DOA UNTUK PARA SAHABAT

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya arhamarohimin 3x.

Ya Allah, kami memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkankan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa kubur dan api neraka.

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami dan bukakanlah bagi kami pintu rahmatMu.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi pasangan hidup dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah ururusan kami dan lancarkanlah lidah kami supaya mereka faham ucapan kami.

Ya Allah, janganlah Engkau menyesatkan kami sesudah Engkau memberi petunjuk dan berilah kami rahmat dari hadapan Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa syukur di atas nikmat tidak ternilai daripadaMu Ya Allah.

Ya Allah, tingkatkan ketaatan kami kepada Mu dan ingatkan kami agar sentiasa memuji dan memuliakan keagunganMu.

Ya Allah, hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan ibadah wajib kami.

Ya الله, kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kami sekeluarga serta kedua ibubapa dan mertua serta ahli keluarga kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu Ya الله . َ

Ya الله, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta jiran2 kami dan sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله.                                                  

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: