BOLEHKAH PUASA SYAWAL SEBELUM QODA’ RAMADHAN ?

BOLEHKAH PUASA SYAWAL SEBELUM QODA’ RAMADAN?

“Barangsiapa yang puasa Ramadan, kemudian mengikutinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia sama dengan puasa setahun penuh.” [HR. Muslim]

Jika dikalkulasi, puasa Ramadan berjumlah 30 hari ditambah 6 hari di Bulan Syawal menjadi 36 hari. Allah selalu melipatgandakan pahala kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Boleh berlipat dari 10 sampai 700 kali.

Berdasarkan itu, maka puasa 36 hari mendapat pahala 360 hari, jumlah hari dalam setahun. Bahkan dalam ibadah puasa, Allah boleh melipatgandakan lebih dari 700 kali. “Wa ana ajzii bihi.”

Puasa Syawal lebih afdalnya dilaksanakan pada tanggal 2-7 Syawal, segera setelah Hari Raya Idul Fitri. Namun boleh juga dilaksakan bilapun asalkan masih di Bulan Syawal.

Apabila tidak melakukan puasa Syawal, maka pahalanya sebanding dengan 10 bulan sahaja, seperti yang dijelaskan dalam kitab al Bujairami alal Khatib.

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

Kesimpulan dari hadis ini, orang yang belum menyempurnakan puasa Ramadan karena udzur, ia tidak disunnahkan puasa Syawal. Berbeda dengan pendapat Abu Zur’ah yang menyatakan tidak demikian. Ya tetap medapatkan kesunahan puasa, namun tidak mendapatkan pahala seperti yang terdapat pada hadis tersebut, kerana hubungannya dengan puasa Ramadan. Oleh kerana itu, orang yang masih punya hutang puasa Ramadan harus qada dahulu, baru melakukan puasa Syawal.

Semua produk fekah adalah hasil ijtihad ulama. Oleh kerana itu, ada sahaja ulama yang berpendapat lain tentang hal ini. Konsep taba’iyyah (subordinasi) memberikan konsekuensi bahawa puasa Syawal harus dilakukan setelah lengkap puasa Ramadan. Sebagaimana pendapat di atas tadi.

Namun, konsep taba’iyyah juga mencakup taqdiriyyah (kira-kira) yang mana boleh melaksanakan puasa Syawal dulu kemudian baru qada puasa Ramadan. Boleh juga mencakup mutaakhirah (pengakhiran) yang berarti “menganut” tidak selalu di belakang.

Terkadang ada “menganut” yang letaknya di depan, seperti solat qabliyah yang menganut solat fardlu. Dengan pemahaman seperti ini, maka disunnahkan melakukan puasa Syawal walaupun masih punya hutang puasa Ramadhan.

Hutang puasa yang dimaksud hanyalah hutang yang disebabkan kerana uzur. Mungkin kerana datang bulan, sakit, atau musafir. Bila hutang puasa itu kerana disengaja, tanpa ada uzur, maka puasanya Syawal tetap tidak diperbolehkan, bahkan haram hukumnya. Kerana bererti ia menunda kewajiban yang harus dilakukan sesegera mungkin (qadla’ fauri), iaitu qada puasa Ramadhan.

Demikianlah tinjauan fikih mengenai puasa Syawal bagi kita yang masih mempunyai tanggungan puasa Ramadan. Semoga kita boleh mendapatkan hikmah dan fadhilah dari puasa Ramadan ini, dan boleh menyempurnakannya dengan puasa Syawal, sehingga kita mendapatkan limpahan pahala dari Allah SWT sebanding dengan pahala setahun penuh. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: