Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

BOLEHKAH MENGGABUNGKAN QODA’ PUASA RAMADHAN DAN PUASA SYAWAL?

BOLEHKAH MENGGABUNGKAN QODA’ PUASA RAMADHAN DAN PUASA SYAWAL?

Setelah melaksanakan ibadah puasa satu bulan penuh di bulan suci Ramadhan, kita juga disunahkan untuk melanjutkan puasa 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana diterangkan dalam Hadis Rasulullah SAW;

orang yang melaksanakan puasa selama bulan suci Ramadan kemudian dilanjutkan dengan puasa enam hari sahaja di bulan Syawal itu sama sahaja dengan ia berpuasa selama satu tahun penuh.

Bayangkan, betapa besar ganjaran orang yang menambah puasa enam hari di bulan Syawal. Hal ini sebagaimana diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Imam Muslim:

مَن صامَ رَمَضانَ ثُمَّ أتْبَعَهُ سِتًّا مِن شَوَّالٍ، كانَ كَصِيامِ الدَّهْرِ

Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian di ikuti enam hari di bulan Syawal, maka seperti puasa setahun penuh (dahr).

Akan tetapi, bagaimana jika seseorang tersebut masih mempunyai tanggungan puasa Ramadhan?, Apakah puasa sunah Syawal sah ? apakah harus menunaikan kewajiban puasanya terlebih dahulu, atau menjalankan sunah puasa Syawal dahulu? Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

وإن أفطر رمضان تعديا حرم عليه صومها (يكره لمن عليه قضاء رمضان أن يتطوع بالصوم كراهة صومها لمن أفطره بعذر) فينافي ما مر، إلا أن يجمع بأنه ذو وجهين

Ketika seseorang batal puasa Ramadhannya kerana sengaja, maka haram baginya puasa sunah Syawal. Namun, Makruh hukumnya puasa sunah Syawal bagi orang yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan yang batal kerana suatu uzur. Kecuali jika seseorang tersebut menggabungkan antara membayar tanggungan puasanya dan sunah Syawal maka tidak dimakruhkan.

Maka, dari penjelasan tersebut sah bagi orang yang masih mempunyai tanggungan puasa wajib melaksanakan puasa sunah Syawal. Berikut niat puasa Qadha Ramadan dan sunah Syawal:

نَوَيتُ صَومَ غَدٍ عن قَضَاءِ رَمَضَانَ وَسُنَّةِ الشَّوَالِ لِلَّهِ تَعَالَى

Aku niat puasa qoda’ Ramadhan dan sunah Syawal kerana Allah Ta’ala.

Lantas ketika kita membayar tanggungan puasa wajib kita, sekaligus melaksanakan puasa sunah syawal, apakah kesunahan puasa syawal dapat kita peroleh? Dalam kitab Fathul Mu’in karya Syekh Ad-Dimyati dijelasakan:

ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غير ذلك: هل تحصل له السنة أو لا؟ لم أر من ذكره، والظاهر الحصول.

Meskipun melakukan puasa qoda’, nazar, ataupun puasa wajib lainnya pada bulan syawal secara zahir masih mendapatkan kesunahan puasa Syawal. Bahkan dijelaskan secara terperinci di bagian selanjutnya dalam kitab tersebut:

حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون

Terdapat sebuah fatwa yang menyatakan bahawa ketika seseorang mempunyai tanggungan puasa qada’ dan nazar dan menunaikannya di waktu puasa sunah (puasa sunah Syawal, Isnin-Khamis, Asyura, dll) maka, kewajiban puasa fardunya dapat, dan kesunahan puasa pada hari tersebut juga didapat.

Demikianlah argumentasi para ulama tentang kebolehan menggabungkan puasa wajib dan sunah serta kewajiban puasa kita terbayar dan pahala sunahnya juga didapat. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: