HARI RAYA PENGHUBUNG UMMAH

HARI RAYA PENGHUBUNG UMMAH

Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman

Tidak berapa hari lagi, umat lslam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari raya ini disambut dengan begitu meriah sekali bagi meraikan kemenangan umat lslam setelah selesai menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Puasa yang bertujuan untuk membentuk peribadi Muslim yang sebenar diharapkan dapat mencapai matlamatnya. Adalah diharapkan keperibadian Muslim yang cuba dibentuk itu dapat dikekalkan dan tidak runtuh bersama datangnya fajar Syawal.

Bagaimanakah persiapan kita untuk menyambut hari raya pada tahun ini? Apakah kita terlalu disibukkan dengan persiapan-persiapan yang material sifatnya seperti pakaian baru, kasut baru, langsir baru, permaidani baru, kuih-muih yang berbagai dan seumpamanya? Ataukah kita sudah bersedia untuk menyambut Syawal ini dengan semangat yang cuba dipupuk oleh ibadat puasa itu sendiri yakni untuk mengawal diri dan nafsu?

Walaupun maksud yang tersirat di sebalik sambutan hari raya Aidil Fitri itu bertujuan untuk meraikan kemenangan, tetapi janganlah keseronokan itu melekakan kita sehingga segala sifat peribadi yang telah dipupuk pada bulan Ramadan itu terlerai satu persatu. Umat lslam hendaklah menyambut Aidil Fitri ini dengan sederhana. Elakkan daripada berlebihan dalam berbelanja dan persiapan. Jauhkan sifat menunjuk-nunjuk dan riak dengan persiapan yang dibuat daripada bertapak dalam hati. Sebaliknya, selalu ingatkan matlamat puasa yang sebenarnya agar kita sentiasa dapat mengawal diri dan nafsu kita.

Apa yang lebih baik kita lakukan dalam menyambut Aidil Fitri ini ialah untuk mempereratkan hubungan sesama kita. Gunakanlah kesempatan ini untuk mempererat dan menjalin hubungan dengan ahli keluarga yang lain, dengan jiran, rakan-rakan, saudara seagama yang lain, mahupun dengan semua ahli masyarakat. Amalan-amalan semasa menyambut hari raya, yang telahpun menjadi budaya kita, sememangnya memberi ruang untuk tujuan ini. Amalan-amalan tersebut, baik yang dianjurkan oleh lslam, mahupun yang berasal dari budaya setempat, haruslah dipertingkat bagi memperkukuh hubungan sesama kita. Dalam Surah ar-Ra’d, ayat 20-23, Allah S. W. T. telah menjanjikan balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kepada mereka yang menghubungkan silaturahim. Demikian juga, Rasulullah s.a. w. telah bersabda yang maksudnya,

‘Sesiapa yang mahu dimurahkan rezekinya dan diberkati usianya yang panjang, maka jalinkanlah hubungan’ (Bukhari dan Muslim).

Sembahyang raya misalnya, memberi ruang untuk umat lslam bertemu dan saling mengenal. Yang di bandar, mungkin inilah peluang untuk kita bersua muka dengan jiran kita sendiri. Manakala yang di kampung, inilah peluang untuk bertemu rakan lama atau orang kampung lain yang sudah lama tidak bertemu. Pada kesempatan ini, bolehlah kita bertanya khabar, saling mengucapkan salam hari raya, saling bermaafan dan memanjangkan jemputan untuk ke rumah agar dapat berbual dan berkenal dengan lebih lanjut lagi.

Amalan menerima tetamu pada musim perayaan juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi menghubungkan ahli masyarakat. Pada kebiasaannya, kita bersedia menerima kunjungan dari sesiapa sahaja pada hari raya pertama dan kedua. Malah, 30 hari dalam bulan Syawal itu digunakan oleh semua umat lslam untuk saling berkunjung. Satu amalan yang telah menjadi budaya masyarakat lslam di Malaysia, khususnya yang tinggal di bandar ialah membuat rumah terbuka. Kesempatan-kesempatan yang seperti ini harus digunakan, bukan sahaja untuk mempereratkan hubungan sesama kita tetapi juga untuk mempraktikkan ajaran lslam itu sendiri.

Misalnya, semasa menerima kunjungan pada hari raya ini, niatkan dengan tujuan ikhlas untuk memberi makan kepada yang hadir, untuk mempererat dan menjalin hubungan, untuk saling bermaafan dan sebagainya. Wajar juga kita memberikan layanan yang sama kepada para hadirin tanpa membezakan status mereka. Tidak sepatutnya ada ruang atau hidangan atau pinggan-mangkuk yang berlainan untuk tetamu biasa dan VIP, misalnya. Sebaliknya, layanlah tetamu seadil dan seikhlasnya.

Satu lagi amalan yang telah dibudayakan dalam masyarakat kita ialah pemberian duit raya. Amalan memberi ini amat digalakkan oleh lslam. Jadi, tiada salahnya jika ia diteruskan pada tahun ini, asal sahaja ianya mengikut kemampuan kita. Mungkin juga amalan memberi ini boleh kita pupuk dalam diri anak-anak kita. Sudah pasti kanak-kanak amat seronok apabila mendapat duit raya ini. Apa yang perlu kita buat ialah untuk tanamkan dalam diri mereka keseronokan memberi.

Jadi, jika selama ini kita yang menghulurkan paket duit raya itu kepada kanak-kanak yang datang ke rumah, mungkin pada kali ini kita minta anak-anak kita yang mengagihkan paket-paket duit raya itu kepada rakan-rakan seangkatan mereka. Semoga dengan ini akan tertanam dalam diri mereka keseronokan memberi dan menjadi sebahagian dari amalan mereka seterusnya.

Selain menerima tetamu, kita juga digalakkan menziarah kaum kerabat dan handai taulan. Islam memang menggalakkan kita untuk saling menziarah dan memperpanjangkan silaturahim. Gunakanlah kesempatan ini untuk tujuan tersebut. Semoga hubungan yang sudah terputus sekian lama, dapat disambung semula dan kemesraan yang terhenti dapat dijalin kembali.

Dalam kita bergembira menyambut hari lebaran ini bersama keluarga yang tercinta dan handai taulan, janganlah kita lupa kepada golongan yang tidak bernasib baik. Anak yatim, orang miskin dan wargatua di rumah-rumah orang tua perlu juga kita ingatkan. Bagaimanakah sambutan mereka? Jikapun tidak meriah, gembirakah mereka? Atau hari lebaran ini disambut dengan perasaan sedih dan pilu? Bukankah ada eloknya jika kita cuba menggembirakan mereka?

Saranan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail agar kita melawat golongan yang tidak bernasib baik pada musim perayaan seperti ini mungkin boleh dijadikan satu agenda tambahan dalam sambutan hari raya kita pada tahun ini. Berayalah dengan mereka. Bawalah keluarga kita bersama.

Semoga kunjungan kita itu dapat menggembirakan mereka pada hari raya ini.

Pada tahun-tahun yang mendatang mungkin boleh difikirkan kemungkinan untuk mengambil anak yatim atau wargatua ini untuk beraya bersama kita di rumah atau di kampung. Pihak yang bertanggungjawab dengan institusi yang terlibat haruslah memikirkan cara-cara atau prosedur-prosedur tertentu bagi memudah dan melancarkan proses ini. Golongan yang tidak bernasib baik ini juga berhak merasakan suasana berhari raya seperti kita. Apa kata kita bantu mereka?

Hari raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan untuk umat lslam. Raikanlah ia dengan semangat lslam yang sebenarnya. Gunakan kesempatan ini untuk mempraktikkan amalan-amalan yang dianjurkan oleh lslam. Mempererat silaturahim, saling kunjung mengunjung, bermaafan, memberi makan, menderma, menggembirakan orang lain dan seumpamanya merupakan antara amalan yang amat digalakkan oleh lslam. Amalkanlah ia pada hari lebaran ini. Semoga amalan ini tetap menjadi sebahagian daripada hidup kita seterusnya.

PEMIMPIN DAN ORANG RAMAI

PEMIMPIN DAN ORANG RAMAI

Dato’ Dr Ismail Haji Ibrahim

Pimpinan dalam Islam adalah pimpinan yang merangkumi kedua-dua bidang fizikal dan kerohanian yang berasaskan kepada ajaran-ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Pemimpin dalam hal ini, dipandang dari perhubungannya dengan orang-orang yang dipimpinnya adalah ibarat seorang bapa dalam satu keluarga. Ia tentulah mempunyai hubungan yang rapat dengan setiap orang anggota keluarganya, iaitu perhubungan yang menjamin kebahagiaan dan kebajikan mereka, bukan hanya dari segi lahir atau kepentingan kebendaan semata-mata, tetapi juga dari segi perasaan, kepuasan hati dan jiwa, dan sebagainya.

Tugas pemimpin menurut pandangan Islam adalah merangkumi tugas-tugas agama dan dunia secara sepadu, iaitu segala sesuatu yang dilaksanakan oleh beliau adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh Islam bagi menjamin kebahagiaan umat di dunia dan di akhirat.

Sifat-sifat pimpinan yang ada pada pemimpin utama Islam, Nabi Muhammad s.a. w. dan para sahabatnya yang lain yang dapat dipetik dari sejarah menunjukkan bahawa bukan setiap orang dalam satu masyarakat itu boleh menjadi pemimpin yang berjaya, atau yang dapat melaksanakan pimpinan yang benar-benar berkesan. Sifat-sifat semulajadi sebagai seorang pemimpin, ditambah dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi secara formal atau tidak formal adalah menjadi asas berjaya atau tidaknya seorang pemimpin itu, dan berkesan atau tidak berkesannya pimpinan seseorang itu. Dalam Islam, dasar ‘meletakkan orang yang sesuai pada tempatnya yang sesuai’ adalah amat dititikberatkan seperti yang ternyata dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila diletakkan sesuatu urusan itu pada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah tibanya hari kiamat (iaitu saat keruntuhan dan kecelakaannya “,

Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan pada zaman para sahabatnya, hal ini amatlah dipentingkan, dan kerana kepentingan perkara inilah maka untuk mengepalai angkatan tentera, Nabi Muhammad s.a.w. memilih seorang panglima yang termasyhur dengan gagah beraninya iaitu Khalid ibn Al-Walid. Pada zaman Khalifah yang pertama, Abu Bakar Al-Siddiq, urusan amanah Baitul Mal diserahkan kepada seorang yang terkenal dengan amanahnya iaitu Abu ‘Ubaidah ibn Al-Jarrah, dan pada zaman Umar ibn Al-Khattab, khalifah yang kedua, tugas ini diserahkan kepada Ali ibn Abi Talib, dan dalam melaksanakan proses ini, tidak pemah timbul masalah pilih kasih atau diskriminasi dalam memilih pemimpin kerana dengan berpegang kepada dasar ini Rasulullah s.a. w. dan para sahabatnya tidak terpengaruh dalam pemilihan mereka dengan dasar ikatan keluarga, sahabat dan sebagainya. Pemilihan itu dilakukan dengan adil berasaskan kepada kelayakan dan sifat-sifat kepimpinan yang ada pada seseorang calon itu.

Rasulullah s.a.w. pemah menolak permohonan seorang pemohon untuk memegang satu jawatan pada zamannya kerana jawatan itu tidak sesuai dengan pemohonnya. Abu Musa pemah menceritakan, “Saya bersama-sama dengan dua orang sepupu saya masuk berjumpa Nabi s.a.w. maka seorang daripada mereka berkata: “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemerintah bagi sebahagian pemerintahan yang dikumiakan Allah bagimu, ” dan yang seorang lagi pun kemudiannya mengucapkan kata-kata yang sama juga kepada Nabi, lalu Nabi pun menjawab, “Sesungguhnya aku demi Allah tidak dapat memberikan tugas itu bagi sesiapa yang memintanya atau sesiapa yang menghendakinya”. Cerita ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu jawatan itu tidak seharusnya diberikan kepada seseorang berdasarkan kepada permohonan dan minat sahaja, tetapi lebih jauh dari itu kelayakan dan kesesuaian kerja dengan pemohonnya adalah penting.

Para pemimpin dalam Islam bukanlah terdiri dari orang-orang yang hanya dilantik mengikut kehendak sebahagian orang-orang yang berkuasa semata-mata, tetapi pemimpin itu juga haruslah terdiri dari calon-calon yang disukai oleh orang ramai dan ia sendiri sentiasa berdampingan dengan orang ramai, mencampuri segala ‘kegiatan masyarakatnya dan sama-sama bekerja dengan orang-orang yang dipimpinnya dalam semua keadaan. Rasulullah ketika memimpin ummah di dalam aman dan perang telah menunjukkan contoh pimpinan yang benar-benar bercorak keIslaman, iaitu ketika beliau turut bersama-sama orang ramai menggali parit di sekeliling kota Madinah ketika menghadapi peperangan Khandaq dan turut bekerja membina masjid di Quba’ ketika beliau sampai ke tempat tersebut pada masa beliau berhijrah dari Mekah. Allah mengisyaratkan hal ini dalam firmanNYa yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, berat baginya apa yang kamu susahkan, ia sangat inginkan kebaikan bagi kamu. la pengasih, penyayang kepada orang-orang mukmin”. (Al-Quran: 9-21)

Para pemimpin dan pentadbir juga sentiasa diingatkan oleh Allah supaya melaksanakan sendiri segala apa yang diperintahkan kepada orang lain. Allah berfirman yang bermaksud:

“Apakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan, pada hal kamu lupakan dirimu (sendiri)? ” (Al-Baqarah: 44)

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan, besar kemurkaan di sisi Allah kerana kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan”. (Ash-Shaff: 2:3)

Dan di samping menjadi contoh yang baik untuk orang lain pemimpin juga mestilah bertanggungjawab, mementingkan muslihat umum, berakhlak tinggi, sabar, pandai merancang dan melaksanakan tugas dan lain-lain lagi.

Dalam memilih tenaga manusia untuk sesuatu tugas yang tertentu, Islam mementingkan kebajikan kedua-dua belah pihak, iaitu yang melantik dan dilantik, atau majikan dan pekerja, juga menjaga perhubungan kemanusiaan yang baik supaya segala kerja dapat dilaksanakan dengan licin dan jaya. Seperti yang telah disebutkan di atas, pemimpin Ummah Nabi Muhammad s.a. w. dan para sahabatnya amat berhati-hati ketika memilih calon-calon yang sesuai untuk tugas-tugas yang tertentu, maka demikian jugalah dalam menentukan bayaran upah dan ganjaran kepada para pekerja.

Rasulullah s.a. w. sendiri menetapkan kadar upah yang bersesuaian dengan berat ringannya sesuatu tugas yang dikerjakan oleh seorang pekerja pada zamannya. Beliau berpegang kepada dasar bahawa upah adalah mengikut kadar kerja iaitu dasar yang diambilnya dari dasar umum yang ditegaskan oleh Allah yang bermaksud:

“Dan bagi setiap orang beberapa darjat daripada apa yang mereka kerjakan, dan tidaklah Tuhanmu itu lalai dari apa yang mereka kerjakan”. (Al-An’aam: 32)

“Dan janganlah kamu kurangkan (daripada) manusia akan hak-hak mereka”. (Al-A’ruuf: 85)

Ketentuan kadar upah ini juga hendaklah dibuat sebelum seorang itu memulakan kerjanya dan bayarannya mestilah disegerakan setelah selesai kerja tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengupah seorang pekerja, maka hendaklah ditentukan upahnya”.

dan Nabi bersabda yang bermaksud:

“Berilah upah seorang pekerja itu sebelum kering peluhnya”.

Bagi pihak pekerja pula dalam menjalankan tugas yang diserahkan kepadanya, ia haruslah menunaikannya dengan penuh tanggungjawab, kerana tugas yang diberikan kepadanya itu adalah merupakan satu amanah yang semestinya dikerjakan dengan baik dan penuh tanggungjawab, kerana ia akan disoal oleh Allah tentang amanahnya ini. Dasar umum dalam hal ini adalah terkandung dalam firman Allah yang bermaksud:

“Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar atom (sekalipun) Ia melihatnya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar atom (sekalipun) Ia melihatnya”. (AI-Zalzalah: 78)

“Barangsiapa mengerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka tidaklah dibalas melainkan sebanyak (kejahatannya itu, dan mereka tidak akan dianiaya)”. (Al-An’aam: 160)

Islam dalam mewujudkan ikatan perhubungan manusia yang baik sentiasa menekankan dasar persaudaraan sesama mereka. Perhubungan manusia dalam Islam adalah perhubungan yang berasaskan kepada kerjasama, keadilan dan kejujuran. Islam sentiasa menyeru manusia kepada kebajikan, bertimbang rasa, sabar dan sifat-sifat lain yang menjamin perhubungan baik di antara anggota-anggota masyarakat untuk sama-sama bekerja dengan ikhlas dan tekun bagi kebahagiaan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau membuat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka orang­orang yang membuat kerosakan”. (Al-Qasyash: 77)

FENOMENA FIQH DI MALAYSIA

FENOMENA FIQH DI MALAYSIA

Datuk Dr. Abdul Monir Bin Yaacob

“Fiqh sebagai ilmu adalah membahas perbuatan orang yang mukallaf berkaitan dengan hukum syarak yang telah ditetapkan keatasnya untuk di tunaikan. Hukum syarak itu meliputi aspek ibadat, munakahat, muamalat, jenayat, wasiat, wakaf dan sebagainya.

Fiqh berkembang mengikut sesuatu tuntutan keadaan zaman dan tempat yang menerima perubahan. Justeru itu sifatnya tidak beku atau statik, bahkan mampu memenuhi tuntutan perkembangan dan kemajuan semasa yang berlaku pada diri manusia. Jelas fiqh mempunyai ciri-ciri fleksibiliti dan akomdetif.

Ciri-ciri tersebut terbukti berlaku sejak peringkat awal perkembangan fiqh melalui ijtihad. Metodologi ijtihad boleh diambil dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud apabila baginda hendak menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai gavenor. Hadis tersebut mengatakan yang bermaksud:

” Rasulullah s.a. w telah bertanya kepada Muas “Bagaimana kamu menghukum jika dihadapkan kepada kamu sesuatu masalah? Muaz menjawab “Saya akan menghukum mengikut Kitab Allah. Baginda bertanya lagi, ”jika kamu tidak menemuinya di dalam Kitab Allah ?” Muaz menjawab lagi “Saya akan menghukum dengan sunnah Rasulullah. Baginda bertanya lagi, ”jika engkau tidak menemuinya di dalam Kitab Allah dan sunnah Rasulullah”. Muiz menjawab, “Saya akan berijtihad”.

Metod yang sama telah dilakukan oleh saiyidina Umar, apabila beliau melantik Syuraih sebagai hakim. Diantaranya berbunyi “Menghukumlah berdasarkan kepada apa yang nyata kepadamu dari hukum-hukum yang pernah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Andainya engkau tidak mengetahui tentang hukum-hukum dari Rasulullah s.a.w. yang boleh menulongmu, hukumkanlah berdasarkan mana yang nyata kepadamu dari hukum-hukum yang pernah disebutkan oleh para Imam yang berijtihad. Andainya engkau tidak mengetahuinya maka berijtihadlah dan bermesyuaratlah dengan orang yang soleh dan berpengetahuan.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila ditanya mengenal suatu masalah oleh Iyad bin Abdullah, Hakim di Mesir, Umar menjawab, “Aku tidak menemuinya sesuatu yang boleh dijadikan pegangan dalam perkara ini. Aku serahkan saja kepada kamu. Engkau berijtihadlah mengenainya.”

Contoh-contoh yang diketangahkan secara kukuh memberi ruang kepada perkembangan fiqh dan ianya perlu dilakukan oleh ulama yang berwibawa. Setiap peringkat zaman semestinya ada ulama yang berkemampuan untuk memperkembangkan fiqh. Bahkan adalah menjadi tanggungjawab mereka memperjelas dan mentafsirkan sesuatu hukum apabila timbul atau diminta.

Dalam zaman kegemilangan perkembangan ilmu fiqh di negara Islam terdapat di kalangan khalifah yang turut serta dalam majlis ilmu. Pada peringkat ini ulama telah memainkan peranan yang amat berkesan dalam memperkembangan ilmu fiqh. Telah muncul tokoh fiqh yang tidak asing lagi kepada kita seperti Imam Malik. Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan Imam Ahmad. Bahkah ramai lagi tokoh-tokoh fiqh yang timbul selepas mereka. Mereka telah berjaya menyempurnakan tanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat. Peranan mereka tidak dipertikaikan oleh pemerintah dan umat Islam.

Setelah kejatuhan kota Baqhdad di tangan Hulagu Khan perkembangan hukum fiqh di ketika telah tidak begitu menggalakkan. Ulama telah mulai mengikat aliran pemikiran tokoh-tokoh mazhab, mereka terikat dengan faham sesuatu mazhab. Ulama mulai membataskan perkembangan ilmu fiqh mengikut keadah-keadah tertentu atau memilih aliran tertentu dalam hukum fiqh.

Justeru kerana itu tidak hairanlah kitab-kitab fiqh yang sampai kepada kita pada hari ini, termasuk yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi dan yang dimuatkan diperpustakaan adalah kitab-kitab fiqh yang dihuraikan mengikut mazhab tertentu. Bagaimanapun tidak pula dapat menyangkal tentang adanya kitab-kitab fiqh yang mengumpulkan pendapat­pendapat ulama fiqh. Akan tetapi pada keseluruhannya adalah bersifat konserverif dan tidak kontemporary.

Pada umumnya isi kandungan kitab tersebut masih didomenasi oleh pandangan ulama dahulu. Amat sedikit di terangkan pembaharuan atau tajdid yang berlaku dalam fiqh. Sedangkan terdapat di kalangan ulama Islam yang membuat pembaharuan atau tajdid dalam hukum fiqh. Tajdid yang berlaku dalam hukum fiqh patut diketengahkan dan disebarkan supaya diperolehi dan diikuti. Dengan demikian pertuduhan yang menyatakan ulama itu jumud dapat dijawab.

Kalau sekiranya pendapat ulama dahulu boleh dibuku dan disebarkan kepada umum, mengapa perkembangan terbaru dalam fiqh hanya tinggal dalam bentuk fatwa yang terhad edarannya bahkan ada yang tidak didokumentasikan dan kekal dalam bentuk manuskrip. Keadaan begini perlu diatasi segera.

Pemerintah boleh menaikan peranan dalam memperkembangkan fiqh secara sistematik. Ini dapat dilihat dari tindakan yang dibuat oleh pemerintah Islam di India pada suatu ketika dan pemerintah Kerajaan Islam Osmaniyah di Turkey.

Dalam kurun ke-17M (lIH) Awrangreb (1618-1706), salah seorang sultan yang memerintah India, telah memerintah supaya membuat koleksi fatwa-fatwa. Beliau telah membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada ulama yang terkenal yang diketuai oleh Shaikh Nizam. Jawatankuasa ini telah berjaya melahirkan buku yang dikenali sebagai “al­Fatawa al-Hindiyah” yang mengandungi enam siri. Al-Fatawa ini masih dianggap sebagai satu sumbangan yang besar terhadap ilmu fiqh mazhab Hanafi. Kitab ini .sampai kepada kita kerana ianya dicetak dan diedarkan.

Pemerintah Kerajaan Osmaniyah Turkey telah mengadakan satu “Civil Code”. Dengan itu satu Jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh orang ulama telah ditubuhkan. J awatankuasa ini dipengerusikan oleh Ahmad J awdat Pasha, Pengarah Biro Perundangan. Kod ini di antara lain bertujuan untuk memuatkan pendapat-pendapat fuqaha berhubung dengan bidang Undang-undang Sivil.

Kerja untuk mengkodifikasikan Undang-Undang Sivil ini bermula dalam tahun 1869M dan siap dalam tahun 1876M. Kod ini telah diberi nama Majelle al-Ahkam al-Adliyah. Majelle ini diambil secara keseluruhannya dari buku Zahir al-Riwayah, tetapi disusun dengan cara penulisan Undang-undang moden yang mengandungi sebanyak 1,851 perkara. Kandungan buku ini adalah diasaskan kepada mazhab Hanafi. Apabila negara Turkey yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk, beliau telah mengenepikan Mejelle ini, yang merupakan satu-satunya Undang­undang Islam yang dikodifikasi dengan menggantikan dengan Undang­undang Sivil Switzerland (Swiss Civil Code). Ini berlaku dalam tahun 1927. Mengikut kajian yang dilulis oleh seorang peguam bernama Subhi Mahmassani, kitab Mejalla telah mempengaruhi kedudukan fiqh di beberapa buah negara Arab. Bahkan negeri Johor pada satu ketika telah menjadikan Mejallah sebagai buku undang-undang yang dipakai di mahkamah di negeri Johor. Sayangnya masyarakat Turkey sendiri tidak memandang tinggi akan kitab ini.

Kedudukan Institusi kadi dan mufti sebagai pihak yang berwibawa dalam menghuraikan dan memberi tafsiran mengenai sesuatu isu atau masalah telah diberi peng iktiraf sejak dahulu lagi. Sehinggakan sebahagian daripada kandongan Teks “Hukum Kanun Melaka” memuatkan hukum fiqh. Sudah tentu ia tidak akan dimuatkan jika ketika itu ulama atau kadi tidak diberi pengiktirafan. Apabila datang penjajah, walaupun kedudukan mereka diiktiraf, peranan mereka disempitkan.

Pada zaman penjajah hukum syarak telah mulai dikembangkan oleh mahkamah oleh hakim-hakim yang bukan Islam. Dalam keadaan tertentu sahaja kadi atau mufti dipanggil untuk memberi keterangan tentang kedudukan hukum syarak. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Mahkamah Sivil masih ada bidangkuasa dalam memperjelaskan kedudukan sesuatu kes yang mengenai hukum syarak. Bagaimanapun dengan perubahan yang berlaku, kedudukan kadi dan mufti jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman penjajah. Kedudukan mereka telah diberi pengiktirafan undang-undang. Kadi diberi kuasa untuk menghukum dan memperkembangkan hukum syarak dan mufti pula telah diberi kuasa untuk memperjelas dan memberi fatwa dalam sesuatu mengenai hukum syarak.

Pada hari ini hukum fiqh di negara ini telah diperkembangkan melalui cara-cara yang formal dan tidak formal. Terdapat beberapa institusi seperti Mahkamah Syariah dan mufti yang diberikan tanggujawab untuk .memperjelaskan dan mengtafsirkan hukum syarak. Begitu juga terdapat beberapa Lembaga Syariah yang ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Syariah Bank Islam, Lembaga Syariah Bank Rakyat, Lembaga Syariah MNI Takaful dan sebagainya. Lembaga­lembaga Syariah ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak yang dihadapi oleh institusi tersebut. Bagaimanapun pandangan Lembaga Syariah berkenaan tentang hukum syarak tidak disebarkan kepada umum.

Diperingkat kebangsaan terdapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Teknikal undang-undang syarak dan sivil. Jawatankuasa Teknikal ini telah memainkan peranan yang besar dalam memperkembangkan dan menderaf hukum syarak dalam bentuk perundangan moden untuk digunakan oleh mahkamah syariah. Jawatankuasa ini ditempatkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri. Telah banyak deraf undang-undang yang diadakan dan diantaranya telah dijadikan undang-undang.

Forum yang biasa digunakan dalam menangani isu-isu semasa adalah Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan melalui muzakarah mufti-mufti. Mufti dalam muzakarah ini akan memberi padangan masing-masing. Apabila mendapat persetujuan, pandangan tersebut dideraf untuk diterima oleh mufti negeri sebagai fatwa yang sah dan mengikat. Adalah keterlaluan jika kita katakan mereka ini tidak peka dan tidak berwibawa dalam mengatasi isu semasa. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan bijaksana. Kita tidak perlu kepada ulama yang agresif dalam memberikan fatwa tentang sesuatu isu. Dalam menangani isu yang boleh menimbulkan kontrovesi dan menyentuh malahat awam patutlah dibincangka secara lebih teliti dan sistematik.

Perkembangan fiqh di negara ini perlu kepada pendekatan yang baru, sama ada dari segi penyelidikan, penerbitan, penulisan dan terjemahan serta penyatuan fikiran. Telah sampai masanya negara kita mempunyai sebuah akademi fiqh. Supaya dengan tertubuhnya akademi itu akan dapat memperkembangkan fiqh dengan lebih denamik, efektif, sistematik dan meyeluruh dalam bidang-bidang yang disebutkan. Dengan demikian akan dapat memberi imej baru kepada ulama di negara ini.

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN IMAN

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN IMAN

Datuk Dr. Abdul Monir Bin Yaacob

Islam boleh dihuraikan dari beberapa sudut. Bagi golongan intelektual mereka mengambil pendekatan Islam sebagai suatu cara hidup. Slogan Islam melahirkan “quranic ummah”.

Bagi golongan konservatif mereka memperkenalkan Islam sebagai tuntutan “rukun” yang perlu disempurnakan oleh setiap individu. Rukun tersebut diperjelaskan dalam tuntutan rukun Islam yang lebih bersifat ibadat yang dilakukan oleh individu.

Islam sebagai ajaran yang syumul mencakupi tiga asas utama iaitu akidah, syariah dan akhlak. Akidah berteraskan tauhid. Ia menyentuh kepercayaan yang diikuti dengan tindakan. Kepercayaan dalam diam sahaja tidak cukup, atau pengakuan sahaja juga tidak memadai selagi tidak dilaksanakan dalam bentuk tingkah laku atau amalan.

Masyarakat Islam terdapat di mana-mana sahaja, samada di barat atau di timur. Negeri Cina pada suatu ketika dahulu kita anggap sebagai musuh kerana pegangan ideologi Komunis telah diberi pengiktirafan. Di negeri Cina juga terdapat masyarakat Islam. Bahkan keislaman mereka lebih awal dari kita di rantau ini. Kita mendengar dari sejarah Melaka, seorang panglima dari negeri Cina yang beragama Islam singgah di Melaka. Bahkan catatan sejarah menyatakan Islam telah sampai ke negeri Cina sejak pemerintahan Khalifah Othman lagi. Dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyah beberapa perutusan telah dihantar ke negeri tersebut. Kesan-kesan sejarah yang terdapat di negeri Cina telah membuka keinginan kita untuk melawat negeri tersebut.

Islam jika dilihat dari segi pakaiannya tentu berbeda. Pakaian lebih mencerminkan kebudayaan sesuatu bangsa. Sudah pasti pakaian untuk bangsa Arab tidak sama dengan pakaian kebangsaan Melayu atau Cina atau Inggeris. Sebenarnya Islam itu melewati “batas-batas daerah dunia”. Sebenarnya Islam tidak boleh dilihat dari luaran sahaja. Kesatuan dan keseragaman terdapat dalam diri Muslim kerana Islam berpusat kepada akidah, syariah dan akhlak yang sama.

Aspek dalaman yang akan dibicarakan adalah mengenal keimanan. Keislaman seseorang boleh diukur dan dinilai dari tindakannya. Tindakan seseorang Muslim akan dipandu oleh imannya. Dalam hadis ada menyatakan tidak sempurna iman seseorang sehingga dia tidak mengasihi saudaranya apa yang dia suka pada dirinya:

Dalam konteks yang lebih luas kesempurnaan iman perlu dilihat dalam diri seseorang. Di antara ciri-ciri kesempurnaan iman terdapat dalam surah al-Hujarat ayat 15 yang menyatakan bahawa orang-orang yang beriman adalah mereka yang beriman dengan Allah dan rasulNya kemudian itu mereka tidak ragu-ragu dan berjihad dengan harta benda dan nyawa pada jalan Allah.

Terjemahan ayat di atas menggariskan tiga ciri utama kesempurnaan iman iaitu hati orang yang beriman itu tidak ada keraguan tentang ajaran Islam. Berjihad dengan harta dan jiwa/nyawa.

Contoh Muslim yang mempunyai ciri-ciri tersebut terdapat pada generasi permulaan Islam. Mereka percaya kepada Islam tanpa ragu-ragu. Menerima Islam sepenuh hati. Mereka patuh dan menyerah sepenuhnya kepada tuntutan Islam, serta lapang dada apabila diberi keputusan tentang sesuatu perkara. Mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman dan harta benda kerana Islam. Mereka menggunakan kekayaan untuk menegakkan Islam. Mereka gugur syahid mempertahankan Islam. Mereka adalah teladan sebagai “quranic ummah”.

Untuk melahirkan quranic ummah kita perlu mencontohi perjuangan mereka yang terdahulu yang mempunyai ciri-ciri unggul. Mari kita meninjau diri kita sendiri di mana berada sekarang.

Umat Islam percaya kepada ajaran Islam, namuun masih terdapat golongan masyarakat Islam yang ragu-ragu tentang Islam sebagai sistem yang lengkap.

Dalam Islam terdapat sistem muamalah, seperti sistem Kewangan, Perbankan, Takaful dan Rehan. Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang ragu­ragu tentang ketelusan sistem-sistem tersebut. Bahkan/ di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam masih belum memperkenalkan sistem muamalah Islam. Sepatutnya sistem ini diperkenal dan diperkembangkan dengan lebih berkesan, seperti yang berlaku di Malaysia.

Masyarakat Islam di negara ini sepatutnya merubah pandangan serta peka kepada perubahan yang berlaku. Perubahan yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Suatu pilihan ke arah yang lebih baik dari segi komitmen kepada tuntutan Islam.

Sungguhpun negara Islam masih dikaitkan dengan kemiskinan dan buta huruf yang tinggi, ia adalah sebahagian dari realiti. Tidak dinafikan ada negara Islam yang kaya dan maju. Imej positif perlu diketengahkan dan memerangi imej negatif yang ditonjolkan oleh media barat. Ini boleh dilakukan dengan perubahan sikap dan nilai di kalangan umat Islam serta dilakukan dalam bentuk tindakan.

Keimanan dalam erti kata yang luas mencukupi usaha manusia supaya memakmurkan bumi. Ini dapat dikaitkan dengan firman Allah dalam surah Hud ayat 60 yang menyatakan bahawa tiada Tuhan’ kecuali Allah. Dia menciptakan manusia dan menyuruh memakmurkan bumi ini.

Iman dan amal digabungkan dalam diri orang Islam. Beriman sahaja tanpa berusaha untuk maju membangunkan dunia ini adalah ibarat langit tanpa hujan. Ajaran Islam menyuruh umatnya berusaha. Tanpa usaha pembangunan tidak tercapai. Beribadat sahaja tanpa amal, dengan mengharapkan belas kasihan orang lain ditolak oleh Islam. Islam menyuruh kita berusaha. Kita tidak boleh maju jika sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Hadis nabi ada menyatakan, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Hari ini negara pesat membangun. Hasil dari pembangunan telah melahirkan golongan manusia yang berada dari golongan korporat yang kaya. Dahulu kita tidak mendengar orang Melayu jadi jutawan. Keadaan telah berubah. Jutawan Melayu telah meningkat bilangannya. Mereka telah berada dalam kelompok korporat yang berjaya setanding dengan kaum lain. Kita patut berbangga dengan mereka kerana telah menaikkan maruah bangsa.

Islam menuntut orang Islam berjihad dengan harta benda. Hari ini ingatan telah diberikan kepada golongan hartawan ml supaya melaksanakan “tanggungjawab sosial”. Dalam satu kata lain supaya berjihad dengan harta kekayaan yang telah mereka perolehi hasil dari peluang yang disediakan oleh pemerintah. Kekayaan perlu diagihkan terutama kepada golongan yang memerlukannya.

Secara minimum, Islam mewajibkan zakat. Paling tidak zakat fitrah. Bagi setengah golongan mereka telah menyempurnakan zakat perniagaan dan zakat pertanian. Ini adalah sumbangan wajib. Bagaimana dengan sumbangan yang lebih bersifat tanggungjawab sosial. Mereka yang telah berjaya patut berkongsi tanggungjawab dengan pemerintah dalam menunaikan tanggungjawab sosial seperti dalam bidang pendidikan, dengan mengadakan Yayasan-yayasan. Perkara sedemikian berlaku di barat. Bahkan Yayasan seperti ini telah memberi tenaga kepada Institusi Pengajian Tinggi untuk lebih produktif dan inovatif. Islam menggalakkan amalan sedemikian. Ini adalah sebahagian jihad harta yang dituntut oleh Islam.

Dalam menuju wawasan 2020 masyarakat Islam perlu mempunyai VISI tersendiri yang di asaskan kepada tauhid. Kekuatan Tauhid akan dapat mempengaruhi sikap dan tindakan individu ke arah kebaikan. Kemantapan iman akan menjamin pembangunan yang seimbang kerana ia dilakukan oleh individu yang seimbang.

ISLAM DAN MOTIVASI ILMU

ISLAM DAN MOTIVASI ILMU

Encik Khairul Azhar Bin Idris 01/01/1996

Masyarakat Islam sememangnya telah mengetahui bahawa agama Islam yang mereka anuti adalah agama yang memandu mereka ke jalan yang lurus dan diberkati Tuhan. Ajarannya yang meliputi segala aspek kehidupan manusia sebenarnya mengandungi panduan yang amat lengkap dan melangkaui zaman. Atas dasar ini, segala aspek ajaran Islam telah diakui relevan dan sesuai pada setiap masa. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah tahap keupayaan dan kemampuan setiap individu muslim itu untuk mengaplikasikan segala ajarannya secara lebih praktikal lagi bagi menonjolkan ciri-ciri kesesuaiannya agar lebih releven dengan suasana semasa berlandaskan kepada. prinsip-prinsip Islam atau tidak mengabaikan sama sekali cm-cm kerohanian dan keagamaan yang terkandung di dalam ajarannya.

Begitu juga perkara asas atau prinsip yang perlu ditekankan apabila membicarakan tentang konsep ilmu pengetahuan dan kepakaran sama ada ilmu yang berkaitan dengan kehidupan akhirat, mahupun ilmu yang membicarakan tentang urusan dan perihal keduniaan. Dalam al Quran sendiri telah termaktub beberapa ayat yang mendorong meningkatkan daya motivasi setiap individu yang mukallaf itu untuk berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan dan kepakaran, begitu juga saranan-saranan yang terdapat di dalam hadis-hadis Baginda RasululLah (s.a.w). Allah berfirman dalam surah al Mujadalah ayat 11, bermaksud

‘ … sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dab berilmu di kalangan kamu kepada beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. .. ‘. Firman-

Nya lagi dalam surah ar Rahman ayat 33 bermaksud

‘. wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, tetapi kamu tidak akan dapat melintasinya melainkan dengan kekuatan .. ‘.

Daripada firman Allah ini, kekuatan yang diberikan kepada umat manusia itu dapat digunakan bagi menjelajah segala penjuru alam dan buat ketika ini, hanya dengan kekuatan ilmu dan kepakaran sahaja yang dapat memungkinkannya.

Peranan ilmu dan pengetahuan dalam kehidupan umat Islam adalah amat besar sekali. Malah perkara yang mula-mula sekali diajarkan oleh Allah kepada seluruh keturunan Bani Adam adalah ilmu di mana Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam beberapa ilmu dan pengetahuan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain kepada beberapa darjat yang mulia. Sesungguhnya Allah amat memulia dan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu itu ke martabat yang sangat tinggi.

Memandangkan ajaran Islam amat mengutamakan ketinggian ilmu, maka sudah semestinyalah umat Islam itu berlumba-lumba untuk cemerlang dalam semua bidang ilmu dan kepakaran. Namun realitinya, majoriti umat dan negara Islam kini amat ketinggalan sekali dalam kecemerlangan dan kepakaran ilmu berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Mereka tidak terserlah dari segi sumbangan terhadap pembangunan ilmu dan peningkatan kepakaran. Ini menggambarkan seolah-olah mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk menguasai ilmu pengetahuan serta membayangkan bahawa mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap ilmu. Hakikatnya, mereka masih lagi tenggelam dalam dunia kemiskinan, keruntuhan akhlak, peperangan saudara, penyakit yang melanda dan sebagainya. Kemungkinan besar, faktor-faktor tersebut adalah penghalang kepada penguasaan mereka terhadap ilmu, tetapi sampai bila ?

Ilmu dan pengetahuan walau apapun jenisnya adalah sangat penting dan berguna sekiranya ia dapat memandu manusia ke arah kebaikan dan memberi sumbangan yang baik dalam kehidupan mereka. Apa yang lebih penting adalah setiap individu muslim menanam rasa keinginan yang mendalam untuk menguasai ilmu khususnya dalam bidang-bidang yang dijangka kritikal agar setanding dengan bangsa lain yeng labih maju serta akan dihormati oleh mereka.

Dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi, mereka akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan sebagainya, lantas akan dapat mengukuhkan kedudukan masyarakat Islam dalam bidang pendidikan dan perekonomian. Masyarakat Islam yang berilmu akan dihormati oleh bangsa lain dan dipandang mulia sementara khazanah intelek mereka akan menjadi sumber rujukan oleh pelbagai peringkat generasi.

Contoh yang pernah terjadi jelas membuktikan bahawa pada zaman Nahdhah Islam dahulu, umat Islam merupakan umat yang terkehadapan dan maju dalam bidang ilmu, bukan sahaja ilmu keagamaan, tetapi juga maju dalam bidang-bidang kepakaran bagi urusan keduniaan khususnya dalam penghasilan dan penggunaan teknologi. Sejarah telah mencatatkan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang telah mengangkat martabat mereka sebagai satu umat yang berilmu dan bertamaddun tinggi. Umat Islam boleh menjadikan kemunculan tokoh-tokoh Islam masa itu seperti Imam as Syafi’i, Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hanbali, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al Razi,. al Farabi, al Khawarizmi, al Kindi, al Biruni dan lain-lain sebagai contoh.

Keagungan mereka terserlah bukan sahaja di dalam ilmu keagamaan seperti Fekah, Usuluddin, Syariah dan sebagainya yang merupakan pengetahuan asas yang perlu ada bagi seorang Islam, tetapi juga pakar dalam ilmu-ilmu saintifik dan teknikal. Contohnya seperti Ibnu Sina dan al Razi di dalam bidang sains perubatan, Ibnu Khaldun di bidang kajian saintifik sosial, al Khawarizmi dalam bidang teknologi perubatan dan lain-lain. Sementara itu, Abu Raihan Muhammad Ibn Ahmad al Biruni pula mahir dalam bidang matematik, geometri, trigonometri, astronomi dan fizik.

Mereka semua mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam menguasai ilmu lantas menjadikan khazanah intelek mereka kekal sehingga ke hari ini Di samping itu, mereka juga mendalami semua ilmu yang bersangkutan dengan keagamaan yang menjadikan mereka masyhur dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab seperti Mantik dan Balaghah, Syariah dan Fekah, Usuluddin dan sebagainya. Mereka ini adalah ulamak dan pada masa yang sama juga mereka adalah saintis. Golongan seperti inilah yang sebenarnya amat diperlukan dalam masyarakat Islam kini dan hakikatnya, pandangan yang positif terhadap ilmu dan keinginan yang kuat untuk maju serta mengambil segala ajaran al Quran dan as Sunnah secara keseluruhan sahaja yang memungkinkan semua ini.

Tetapi kini keadaan yang sebaliknya berlaku Umat Islam jauh ketinggalan di belakang. Apa yang jelas, konsep ilmu kini menjadi sempit Permasalahan ini telah menjadikan pengertian ulamak dan ilmu seakan terpisah-pisah. Ulamak kini hanya dikenali sebagai mereka yang tertumpu di bidang keagamaan semata-mata serta seolah-olah memisahkan diri daripada ilmu­ilmu moden yang disifatkan sebagai keduniaan semata-mata. Walau apapun, umat Islam perlu mendapatkan kembali hak dan khazanah mereka itu Mereka hendaklah berusaha gigih bagi mendapatkannya kembali dengan menjadikan sejarah keagungan masa lampau bukan hanya sebagai slogan, tetapi sebagai sumber motivasi dan inspirasi untuk kembali menguasai ilmu pengetahuan serta setanding dengan kemajuan bangsa-bangsa lain.

Seterusnya, setiap individu muslim hendaklah menanamkan keinginan yang kuat terhadap ilmu serta berusaha bersungguh-sungguh bagi menguasai ilmu lebih-lebih lagi dalam bidang yang dijangka kritikal seperti Sains dan Teknikal Perkara ini tidak akan terlaksana sekiranya mereka mempunyai persepsi yang negatif terhadap ilmu Mereka hendaklah melihat tradisi menuntut dan memperkembangkan ilmu sebagai satu pelaburan murni untuk kemajuan ekonomi dan taraf kehidupan mereka untuk masa hadapan Malah, kecemerlangan ilmu pula hendaklah dilihat berdasarkan kepada keupayaan mereka untuk mengintegrasi atau menseimbangkan secara praktikal antara ilmu yang bersangkutan dengan unsur-unsur nilai dan moral dengan ilmu keduniaan. Sebagai seorang individu muslim, sudah tentu perkara penting dalam kehidupannya ialah menurut segala ajaran Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di samping itu, adalah menjadi kewajipannya juga untuk mendidik bukan sahaja dirinya, tetapi juga seluruh masyarakat di sekelilingnya supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama juga bersungguh-sungguh mengelak dan membanteras kemungkaran. Inilah prinsip utama yang perlu ada dalam setiap diri individu muslim sebagaimana firman Allah dalam surah at Tahrim, ayat 6, yang bermaksud

‘ … wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakatnya adalah manusia dan batu … ‘.

Begitu juga firman-Nya dalam surah Ali Imran, ayat 104, bermaksud

‘ … dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. .. ‘

Ringkasnya, walau apapun usaha yang dijalankan dalam kehidupan ini, seseoramg individu muslim yang baik itu akan mengutamakan segala prinsip ajaran Islam dan sentiasa berpandangan jauh serta berfikiran terbuka dalam mencari formula bagi menepati kesesuaian zaman dengan tidak membelakangkan aspek-aspek aqidah tauhid dan kemanusiaan. lnilah tujuan, konsep dan falsafah ilmu yang sebenarnya.

Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang bermaksud

‘sekiranya kamu inginkan dunia, hendaklah kamu berilmu, sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah kamu berilmu; danjika kamu inginkan kedua-duanya, hendaklah kamu berilmu … ‘.

Daripada hadis ini, jelaslah membayangkan kepada umat Islam bahawa dengan ilmu, mereka akan berjaya di dunia dan akhirat. Di samping itu, mereka hendaklah sentiasa memelihara kesucian dan ketinggian nilai ilmu itu kerana ketokohan seseorang yang berilmu bukan sahaja dinilai dari kepakaran yang dimiliki, tetapi juga keupayaannya memelihara adab-adab keilmuan yang berkait rapat dengan nilai, etika dan akhlak.

SEMANGAT KEMERDEKAAN DAN NILAI-NILAI MURNI

SEMANGAT KEMERDEKAAN DAN NILAI-NILAI MURNI

Dato’ Dr Ismail Haji Ibrahim 01/09/1995

Buku cenderamata Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 menekankan falsafah pembangunan Putrajaya berdasarkan hubungan tiga hala antara manusia dengan Penciptanya, antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan. alam sekitar. Dr. Ponlos Mar Gregorios Presiden The Inter-Religious Federation for World Peace (Persekutuan Antara Agama Untuk Keamanan Sejagat) dalam kata-kata aluan ketika melancarkan Kongres Realizing the Ideal : The Responsibility of the World Religions yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada 20 – 27 Ogos 1995 bertanya ” .. Adakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kebanyakan anggotanya berfalsafahkan sekularisme akan berjaya memimpin kita mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan individu, kehidupan keluarga, masyarakat dan alam sekitar yang bersih?

Dua kenyataan di atas yang datangnya dari sumber yang berbeza, dari dua daerah yang berasingan pula, jelas menunjukkan kesatuan pemikiran tentang keperluan manusia kepada falsafah pembangunan yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai sumber inspirasi dan ajaran murni untuk kesejahteraan dan kecemerlangan manusia di dunia ini.

Bertolak dari falsafah ini, manusia sejagat pada hari ini haruslah meletakkan falsafah ketuhanan sebagai asas pembangunan individu, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Nilai-nilai murni kehidupan yang dibawa oleh agama yang merupakan nilai-nilai sejagat untuk kesejahteraan umat manusia haruslah mendominasi kehidupan manusia seluruhnya.

Tema sambutan perayaan kemerdekaan Malaysia tahun ini yang tertumpu kepada Jatidiri juga merupakan satu tema yang mempunyai gambaran pembanguan mental dan fizikal mantap rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran hebat menjelang abad ke 21. Kelemahan daya tahan bangsa, keruntuhan nilai-nilai murni warisan agama dan bangsa, kemelut politik wang, wabak rasuah di semua sektor yang amat berleluasa, kegelojohan dan persaingan kotor syarikat dan individu untuk mendapatkan kemewahan material bagi kepentingan diri dan sebagainya merupakan gejala-gejala negatif yang mencabar dan meruntuhkan warisan dan nilai-nilai murni hidup cemerlang.

Pengalaman selama lima hari di Seoul semasa menghadiri Kongres yang tersebut di atas dalam musim tengkujuh mengajar saya apa ertinya penghayatan nilai-nilai murni sejagat dari sudut positifnya. Orang-orang Korea termasuk jurujual di gedung-gedung besar tidak pandai berbahasa lnggeris. Pemandu teksi tidak berbahasa lnggeris, pemandu bas tidak berbahasa lnggeris. Tetapi hakikat ini tidak menjadi penghalang untuk mereka menghayati nilai-nilai murni kemanusiaan ketika berurusan dengan orang-orang luar yang tidak menguasai bahasa Korea.

Warisan budaya timur mengajar mereka menjadi manusia yang sederhana dan tahu bersyukur. Para pemandu teksi umpamanya masih mempertahankan budaya amanah dan sabar. Mereka tidak perlu diminta untuk menggunakan meter walau ke mana sekalipun destinasi yang dituju. Memakai meter teksi menjadi satu tabiat semulajadi mereka, bukan kerana desakan penumpang atau takutkan penguatkuasaan undang-undang. Mereka juga menjadi orang-orang yang beramanah tanpa sebarang perasaan tamak untuk memulangkan wang kecil para penumpang walaupun hanya beberapa sen sahaja.

Perawakan orang-orang Korea menampakkan kebengisan dan keazaman yang kuat. Tetapi di sebalik wajah yang “bengis” ini tersembunyi hati yang bersih dan mesra. Pernah saya mengalami kekecewaan untuk balik ke hotel di dalam hujan yang lebat kerana tidak ada teksi yang dapat membawa saya ke hotel. Dalam kekecewaan inilah seorang Korea, yang walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat, mengajak saya ke persimpangan jalan yang lain dan mengiringi saya balik ke hotel dengan sebuah teksi. Bukan hanya setakat menghantar saya ke hotel, malah bersungguh-sungguh menolak bayaran sewa teksi walaupun saya berkeras untuk membayarnya.

Bahasa isyarat, lukisan gambar, arah perjalanan yang ditulis oleh orang-orang hotel dalam bahasa Korea, sudah cukup sebagai bekalan untuk perhubungan orang asing dengan orang-orang Korea. Keunggulan mereka sebagai orang-orang Timur benar­benar dimanifestasikan dalam penghayatan nilai-nilai murni dan kemantapan komunikasi kemanusiaan sesama sendiri.

Budaya inilah yang mungkin membuat mereka bangga dengan identiti dan keperibadian mereka. Korea yang merupakan negara teknologi yang mantap menampakkan semangat kerja keras dan penguasaan diri yang tinggi. Di atas jalan raya, tidak kelihatan kenderaan mewah yang diimport dari Jepun atau Eropah. Mereka menggunakan kenderaan kecil dan besar, ringan dan berat, hasil teknologi mereka sendiri.

Kombinasi penghayatan nilai-nilai murni dan kekuatan teknologi ini melahirkan bangsa yang kuat dan cemerlang. Nilai-nilai murni kemanusiaan dan sejagat adalah sesuatu yang diasah dan dididik sehingga ianya menjadi warisan budaya yang mantap dan kekal bagi sesuatu bangsa itu.

Maka dalam hal ini, nampaknya kita menghadapi masalah dalam pembinaan bangsa kita sendiri. Gejala rasuah, pecah amanah, gelojoh kebendaan yang mendorong salah laku dan penipuan di dalam semua lapisan masyarakat seperti yang disebutkan di atas merupakan ciri-ciri bahaya yang kelihatannya akan membentuk dan menjadi budaya bangsa kita. Nilai-nilai murni warisan agama dan bangsa sentiasa berubah mengikut arus perubahan masyarakat yang bersifat individualistik dan materialistik.

Sikap dan pemikiran bangsa juga turut berubah ketika menghadapi cabaran-cabaran moden dan perubahan yang terpengaruh dengan budaya asing yang melanda masyarakat kita.

Apakah dengan merebaknya gejala dan wabak individualistik dan materialistik itu masyarakat kita akan benar-benar dapat mengatasi cabaran Wawasan 2020 untuk membangun negara maju dengan bangsa yang berpegang teguh kepada nilai-nilai etika, moral dan agama?

Kita mesti merangka program dan aktiviti formal dan tidak formal bagi tujuan mengatasi cabaran ini. Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan mestilah mengenal pasti permasalahan pembinaan bangsa Malaysia sekarang ini dalam konteks pembinaan nilai murmnya dan berusaha menyusun agenda kerja untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini.

Kalau orang-orang Korea dan Jepun masih dapat mempertahankan nilai-nilai murni ketimuran mereka dan berpegang teguh kepada keperibadian bangsa, bahasa dan warisan mereka, maka mengapakah kita kelihatan begitu terumbang ambing dengan warisan budaya dan agama kita?

Banyak rungutan yang dibuat tentang pemandu teksi dan bas kita. Banyak maklumat negatif yang diterima tentang pegawai­pegawai kita dalam soal salah laku dan masalah disiplin. Banyak para pelabur dan usahawan dalam dan luar negara yang terkejut besar denqan budaya rasuah yang amat ketara dan berleluasa dalam negara kita. sampai bilakah hal ini akan dibiarkan bermaharajalela dalam masyarakat kita?

Maka dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita, satu agenda penting yang harus dilaksanakan ialah agenda secara komprehensif melahirkan bangsa Malaysia yang bermoral dan berakhlak tinggi, berpegang teguh kepada nilai-nilai etika dan agama. Dan inilah sebenarnya semangat dasar pandang ke Timur yang harus difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya. Dan inilah semangat kemerdekaan yang perlu diisi dengan bersungguh-­sungguh.

PERPADUAN KE ARAH ‘KHAYRA’ UMMAH

PERPADUAN KE ARAH ‘KHAYRA’ UMMAH

Mohd Fauzi Mustaffa al-Besuty 01/01/1996

Warga dunia Islam sepakat mengakui bahawa negara Malaysia adalah satu role-model yang boleh disifatkan sebagai perintis ke arah kebangkitan semula Islam yang selama ini dipandang serong oleh pihak barat. Walaupun ianya hanya sebuah negara kecil di rantau Asia Tenggara berbanding dengan negara-negara Arab yang besar di Timur Tengah namun Malaysia ternyata mampu memikul tugas mengembalikan martabat umat Islam sebagai Khayra Ummah dengan kestabilan politik dan ekonomi yang terancang, perpaduan yang semakin kukuh, pendidikan yang bersepadu dan program keislaman yang menuju ke arah kesyumulan serta kesungguhan dalam menanqani permasalahan masyarakat yang masih belum terlambat untuk ditangani. Pun begitu, masyarakat Islam di Malaysia tidak seharusnya “kembang hidung” apabila menerima pujian dari negara lain kerana masih ada beberapa cabaran utama yang mereka harus selesaikan demi memantapkan lagi kedudukan mereka agar kelahiran generasi Khayra Ummah tidak terbantut.

Islam menganggap umat Islam di mana sahaja mereka berada sebagai satu umat, sekalipun terdapat perbezaan warna kulit, bahasa dan adat resam. Umat Islam disatukan oleh asas-asas akidah dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. adalah termasuk dalam kategori bersaudara. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”

Masyarakat Islam di Malaysia dalam jumlah terbesarnya adalah tertumpu kepada kalangan orang-orang Melayu yang mewakili hampir 60% daripada keseluruhan penduduk bumi Malaysia. Dalam perlembagaan Malaysia, kedudukan atau status orang Melayu sebagai orang Islam adalah cukup jelas. Ini ialah kerana perkara 160 Perlembagaan Malaysia tercatat tafsiran: “Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat-istiadat melayu”.

Dalam hubungan dengan isu perpaduan atau barangkali wajar juga diungkapkan sebagai masalah perpecahan – apa yang dialami oleh masyarakat Islam di Malaysia tidak kurang juga hebatnya. Berdasarkan senario masakini, hal ini kelihatan berlangsung pada mulanya dalam arena politik atau disebabkan oleh faktor politik yang kemudiannya jelas membabitkan hal-hal kehidupan yang lain.

Seterusnya pertandingan merebut jawatan dalam parti yang disemarakkan lagi dengan curahan wang tanpa batasan untuk memancing undi bagi menjamin kemenangan individu telah menyeret ahli-ahli parti ke lembah perpecahan. Justeru itu timbul apa yang digelarkan sebagai “politik wang” yang tidak kurang juga bahayanya kepada perpaduan ummah kerana kalangan yang tidak mampu mengeluarkan belanja yang besar sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin.

Kita yakin masyarakat Islam di Malaysia juga tidak mahu peristiwa peperangan bersaudara yang berlaku seperti di Afghanistan berlaku di negara ini. Beribu-ribu nyawa rakyat Afghanistan telah terkorban sejak meletus peperangan. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapakah mereka boleh bersatu ketika menentang penjajah Rusia dahulu? Semua bentuk pertubuhan politik dapat bersatu di bawah satu kepimpinan dan akhirnya mereka berjaya mengusir penjajah Rusia dari negara mereka. Tetapi setelah Rusia keluar, mereka gagal untuk menyatukan rakyat di bawah satu kerajaan yang teguh dan dihormati.

Malaysia hari ini mampu berbangga kerana majoriti rakyatnya yang beragama lslam telah dapat disatukan di bawah satu bumbung dengan tercetusnya perpaduan Melayu yang begitu bersejarah berlangsung pada 6 Oktober 1996 apabila Parti Melayu Semangat 46 telah “rujuk” semula setelah sekian lama berpecah dengan parti UMNO akibat tidak mampu “tidur sebantal” dengan parti PAS. Namun kebanggaan ini akan semakin terserlah jika parti PAS juga turut sama mengikut jejak langkah yang dibuat oleh parti Melayu Semangat 46 demi perpaduan orang-orang Islam.

Semua orang mengetahui dan menyedari bahawa perpecahan akan membawa kepada kelemahan dan kegagalan dari semua sudut sam ada sudut kekuatan kerohanian, fizikal, material dan sebagainya. Dengan itu amat mudah bagi musuh Islam untuk mempermain-mainkan Islam dan umat Islam.

Hakikat ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.t. dalam al Ouran al Karim:

Maksudnya: “Janqanlah kamu berpecah-belah, kalau tidak kamu akan menemui kegagalan dan lenyap segala kekuatan kamu”,

Perpaduan umat Islam juga tergugat oleh ancaman akidah yang bercanggah dengan ajaran AI-Quran dan AI-Sunnah. Akidah Islam merupakan kebenaran sediakala yang terus-menerus wujud dengan segala kecemerlangannya. Beberapa ancamannya yang ada dalam suasana hari ini tidak lain hanyalah merupakan gerhana sementara yang kemudiannya akan hilang dari ufuk langit apabila kegemilangan mentari akidah bersinar semula. Generasi intelektual muslim perlu berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan akidah yang benar daripada terhakis daripada dada generasi akan datang.

Akidah didefinasikan sebagai pegangan Islam yang berasaskan al Quran, as Sunnah dan Ijma’ Ulama’. Akidah inilah yang merupakan akidah islamiyyah yang diijma’kan dalam umat ini dalam bentuk akidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ ah yang memutuskan peri tidak tepatnya penyimpangan dan penyelewengan dalam bentuk Mu’tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Syiah dan seterusnya termasuk Bat’iniyyah.

Antara ancaman akidah itu ialah:

Fahaman yang mengajarkan Tuhan dalam diri atau seseorang itu Nabi Muhammad atau Allah bersifat seperti sifat manusia. Ini mungkin merebak melalui ilmu tarekat yang palsu yang tidak terbimbing oleh mereka yang arif dalam bidang ini,

Fahaman Mu’tazilah yang mengajarkan bahawa baik atau buruknya sesuatu perkara itu bergantung kepada penilaian akal manusia.

Fahaman Syiah yang banyak unsur-unsurnya yang terus kekal sehingga sekarang antaranya unsur memfasikkan atau mengkafirkan para sahabat. Unsur kepercayaan kepada Imam yang ma’sum yang mengatasi nabi-nabi dan rasul-rasul. Unsur percayakan konsep ar Raj’ah iaitu bagaimana dibangkitkan beberapa orang sahabat Nabi sebelum kiamat supaya mereka dihukum oleh Imam Mahadi.

Fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan dunia. Atau dalam ertikata lain “Dunia lain, akhirat lain”. Akibat daripada fahaman ini yang berpunca daripada sejarah intelektual barat, timbullah tanggapan bahawa agama sebagai hak individu yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan bermasyarakat.

Fahaman anti-hadith yang merupakan cetusan rangkaian gerakan ilmiah yahudi antarabangsa. Mempertikaikan kewibawaan institusi hadith sebagai sumber rujukan kedua umat Islam boleh menyebabkan terkeluarnya penganut fahaman ini dari agama Islam (murtad).

Fahaman yang menolak perlaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan berselindung di sebalik dalih yang direkacipta oleh dorongan nafsu.

Kegemilangan yang dinikmati oleh umat Islam pada satu ketika dahulu adalah disebabkan mereka benar-benar mempraktikkan ajaran Islam. Apabila Islam menuntut kita supaya mencari ilmu, kita pisahkan ilmu itu kepada ilmu agama dan ilmu bukan agama lalu akhirnya kita menolak ilmu bukan agama. Apabila Islam membenarkan kita mendapatkan harta kekayaan dan hakikat memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima maka kita memilih kemiskinan dan memandang mulia orang-orang yang meminta-minta daripada orang lain.

Untuk mempastikan perkara ini berulang dan terus berkesinambungan maka generasi kini perlu iltizam ke arah melahirkan cendikiawan dalam multi­disiplin yang dapat menggunakan ilmu ke arah meningkatkan martabat Khayra Ummah.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Ba’d ayat 11 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah martabat sesuatu bangsa sehingga mereka sendiri yang berusaha merubahnya (dari kedudukan yang tidak baik kepada yang baik) “

Keagongan Islam bermakna kekuatan pengetahuan, akidah, perpaduan, persefahaman, kestabilan politik dan ekonomi, kemajuan sains dan teknologi dan seterusnva apa yang dapat menjadi perisai bagi melindungi generasi daripada ancaman anasir-anasir yang ingin merosakkan umat. Ini haruslah menjadi agenda perdana perjuangan Khayra Ummah kerana kelemahan umat Islam dalam mana-mana aspek akan memanjangkan lagi masa depan umat Islam dicengkam oleh orang lain.

ISLAM DAN PILIHANRAYA

ISLAM DAN PILIHANRAYA

Dalam sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen, pilihanraya merupakan mekanisme politik terpenting bagi mendapatkan mandat dan pengesahan kuasa dari rakyat. Mekanisme dan proses politik ini· menjadi saluran utama untuk membuktikan kebenaran slogan,· “kerajaan dari rakyat, untuk rakyat da~ oleh . rakyat”. Menurut Robert Dahi, pilihanraya merupakan teknik utama untuk menentukan supaya pemimpin­pemimpin kerajaan secara berkadaran (relatif) akan bertanggungjawab kepada bukan pemimpin.

Bagi negara kita, pilihanraya sentiasa menarik minat setiap pihak yang ·berkepentingan, baik yang mgm mempertahankan kuasa mahupun yang ingin mendapatkan kuasa. Ini menunjukkan betapa pentingnya pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi telah melalui sebanyak sembilan kali pilihanraya umum, bermula dari tahun 1955 sehingga tahun 1990. Ini tidak termasuk pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku di luar jangkaan.

Menurut Milne dan Mauzy, menjelang tahun 1976, Malaysia merupakan satu-satu negara di Asia Tenggara, kecuali Singapura yang mengadakan pilihanraya bebas dengan tetap sejak merdeka.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya mengadakan pilihanraya yang tetap (constantl tanpa mengira bagaimana ianya menjalankan pilihanraya tersebut.

Apa yang penting ialah setiap lima tahun sekali pasti ada pilihanraya, yang kebiasaannya belum mencapai lima tahun, sudah diumumkan pilihanraya tersebut. Seterusnya beliau mengatakan bahawa Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Perancis dan beberapa buah negara lagi seperti Singapura, India dan lain-lain lagi.

Seorang sarjana politik dari India yang membuat kajian di Malaysia, Shiv Lai, menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara contoh yang paling sesuai dalam mengamalkan sistem demokrasi kerana pilihanraya untuk membentuk parlimen diadakan mengikut masa yang dijadualkan.

Jika dibandingkan demokrasi Zaman Greek dengan demokrasi zaman kini amat jauh bezanya. Kalau dahulu jika sesebuah negara itu diperintah mengikut kaedah demokrasi bermakna kesemua rakyat berhak campurtangan dalam hal ehwal pemerintahan negeri itu terutama berkenaan dengan membuat undang-undang negeri.

Pada ketika itu, rakyat akan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat untuk membincangkan undang-undang yang hendak dibuat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Greek di dalam “city-state”.

Dalam sistem demokrasi masa kini, adalah mustahil untuk mengumpulkan rakyat beramai-ramai di suatu tempat bagi melantik pemimpin. Oleh yang demikian, terpaksalah dilantik atau dipilih beberapa orang daripada rakyat itu untuk menjadi wakil-wakil rakyat yang ramai tadi, dan mereka ini berkumpul di suatu tempat mesyuarat yang digelar sebagai Parlimen seperti yang dijalankan di Malaysia. Wakil-wakil ini biasanya dipilih dengan undi yang rahsia melalui satu pilihanraya.

Apakah sistem pilihanraya memenuhi kehendak dari citarasa sistem politik lslam?

