HATI YANG TERCELA

HATI YANG TERCELA

“MAHMUDAH” dan “MAZMUMAH” itu adalah disebabkan telah bersarangnya sifat-sifat yang tercela itu didalam Hati seluruh umat manusia Akhir Zaman harini.

Iaitu ‘Istana Iblis’ yang telah dibiarkan menguasai dirinya, dan dia juga telah membenarkan dirinya memiliki watak Kebinatangan disepanjang kehidupannya.

“Badan manusia tetapi berkepalakan Haiwan.”

Maka “PENYAKIT AL-WAHN” akhirnya telah Bermaharajalela di Akhir Zaman hari ini…

Benarlah kata Nabi SAW;

“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah seluruh jasadnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah seluruh jasadnya, ia adalah Hati.”

Punca-puncanya PENYAKIT HATI atau MAKSIAT HATI ataupun MAKSIAT BATIN itu tersangat-sangatlah banyak.

Ianya disebabkan Berhajatnya umat manusia keatas Usaha-Usahanya yang secara berterus-terusan, bukannya di IMANKAN kepada Allah SWT.

Maka cara-cara untuk mengubatinya pula tersangat-sangatlah susah, melainkan dengan satu-satunya jalan sahaja, iaitu;

“TASAWWUF (Pensucian Jiwa)…”

Segala jenis Maksiat yang telah berlaku di Akhir Zaman hari ini, sepertinya;

Membunuh, merogol, mencuri, rasuah, penipuan, kezaliman, penindasan, kekejaman dan segala kejahatan-kejahatan yang lain itu adalah berpuncanya daripada dalaman diri umat manusia itu sendiri. Iaitu;

“ROHANINYA YANG TELAH MATI…”

Kerana mereka hanya mempedulikan dan lebih mengutamakan Jasmaninya sahaja semata-mata…

 PENYAKIT-PENYAKIT HATI itu ialah;

– RIYA’

– TAKABBUR

– ‘UJUB

– SUM’AH

– GILA HARTA DUNIAWI

– GILA PANGKAT DAN KEDUDUKAN

– GILA PENGARUH DAN PENGIKUT

– GILA PUJIAN DAN KEHORMATAN

* 10 SIFAT MAZMUMAH.

– Ghadab (Marah).

– Hasad (Dengki).

– Bakhil (Kedekut).

– Syarhu Ta’am (Buruk makan).

– Syarhu Kalam (Buruk bercakap).

– Hubb Al-Jah (Gila kuasa).

– Hubb Al-Dunya (Gila dunia).

– ‘Ujub (Hairan diri atau syok sendiri).

– Takabbur (Sombong atau angkuh).

– Riya’ (Menunjuk-nunjuk).

* 10 SIFAT MAHMUDAH.

– Taubat.

– Khauf (Takut).

– Zikir Al-Maut (Ingat mati).

– Mahabbah (Kasih sayang).

– Zuhud

– Tawakkal

– Ikhlas

– Syukur

– Redha

– Sabar

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.”

(QS. Al-A’araf : 40)

Ashabul Kahfi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: