Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

16 PENCERAMAH DILARANG MENGAJAR AGAMA DI NEGERI JOHOR

16 PENCERAMAH DILARANG MENGAJAR AGAMA DI NEGERI JOHOR

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Kerajaan negeri Johor mengeluarkan arahan larangan berceramah dan mengajar agama ke atas 16 penceramah yang tidak sealiran dengan Ahlisunnah Wal Jamaah.

Berasaskan laporan ini, 16 orang penceramah agama tersebut dikesan menganut ajaran Wahabi yang rata-ratanya mengharamkan tawassul, mengkafirkan Sunni Asya’irah dan sufi, mengkafirkan penyambut Maulidur Rasul, menjisimkan Allah, mengharamkan bacaan al-Qur’an kepada orang yang sudah meninggal dunia dan mengajar agama tanpa bertauliah.

Sehubungan dengan itu, Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim bertegas akan mengambil tindakan yang sama ke atas beberapa orang ustaz yang sudah dikenal pasti mempunyai akidah sedimikian rupa, “Pandangan saya, ramai lagi ustaz dan penceramah anak jati negeri ini, malah bukan sahaja 16 penceramah ini dilarang, akan menyusul beberapa nama lagi yang telah dikenal pasti. Kita tidak haramkan mereka untuk datang, sebaliknya hanya melarang berceramah atau mengajar,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

Dalam masa yang sama, beberapa lembar dokumen yang berkaitan dengan larangan tersebut berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor telah beredar dalam WhatsApp.

“Penceramah yang dilarang ini, ada antara mereka saya lihat terlalu popular di laman sosial, selain bertindak memburukkan individu lain. Hakikatnya ia satu perbuatan yang berdosa.

“Mereka ini tidak sesuai di Johor, yang cuba melaga-lagakan, memfitnah, memperlekehkan ulama, dan ada unsur penghinaan,” katanya.

Dokumen kerajaan itu antara lain menyenaraikan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari, Rasul Dahri, Fadhlan bin Othman, Idris Sulaiman bin Yasin, Emran Ahmad, Fikri Alam Ghiri, Hafiz Firdaus, Mohd Yaakob bin Yunus, Dr. Anas Madani, Maulana Asri Yusof, Halim Hassan, Khairil Anuar, Khairul Ikhwan, Hussein Yee dan Isa Deraman.

Sementara itu Mufti Perli Asri Zainul Abidin memberi reaksi dengan mencabar pihak berkenaan untuk mengemukakan bukti seperti apa yang didakwa dalam dokumen tersebut.

Selain Asri, Fathul Bari turut menyatakan kekesalan kerana dituduh mengkafirkan umat Islam.

https://ms.abna24.com/service/asia/archive/2016/02/02/733103/story.html

JOHOR SEMAK BALIK LARANGAN KE ATAS 16 PENCERAMAH BEBAS

Kerajaan negeri akan mempertimbang dan menyemak semula senarai 16 penceramah bebas yang dilarang berceramah di Johor sebelum ini.

Exco Agama dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata usaha tersebut adalah bagi membolehkan saringan dilakukan untuk melihat semula sama ada larangan terhadap kesemua penceramah tersebut relevan dikekalkan atau sebaliknya.

“Dengan pentadbiran kerajaan baharu di Johor kini, kita akan semak balik maksudnya melihat semula daripada segi kewajaran penceramah tersebut dilarang. Sekiranya mereka masih wajar dilarang, kita teruskan dengan apa yang telah diputuskan di peringkat awal.

“Untuk semakan itu, kita akan lihat macam mana penyampaian ceramah agamanya sebelum-sebelum ini ataupun kita panggil mereka untuk ditemu duga. Mungkin selama ini kita hanya dengar isunya daripada pihak-pihak lain sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Salam Musafir di Terminal Larkin, di sini, sebentar tadi.

Kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini melarang 16 penceramah bebas menyampaikan ceramah atau mengajar di Johor kerana didakwa tidak sesuai serta bimbang tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara penceramah berkenaan ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari.

Sementara, Aminolhuda berkata, kerajaan negeri yakin kutipan zakat yang disasarkan sejumlah RM270 juta mampu dicapai menjelang penghujung tahun ini.

Katanya, keyakinan itu hadir selepas kutipan zakat yang diperolehi tahun lalu sejumlah RM250 juta, melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Setakat ini kita telah mengutip sebanyak RM95 juta menerusi pelbagai pembayaran zakat seperti zakat perniagaan, harta, dan sebagainya.

“Sehingga 31 Mei, kita juga telah mengagihkan kutipan zakat yang diperoleh terdahulu sejumlah RM112 juta dan diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/johor-semak-balik-larangan-ke-atas-16-penceramah-bebas-178028

*Hati2 Dengan Fitnah  Golongan Habib Syiah Sufi Yahanana Yang Bertopengkan Aswaja Bertujuan Cuba Memecah Belah Umat Islam Malaysia Dan Menghancurkan Keharmonian  Dengan Cara Melaga-Lagakan Fahaman Salaf Dengan Khalaf, Sedangkan Semua Pihak Tidak Pernah Menjisimkan Allah  SWT.

SILA RUJUK PANDANGAN IMAM EMPAT MAZHAB YANG KITA KASIHI

Sekadar Renungan Sahaja

CONTOH KEMURNIAN AQIDAH SEBENAR :

GOLONGAN SALAF :

Mengithbat Ayat Yadun Atau Tangan  Dengan Mentafsir Tangan Yang Layak Bagi Allah Dan Tidak Sama Dengan Tangan Makhluk , Amat jauh sekali dari mensyirikkan Allah SWT. Sebagaimana golongan Tajsim yang juga diperangi oleh Golongan Salaf.

GOLONGAN KHALAF :

Mentakwel  Ayat Yadun Dengan Qudrat, Dengan Cara Memahami Kudrat Yang Layak Bagi Allah SWT Tanpa Mensyirikkan Allah SWT. Bukan Qudrat Sebagaimana Yang  Terhad Pada Manusia.

Fitnah Yang Ditimbulkan Oleh Golongan Syiah Sufi Aswaja Kepada Golongan Salaf Atau Wahabi Dengan Mengatakan, Golongan Wahabi Dan Salaf Mensyirikkan Allah Swt Kerana Allah Swt Memiliki Tangan  Sebagaimana Tangan Makhluk Sebagaimana Fahaman Golongan Tajsim Yang Juga Diperangi Oleh Golongan Salaf Atau Wahabi.

Melalui Hujjah  Ini Golongan Aswaja Syiah Sufi Berjaya  Melaga-Lagakan Umat Islam (Salaf Dan Khalaf ) Dan Mereka Mula Bertapak Di Bumi Malaysia.

Sufi Syiah Aswaja akan terus bertaqiyah dihadapan umat Islam Malaysia bahawa mereka mencintai Keluarga Rasulullah SAW ( ahli Bait ) demi melahirkan perasaan Cinta Rasul yang sejati dan di akhir aqidah mereka, mereka akan melaknat Khulafa’ Ar-Rasyidin kerana merampas jawatan khalifah dari cucu Rasulullah SAW iaitu Hussin dan Hassan.

Semoga Allah Swt Menyatukan Kembali Umat Islam Dan Menyelamatkan Mereka Dari Golongan Syiah Sufi Yang Bertopengkan Aswaja.

NASIHAT DALAM MENGHADAPI IKHTILAF DI ANTARA IKHWAH SALAF

One thought on “16 PENCERAMAH DILARANG MENGAJAR AGAMA DI NEGERI JOHOR”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: