan Ahlul Bait yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah 100%. Gerakan yang memusuhi pencinta Ahlul Bait ini disebut sebagai Nawasib. Kaum Nawasib pembunuh imam Ali sahabat dan menantu Nabi di medan Siffin. Nawasib pembunuh imam Husein cucu Nabi di Karbala. Nawasib adalah golongan yang menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan. Syiah adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana yang telah diperintahkan Allah (Al-Quran) dan Nabi (As-Sunnah). Syiah adalah Ahli Sunnah kerana mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah dan Rasul. Setelah kewafatan Rasul, Syiah adalah Jamaah yang mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah, Rasul dan Ahlul Bait. Syiahlah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

19. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dirayu agar menitah pihak-pihak berkuasa meneliti gerakan ini di 1Malaysia dan mereka (yang telah disebutkan nama-nama di atas) yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi. Mereka telah menggunakan berbagai cara untuk menuduh pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait yang dikenali sebagai Syiah ini sebagai sesat dan bahaya serta perlu dihapuskan dengan segera meskipun dengan cara membunuh. Mereka telah menyalah-guna kuasa mereka di Jabatan-jabatan agama, JAKIM, JAIS dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Tidak mustahil juga mungkin mereka telah menerima rasuah (moral dan / atau material) dari pihak tertentu kerana mereka-lah yang menjadi sebab pembatalan Fatwa 1984 yang mengakui Syiah sebagai mazhab Islam yang diterima di 1Malaysia. (Mohon pihak SPRM dan Cawangan Khas menyiasat perkara ini untuk pengesahan). Di sini dengan izin, patik merakamkan Peristiwa Seminar Bahaya Syiah dari sudut Aqidah, Syariah dan Negara anjuran JAIS di Peringkat Kebangsaan yang di dijalankan di Intekma Resort UiTM pada 27 / 4 / 2011 dan kemudiannya satu Seminar sepatutnya di buat di D’Plama Hotel, Ampang terpaksa di batalkan; setelah beberapa pengikut Syiah telah membuat laporan polis ke atas Seminar yang dianjurkan oleh JAIS di Intekma Resort. Mengikut maklumat yang patik sekian yang bermazhab Syiah perolehi Seminar itu di biayai oleh KEDUTAAN SAUDI sebanyak RM160,000 (Ringgit Malaysia Ribu; Satu Ratus dan Enam puluh sahaja). (Minta disiasat).http://al-ahkam.net/home/memorandum-majlis-syiah-malaysia-kepada-yang-dipertuan-agong-malaysia

Tarekat Baharu Ancam Umat Islam

Laporan Khas Utusan: Tarekat Baharu Ancam Umat Islam

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini wujud kebimbangan kemunculan tarekat baru yang mempunyai kaitan rapat dengan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyah. Apakah tarekat tersebut? Apakah kesannya kepada negara ini yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah? Siapakah yang terlibat? Dan adakah benar ia membabitkan individu sheikh atau habib yang cukup popular?

http://al-ahkam.net/home/laporan-khas-utusan-tarekat-baharu-ancam-umat-islam-bhg-1

http://al-ahkam.net/home/laporan-khas-utusan-tarekat-baharu-ancam-umat-islam-bhg-2

http://al-ahkam.net/home/laporan-khas-utusan-tarekat-baharu-ancam-umat-islam-bhg-3

Amalan Suluk (Bertapa) Dan Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru)

Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Amalan Suluk (Bertapa) Dan Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru)

Amalan Suluk (Bertapa) Dan Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd ‘Arif, Kampung Bengkeng, Dong, Raub, Pahang

19 Februari 1992 • Muzakarah Kali Ke-29

Keputusan:
Amalan suluk dan rabitah dalam tarekat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd ‘Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam.

(Buku Terbitan JAKIM, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hal. 3)
Dapatkan percuma dengan download di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5275

2215 reads

http://al-ahkam.net/home/content/keputusan-muzakarah-jk-fatwa-amalan-suluk-bertapa-dan-rabitah-menghadirkan-wajah-guru

Benarkah al-Quran Kita Dan Syiah Berbeza? Apa Buktinya?

Benarkah al-Quran Kita Dan Syiah Berbeza? Apa Buktinya?

Informasi Berkenaan Video/Audio: 

Mengenali Syiah Oleh Nasaie Hanafie. Kenapa kita dan Syiah berbeza? Apa yang berbeza? Apa beza al-Quran kita dan mereka?

Kategori Video Syiah: 

Kenali Syiah

4321 reads

http://al-ahkam.net/home/benarkah-al-quran-kita-dan-syiah-berbeza-apa-buktinya

HUKUM MENGELUARKAN AIR MANI DGN SENDIRINYA.

SU-00037 hukum mengeluarkan air mani dgn sendirinya.

Persoalan onani/masturbation telah dijawab sebelum ini. Jumhur ulama’ menghukumnya sebagai haram. Dalil mereka:
“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)

Namun begitu, terdapat juga segelintir ulama’ yg tidak menghukumnya haram. Percanggahan pendapat ini berlaku kerana tidak terdapat sebarang nas atau dalil yang khusus mengharamkan onani ini.

Kata2 ustaz saudara/i itu adalah tidak benar(tidak diperakui umat nabi muhammad S.A.W.) kerana tidak berlandaskan sebarang dalil yang sahih. Berikut adalah fatwa Dr Yusuf Qardawi dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam.

——-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta’ atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahwa mani adalah barang kelebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

Karena takut berbuat zina.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah itu memuncak dan dikawatirkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia kawatir akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku congkak dan gharizahnya itu tidak menjadi ulat.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu kawin, yaitu kiranya dia mau memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu’min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

“Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.” (Riwayat Bukhari)

Jawapan di atas di ambil dari HUKUM ONANI

:wassalam

Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.

http://al-ahkam.net/home/content/su-00037-hukum-mengeluarkan-air-mani-dgn-sendirinya

IMPIAN SEMUA ORANG : PERPADUAN SALAFI DAN ASYA’IRAH

IMPIAN SEMUA ORANG: PERPADUAN SALAFI DAN ASYA’IRAH

Antara isikandungan video:

  • Ada beberapa hal Wahabi lebih baik dari kita.. Namun, ada beberapa perkara yang Wahabi bersikap keterlaluan. Tetapi kita tidak boleh sampai menyesatkan dan mengkafirkannya.
  • Perbezaan antara kita dan Wahabi ialah dalam furu’ aqidah bukan Usul aqidah..
  • Tak perlu ungkit sangat beberapa kesilapan golongan Wahabi. Kerana golongan Asya’irah juga ada kesilapan..
  • Masalah Wahabi ialah menganggap Asya’irah sebagai sesat. Masalah golongan Asya’irah pula ialah menganggap hanya pendapat mereka tidak boleh dikritik langsung.
  • Jangan sesat menyesatkan…! Para pengikut Asya’irah mempunyai sumbangan yang besar dalam Islam
  • Panduan ulama: Jika ada pendapat yang menyebabkan sejumlah besar ulamanya dianggap sesat, maka pendapat itu tidak benar.
  • Umat Islam hendaklah bersikap terbuka. Perbahasan dan saling mengkritik sesama ulama adalah sesuatu yang sihat dan dibenarkan.
  • Apakah sifat 20 salah..?

http://al-ahkam.net/home/content/impian-semua-orang-perpaduan-salafi-dan-asyairah

Semoga umat Islam tidak termakan racun hasutan golongan syiah yahanana capal yang berusaha melaga-lagakan golongan salaf dan salaf.

Perbezaan Pandangan Syiah dan Ahlus Sunnah Terhadap Umar r.a

Perbezaan Pandangan Syiah dan Ahlus Sunnah Terhadap Umar r.a

Kata penganuh syiah: Kami tidak akan masuk ke Masjid Nabawi melalui pintu Umar al-Khattab kerana kami membencinya.

Lalu Ahlu Sunnah menjawab: Rahmat Allah ke atasmu wahai Umar yang membuatkan para syaitan lari sewaktu kamu masih hidup dan selepas kematianmu.

[[{“type”:”media”,”view_mode”:”media_original”,”fid”:”145″,”attributes”:{“alt”:””,”class”:”media-image”,”height”:”480″,”style”:”display: block; margin-left: auto; margin-right: auto;”,”typeof”:”foaf:Image”,”width”:”446″}}]]

Kategori Berita: 

Aliran

4240 reads

Artikel Berkaitan

http://al-ahkam.net/home/content/%3Fq%3Dperbezaan-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah-terhadap-umar-ra

Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni…

Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni…

Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.

Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (ááå Ëã ááÊÇÑíÎ)

Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.

Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi.

Atau barangkali tidak mustahil bahawa dirinya akan menjadi buruan golongan Syiah untuk dibunuh sepertimana yang berlaku kepada Ayatullah al-Uzma Abil Hasan Al-Asfahani (seorang ulama besar Syiah) yang anaknya disembelih oleh golongan Syiah seperti mereka menyembelih seekor kibasy. Sebabnya kerana Ayatullah ini bertindak mentashihkan manhaj Syiah dan menghalang berlakunya khurafat. Begitu juga apa yang terjadi sebelum dari itu lagi, mereka membunuh Saiyid Ahmad al-Kisrawi (seorang ulama Syiah) yang mengisytiharkan bahawa dirinya bebas dari apa sahaja penyimpangan yang ada di dalam Syiah.

Isikandungan buku ini ialah menolak pegangan2 Syiah yang menyeleweng, antaranya ialah:

Abdullah bin saba

Mutah dan yang berkaitan dengannya

Khumus

Mushaf fatimah

Pandangan Syiah terhadap Ahlus Sunnah, kita ambil sedikit petikan dari tajuk ini:

Pengarang menceritakan bagaimana dia ketika menelaah kitab muktabar Syiah dan pendapat fuqaha dan mujtahidnya didapati menyatakan bahawa musuh Syiah satu-satunya ialah Ahlus Sunnah. Sebab itulah mereka menyifatkan dan menggelarkan Ahlus Sunnah sebagai Nawashib….

Pernah bapa pengarang kitab ini bertemu dengan seorang lelaki asing di pasar di sebuah pekan. Kemudian dia menerimanya sebagai tetamu. Dalam perbualan antara ayahnya dan tetamu ini, dapatlah diketahui bahawa lelaki ini adalah seorang Ahlus Sunnah.

Ayahnya merupakan seorang yang sangat cintakan kebaikan. Dimuliakan tetamu ini. Diberinya makan, minum, tempat tidur dan wang yang barangkali diperlukan dalam perjalanannya. Tetamu ini amat berterimakasih kepada ayahnya. Namun, setelah tetamu keluar dari rumah meneruskan perjalanannya, ayahnya memerintahkan agar tilam yang digunakan tetamu ni dibakar. Pinggan mangkuk dibasuh. Kerana apa? Kerana ayahnya dan semua Syiah beritiqad bahawa orang Ahlus Sunnah adalah Najis. Kerana para fuqaha mereka menyamakan orang Ahlus Sunnah dengan orang kafir, musyrik dan babi dalam kenajisannya.

http://al-ahkam.net/home/content/tanggapan-syiah-terhadap-orang-sunni

DOA DAN AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI

SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB

TAMBAHAN TERHADAP APA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ THTL
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB-ADAB HAJI / UMRAH


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara Fazlimuslim. Kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan kami menjawabnya. Berikut adalah jawapannya dengan izin dan bimbingan serta hidayah Allah Ta’ala.

Pertama : MASALAH BERDOA BERAMAI-RAMAI SEBELUM BERANGKAT BAKAL HAJI :

Umat Islam yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah Wal Jama’ah nampaknya telah berbeza pendapat mengenai masalah ini . Kami ringkaskan perbezaan pendapat itu sebagai mana berikut :

1 – GOLONGAN PERTAMA BERHUJJAH :

Berdoa adalah ibadah. Berdoa – secara asas dan prinsipnya – sememangnya pernah dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a . Akan tetapi , berdoa beramai-ramai di muka pintu sebelum berangkatnya bakal-bakal “ pak haji “ dan “ mak haji “ adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan secara spesifik / khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Oleh kerana “ asasnya “ ada , Cuma “ contoh spesifiknya “ tiada “ , maka perbuatan berdoa beramai-ramai untuk bakal-bakal haji itu adalah BID’AH IDHOFIYYAH.

Contoh yang ada hanyalah hadist yang menerangkan bahawa doa itu diminta daripada mereka yang hendak memulakan perjalanan ( musafir ) , bukannya orang-orang yang ditinggalkan itu pula yang berdoa . Lihatlah hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÚõãóÑó Úóäú ÚõãóÑó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäøóåõ ÇÓúÊóÃúÐóäóåõ Ýöí ÇáúÚõãúÑóÉö ÝóÃóÐöäó áóåõ ÝóÞóÇáó íóÇ ÃóÎöí áóÇ ÊóäúÓóäóÇ ãöäú ÏõÚóÇÆößó æóÞóÇáó ÈóÚúÏõ Ýöí ÇáúãóÏöíäóÉö íóÇ ÃóÎöí ÃóÔúÑößúäóÇ Ýöí ÏõÚóÇÆößó ÝóÞóÇáó ÚõãóÑõ ãóÇ ÃõÍöÈøõ Ãóäøó áöí ÈöåóÇ ãóÇ ØóáóÚóÊú Úóáóíúåö ÇáÔøóãúÓõ áöÞóæúáöåö íóÇ ÃóÎöí


Ertinya : Daripada Saidina ‘Abdullah ( ra ) Bin Saidina ‘Umar ( ra ), daripada Saidina ‘Umar ( ra ) , daripada Baginda Rasulullah s.a.w . Sesungguhnya dia ( Saidina ‘Umar r.a ) pernah memohon keizinan Baginda Rasulullah s.a.w untuk menunaikan ‘umrah. Maka telah bersabdalah Baginda Rasulullah s.a.w ( kepadanya ra ) : “ Wahai saudaraku ! , Janganlah kami ini kau lupai di dalam doamu” .

( Baginda Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda kepadanya selepas itu di Madinah al-Munawwarah ) : “ Wahai saudaraku ! , masukkanlah ( sertakanlah / libatkanlah ) kami ini bersama-sama di dalam doamu “.

Saidina ‘Umar ( ra ) berkata : “ Tidak ada yang paling aku sukai pada satu hari yang terbit padanya matahari kecuali ( di saat Baginda Rasulullah s.a.w memanggilku dengan kalimah ) : YA AKHI ! : Wahai saudaraku ! ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Hafidz Ahmad Bin Hanbal ( rh ) di dalam Musnad al-‘Asyarah.

2 – GOLONGAN KEDUA BERHUJJAH :

Ya !, memang diakui bahawa berdoa beramai-ramai di dalam bentuk itu memang tidak ada contohnya secara spesifik / khusus , sama ada daripada Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a .

Akan tetapi tidak ada pula sebarang larangan yang menegah daripada dilakukan amalan seperti itu dan tidak pula kelihatan ada sebarang kerosakan pada agama jika dilakukan amalan tersebut, malahan ianya adalah termasuk di dalam pengertian berdoa dan memohon rahmat dan berkat daripada Allah Ta’ala untuk keseluruhan umat Islam.

Memang benar Baginda Rasulullah s.a.w sendiri meminta Saidina Umar ( r.a ) agar berdoa untuk Baginda s.a.w . Iaitu orang yang ditinggalkan ( Baginda Rasulullah s.a.w ) yang memohon doa daripada orang yang meninggalkan ( bermusafir iaitu Saidina Umar r.a ) . Akan tetapi hadist itu tidaklah pula melarang orang-orang yang ditinggalkan itu mendoakan keselamatan si musafir itu.

3 – GOLONGAN KETIGA PULA BERKATA :

Perkara di atas adalah perkara yang menjadi isu “ khilafiah “ ( perbezaan pendapat ) di kalangan umat Islam , sebagai mana halnya berdoa beramai-ramai selepas sembahyang. Mereka yang kontra akan amalan tersebut mengatakannya sebagai BID’AH ( pihak ini diwakilo oleh majoriti umat ). Manakala pihak yang pro pula akan mengatakannya sebagai TIDAK ADA HALANGANNYA DI DALAM AGAMA ( dan pendapat ini diwakili oleh minoriti umat ) .

Perkara di atas merupakan satu perkara yang perlu dihalusi sebaik-baiknya dan setiap pihak perlulah berlapang dada di dalam berhujah dan mengemukakan pandangan .

Setiap pihak boleh berpegang dengan hujah-hujah masing-masing . Akan tetapi janganlah hendaknya disebabkan perkara di atas , umat Islam saling bertelagah sesama sendiri ataupun saling fasiq-manfasiqkan di antara satu sama lain. Kesatuan umat Islam mestilah dijaga dan perbincangan yang sihat dengan menjaga adabnya mestilah dilaksanakan di saat membincangkan isu-isu khilafiah seperti ini .

KOMENTAR al-AHKAM ONLINE :

Kami juga bersetuju bahawa contoh yang spesifik / khusus mengenai masalah ini tidak ada ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a . Dan kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah khilafiah , yang setiap pihak ada hujah-hujah masing-masing berdasarkan Al-Quranul Karim dan Sunnah. Kami menamakannya sebagai “ khilafiah “ kerana masalah ini ada contoh asalnya ( berdoa itu ada perintahnya dan contohnya ) , Cuma tiada contoh spesifik / khusus yang menunjukkan perbuatan berdoa beramai-ramai sebelum berangkatnya bakal-bakal haji .

Dan kami lebih suka untuk mengemukakan pandangan seorang Mujaddid ( Reformis ) Besar ; Al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna ( rh ) mengenai masalah ini. Kata beliau ( rh ) ketika mengemukakan Asas ke-11 dan ke-12 daripada Usul 20 :


11 – æßá ÈÏÚÉ Ýí Ïíä Çááå áÇ ÃÕá áåÇ Ü ÇÓÊÍÓäåÇ ÇáäÇÓ ÈÃåæÇÆåã ÓæÇÁ ÈÇáÒíÇÏÉ Ýíå Ãæ ÈÇáäÞÕ ãäå Ü ÖáÇáÉ ÊÌÈ ãÍÇÑÈÊåÇ æÇáÞÖÇÁ ÚáíåÇ ÈÃÝÖá ÇáæÓÇÆá ÇáÊí áÇ ÊÄÏí Åáì ãÇ åæ ÔÑ ãäåÇ .
12 – æÇáÈÏÚÉ ÇáÅÖÇÝíÉ æÇáÊøóÑßöíÉ æÇáÇáÊÒÇã Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáãØáÞÉ ÎáÇÝ ÝÞåí , áßá Ýíå ÑÃíå , æáÇ ÈÃÓ ÈÊãÍíÕ ÇáÍÞíÞÉ ÈÇáÏáíá æÇáÈÑåÇä .


Ertinya : “ Semua bid’ah yang dilakukan di dalam agama Islam tanpa ada sandaran asalnya, dan dipandang baik pula oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling banyak supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri “.

“ Bid’ah yang dilakukan dengan cara menambah atau mengurangkan ( ibadah ) , ataupun di dalam bentuk terikat dengan cara-caratertentu di dalam melakukan ibadat yang mutlak ( total ), adalah termasuk di dalam masalah khilafiah yang setiap pihak mempunyai hujah-hujah masing-masing. Namun, tidaklah mengapa mencari-cari kebenaran melalui bukti dan dalil “ .

Bertitik-tolak daripada usul di atas , dan apa yang telah kami nyatakan , maka saudara sendiri ( dan umat Islam sekalian ) boleh sahaja untuk berpegang dengan mana-mana pendapat di dalam masalah tersebut, sama ada memilih pendapat mereka yang mengatakannya sebagai bid’ah ataupun memilih pendapat yang mengatakannya tidak menjadi apa-apa halangan di dalam agama.

Kita berharap agar masalah khilafiah seperti ini tidak dijadikan sebab untuk umat Islam bertelagah sesama sendiri , apatah lagi untuk “ berperang “ sesama sendiri .

Perbincangan yang sihat dan diskusi yang bersikap toleransi perlulah diamalkan demi mencari titik-titik kesatuan di kalangan umat Islam ataupun mencari kebenaran yang dituntut.

****************************************

Kedua : MASALAH AZAN BAGI BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI :

Azan sebagai mana yang dimaklumi adalah satu pemberitahuan mengenai masuknya waktu sesuatu sembahyang fardhu .Dan tidak pula kami temui – sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini – akan adanya azan yang disyariatkan untuk tujuan selain daripada itu.

Oleh itu , kami juga sendiri tertanya-tanya , daripada sumber manakah yang menyatakan adanya azan yang dilaungkan untuk bakal-bakal haji sebelum mereka berlepas ke tanah suci ? .

****************************************

Ketiga : ADAB-ADAB PERJALANAN UNTUK MEREKA YANG AKAN MENUNAIKAN HAJI-UMRAH DAN SELAINNYA :

Al-Imam al-Muhaddis an-Nawawi ( rh ) menjelaskan melalui kitabnya : “ Al-Idoh fi manasik al-Haj wal ‘umrah “ akan adab-adab yang perlu dijaga oleh setiap umat Islam yang ingin memulakan perjalanan , khasnya ketika berniat untuk menunaikan haji dan umrah. Komentar daripada kami bagi setiap kenyataan daripada Al-Imam an-Nawawi ( rh ) akan ditanda dengan “ kurungan “{ ~ al-Ahkam} . adab-adab tersebut ialah :

1 – Berbincang dengan orang-orang yang boleh dipercayai ilmu dan amalnya serta sikapnya terhadap agamanya. { termasuklah mengadakan diskusi dan belajar cara-cara menunaikan haji dan umrah daripadanya ~ al-Ahkam }.

2 – Menunaikan Solat Istikharah.

3 – Bertaubat dan memulangkan kembali hak-hak manusia yang pernah diambilnya secara zalim ( tanpa cara yang dibenarkan oleh syarak ) . Dan hendaklah dia melangsaikan hutang-piutangnya { kecuali kalau tuan punya hutang itu membenarkannya untuk menunaikan haji / umrah ~ al-Ahkam }.

4 – Menjelaskan niat dan tujuannya kepada ibu-bapanya dan suami ataupun isterinya .

5 – Hendaklah belanja yang digunakan untuk haji dan umrah itu daripada sumber yang halal.

6 – Memperbanyakkan bekalan dan nafkah yang halal . { termasuklah meninggalkan nafkah kepada tanggungan-tanggungannya sepanjang tempoh ketiadaannya ~ al-Ahkam } .

7 – Meninggalkan sebarang bentuk pertelagahan di dalam masalah jual-beli.

8 – Tidak berkongsi dengan orang-orang selainnya di dalam bekalan ( makanan / minuman ) , kenderaan dan belanja perjalanan { demi tidak terjadinya sebarang pertikaian , ungkit-mengungkit dan seumpamanya yang berpunca daripada perkongsian tersebut – seperti berkata : “ Aik ! takkanlah korang naik kereta aku free aje , mana duit minyaknya ? “ , ataupun berkata : “ Eh ! kenapa pula makanan aku kau makan banyak , aku makan sikit je makanan kau . Ni mesti sebab makanan aku lagi sedap daripada kau punya “ . Akan tetapi jika perkongsian itu diyakini tidak akan melahirkan ungkit-mengungkit , sakit-menyakiti di kalangan mereka yang sama-sama menunaikan haji dan umrah, maka tidaklah mengapa ~ al-Ahkam } .

9 – Mendapatkan kenderaan yang lebih baik dan selesa.

10 – Mempelajari selok-belok ibadat haji dan umrah kerana itu adalah fardhu ‘ain . Dan disunatkan bagi bakal-bakal haji / umrah untuk membawa bersama buku-buku yang menerangkan selok-belok ibadat haji dan umrah . Dan buku-buku itu hendaklah sentiasa dirujuk sepanjang tempoh seseorang itu menunaikan haji / umrah .

11 – Mendapatkan teman-teman di dalam perjalanan . Iaitu teman-teman yang baik yang boleh menasihatinya di saat dia terlupa dan teman-teman itu boleh pula menolongnya dan membimbingnya.

12 – Memfokuskan ibadat haji dan umrah itu dengan penuh ketenangan dan khusyuk. Di sunatkan juga bagi mereka yang mempunyai perniagaan untuk meninggalkan perniagaannya sepanjang tempoh dia menunaikan haji dan umrah itu agar hatinya tenang.

13 – Disunatkan juga perjalanan itu dilakukan pada Hari Khamis dan di waktu pagi. Dan kalau tidak berpeluang di Hari Khamis , maka pilihkah Hari Isnin kerana pada hari itulah Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah .

14 – Melakukan solat sunat musafir.

15 – Mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, jiran-tetangganya dan rakan-rakannya dan memaafkan kesalahan-kesalahan mereka { termasuklah mendoakan keselamatan mereka yang ditinggalkan ~ al-Ahkam } .

16 – Berdoa tatkala sudah berazam meninggalkan rumah { dan negaranya ~ al-Ahkam } .

17 – Berdoa tatkala menaiki kenderaan.

18 – Memperbanyakkan perjalanan di malam hari { perkara ini tidaklah bertentangan dengan no. 13 kerana yang dimaksudkan ialah memperolehi keselesaan dan ketenangan di dalam perjalanan. Oleh itu jika anda menaiki kapal terbang , maka pahal sunat itu tetap ada walaupun ia memulakan perjalanan di waktu pagi ataupun di malam hari , kerana perjalanan dengan kapal terbang sudah pasti lebih selesa berbanding dengan kenderaan selainnya ~ al-Ahkam }.

19 – Bersikap sederhana di dalam berpakaian dan makan-minum. Serta menjaga akhlaknya seperti tidak “ bertegang-urat “ dan tidak pula saling cela-mencela dan mengumpat.

20 – Tidak berjalan ( bermusafir ) dengan bertemankan anjing dan loceng { tidaklah termasuk jam loceng ~ al-Ahkam }.

21 – Mengucapkan takbir ( “ Allahu Akbar “ ) tatkala sampai ke tempat yang tinggi dan bertahmid ( mengucapkan “ Alhamdulillah ) ketika turun daripadanya.

22 – Berdoa tatkala masuk ke dalam sesuatu wilayah , negeri ataupun negara.

23 – Berta’awwudz ( mengucapkan A’udzubillahi ) apabila turun daripada sesuatu tempat.

24 – Berdoa tatkala malam menjelang.

25 – Berdoa tatkala merasai kembimbangan dan ketakutan .

26 – Berzikir tatkala menghadapi sebarang kesusahan dan kesulitan.

27 – Berdoa tatkala bermusafir untuk dirinya sendiri , ibu-bapanya , orang-orang yang dicintainya, para pemimpin umat Islam dan seluruh umat Islam . Di dalam hadist yang sahih ada dinyatakan bahawa doa orang yang bermusafir itu adalah makbul.

28 – Menjaga wudhuk dan solatnya.

****************************************

Demikanlah jawapan yang dapat kami berikan dalam masalah ini . Semoga ada manfaatnya bersama , khasnya kepada mereka yang menunaikan haji dan umrah. Untuk mereka kami ucapkan : “ Hajjan Mabruran Wa Dzanban Maghfura “ ( Semoga mendapat haji yang mabrur dan dosa-dosa yang diampun ! ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[=red]1 – AL-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH ( Jilid ke- III , halaman ke : 2407 – 2414 )
Oleh : Al-‘allamah Prof. Dr . Wahbah az-Zuhaily ( ha )
Terbitan : Darul Fikr al-Mu’asir , Beirut.

[b][=red]2 – AL-HAJ WAL ‘UMRAH ( ms 43 – 49 )
Oleh : Syeikh Mahyuddin Dib Mistoo ( ha )
Terbitan : Dar Ibni Katsir , Damsyiq – Beirut

[[b]
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Dzulqa’edah / 1423 H
13 / Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

http://al-ahkam.net/home/content/sj-%E2%80%93-2165-doa-azan-untuk-bakal-bakal-haji-dan-adab

Create your website with WordPress.com
Get started