Dalam lslam, pemilihan ketua negara tidaklah statik sifatnya. Pemilihan ketua negara boleh dibuat melalui pelbagai cara. Cuma lslam mensyaratkan supaya pemilihan yang dibuat mestilah tidak bercanggah dengan ajaran lslam. Dengan sebab itu Rasulullah S.A.W tidak mencalonkan sesiapapun selepas keyvafatannya walaupun Baginda tahu bahawa ada calon yang layak untuk menggantikannya.

Dalam sejarah lslam, pemilihan ketua negara dibuat melalui beberapa cara:

i) Melalui Nas yang jelas terkandung di dalam AI· Quran iaitu pemilihan Rasulullah S.A.W. sebagai ketua

negara telah ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui bimbingan wahyu.

ii) Melalui Syura (perun~ingan)

iii)          Melalui penyerahan oleh khalifah terdahulu kepada puteranya atau seseorang ahli keluarganya yang

lain yang lazimnya disebut “waliyatul ‘ahdi (putera mahkota).

iv) Melalui perebutan jawatan khalifah oleh seseorang dengan kekerasan.

Menurut A. Hasjmy, inilah cara-cara pemilihan yang terjadi dalam sejarah lslam. Pemilihan ketua negara (jabatan khalifah) adalah hak semua orang lslam. Justeru itu, orang lslam berhak memilih ketua negaranya sesuai dengan cara·cara yang tidak bertentangan dengan prinsip lslam itu sendiri.

Bagi Sayyid Abul A’la AI·Maududi, cara pemilihan ketua negara hendaklah dibuat mengikut kaedah berikut:

i) Dalam sebuah negara lslam, pemilihan ketuanya bergantung seluruhnya kepada kehendak rakyat.

umum dan tidak seorangpun yang berhak menonjolkkan dirinya secara paksa sebagai amir. Rakyat hendaklah diberikan kebebasan untuk memilih secara terbuka ketua negara mereka.

ii) Tidak ada kelas atau suku· yang mempunyai monopoli kepada jabatan ini.

iii)         Pilihanraya I!lestilah diadakan dengan kehendak rakyat dan tanpa kekerasan atau paksaan.

Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa cara pemilihan ketua negara melalui sistem pilihanraya tidak bercanggah dengan lslam. Untuk menjelaskan cara pemilihan ketua negara menurut lslam berikut diperturunkan dua peristiwa pemilihan ketua negara pada zaman para sahabat.

Pemilihan Khalifah Abu Bakar

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, kaum Ansar berkumpul di sebuah tempat bernama Saqifah Bani Saidah dan bertekad untuk melantik Saad bin Ubadah menjadi khalifah.

Peristiwa ini ketahui oleh Umar, lalu diberitahu kepada Abu Bakar. Di Saqifah Bani Saidah, Abu Bakar telah memberi ucapan supaya melantik Umar atau Abu Ubaidah sebagai Khalifah. Mendengar sahaja ucapan demikian, Umar dan Abu Ubaidah bangun dan berkata:

“Demi Allah, kami tidak akan mendahului engkau dalam jabatan ini, kerana engkau adalah Muhajirin istimewa dan. Khalifah Rasulullah dalam sembahyang. Hulurkan tanganmu, kami akan membaiah untuk engkau”

Ketika keduanya hendak membaiah Abu Bakar, maka Bashir bin Saad dari kaum Ansar mendahului mereka membaiah. Ini seterusnya diikuti oleh seluruh masyarakat lslam ketika itu.

Pemilihan Khalifah Abu Bakar sebagai ketua negara itu selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran yang’ bermaksud:

Dan perkara mereka dimusyuwarahkan di antara mereka (As-Syura: 38)

Peristiwa ini menjelaskan kepada kita bahawa perkara yang berkaitan dengan urusan negara patut dimesyuwarahkan. Maka adalah menjadi kewajipan kepada umat lslam untuk memilih ketua mereka yang dapatr memimpin· mereka dan melaksanakan perintah· perintah Allah S. W. T. di kalangan mereka.

Pemilihan Khalifah Umar

Pemilihan Khalifah Umar berbeza sedikit dengan pemilihan Khalifah Abu Bakar. Ketika Khalifah Abu Bakar uzur, beliau telah mengadakan perundingan dengan para sahabat untuk mencalonkan Umar sebagai penggantinya. Setelah mendapat persetujuan mereka, lalu Khalifah Abu Bakar mengumumkan keputusan tersebut dalam satu perhimpunan umat lslam di hadapan rumahnya yang berbunyi:

”Adapun setelah itu, maka aku telah mengangkat Umar sebagai calon Khalifah selepas aku. Aku kira tidak orang yang lebih baik daripadanya”

Seterusnya Khalifah Abu Bakar berkata:

“Apakah saudara-saudara senang dengan orang yang saya calonkan menjadi khalifah. Sesungguhnya saya tidak mencalonkan kamum kerabatku, hanya aku mencalonkan Umar. Kerana itu dengar dan taatilah dial”

Serentak dengan pengumuman itu, kaum Muslimin yang hadir menjawab:

“Kami akur dan taat”

Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar, maka Khalifah Umar telah dilantik dan dibaiah oleh rakyat jelata. Sejurus selepas pembaiatan tersebut, Khalifah Umar lalu berucap:

“Sesungguhnya orang Arab adalah laksana unta jinak yang patuh kepada pengembalanya. Kerana itu hendaklah pengembala itu memperhatikan benar-benar ke mana akan dibawa untanya itu! Demi Tuhan, aku akan membimbing kamu ke jalan yang benar”

Penjelasan ini menunjukkan bahawa tujuan Khalifah Abu Bakar menonjolkan Umar menjadi calon khalifah, bukan beerti beliau membelakangkan rakyat. Pilihan beliau telah dipersetujui oleh rakyat semasa pengumuman dibuat tanpa bangkangan.

Berdasarkan dua contoh di atas, sistem pemilihan ketua negara dalam lslam tidak statik sifatnya. Ia berubah­ubah selagi mana pemilihan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran lslam serta menepati kriteria-kriteria yang telah digariskan. Ternyata bahawa sistem pilihanraya boleh dipraktikkan dalam pemilihan pemimpin. Tetapi, cara bagaimana pilihanraya berjalan mest.ilah berlandaskan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Ini bermakna kempen·kempen pilihanraya yang melibatkan rasuah wang, fitnah·menfitnah, surat layang dan sebagainya hendaklah dielakkan.https://www.ikim.gov.my/index.php/1994/12/30/islam-dan-pilihanraya/

DOA UNTUK PARA SAHABAT

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan ini pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan ini pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan ini pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan ini pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, Kau temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadr…

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir dalam hidupku. Andainya ini Ramadhan terakhir buatku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi. Terimalah seluruh amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan ini.jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Ya Allah, Kau terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami dan Kau amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…

ياواسع المغفرة

Ampunilah seluruh dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa orang-orang yang kami cintai dan sayangi keranaMu ya Allah…

يا مجيب الدعا

Kabulkanlah seluruh doa-doa kami.

🌹 تقبل الله منا ومنكم

🌹 صيامناوصيامكم وقيامنا وقيامكم وكل عمل صالح

Semoga amalan kita, puasa kita, qiyam kita, sedekah kita serta seluruh amal soleh kita diterima serta semoga Allah SWT menyempurnakannya..

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan ini pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan ini pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan ini pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan ini pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, Kau temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadr…

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir dalam hidupku. Andainya ini Ramadhan terakhir buatku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi. Terimalah seluruh amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan ini.jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Ya Allah, Kau terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami dan Kau amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…

ياواسع المغفرة

Ampunilah seluruh dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa orang-orang yang kami cintai dan sayangi keranaMu ya Allah…

يا مجيب الدعا

Kabulkanlah seluruh doa-doa kami.

🌹 تقبل الله منا ومنكم

🌹 صيامناوصيامكم وقيامنا وقيامكم وكل عمل صالح

Semoga amalan kita, puasa kita, qiyam kita, sedekah kita serta seluruh amal soleh kita diterima serta semoga Allah SWT menyempurnakannya..

POLITIK MALAYSIA  MENURUT IMAM AL-GHAZALI

POLITIK MALAYSIA  MENURUT IMAM AL-GHAZALI

BERBINCANG mengenai al-Ghazali, perhatian seseorang pasti akan tertumpu kepada dunia tasawuf kepada si mati, etika sosial dan psikologi pendidikan sebagai acuan utamanya. Akan tetapi jarang berlaku perbincangan mengenai al-Ghazali dilihat dalam perspektif pemikiran politiknya yang sesungguhnya mempunyai pemikiran yang sentiasa relevan dengan situasi dalam negara  terutama berkenaan dengan politik moral yang telah menjadi legasi al-Ghazali dalam khazanah intelektual Islam.

Perkara itulah yang melatari saya untuk mengkaji pemikiran politik al-Ghazali yang lebih mendalam. Saya berminat mengkaji pemikiran al-Ghazali berbanding dengan pemikiran politik lain seperti al-Mawardi atau al-Farabi yang pada segi tertentu cenderung bersifat ad hoc dan spesifik dengan keadaan dan tempat tertentu yang menjadikannya kurang relevan dengan perkembangan kontemporari.

satu aspek penting dalam pemikiran al-Ghazali yang masih relevan di mana sahaja dan dalam keadaan apapun ialah tuntutan politik etis atau politik moral sebagai asas penting yang mesti dipegang oleh para politisi atau pembuat keputusan dasar kerajaan.

Selain dikenali di dunia Islam sebagai ‘peletak dasar’ (founding fathers) dunia tasawwuf yang lurus dan bersih, yang tidak tercampur dengan anasir khurafat dan bid’ah yang keterlaluan, al-Ghazali turut dikenali dalam khazanah intelektual Islam sebagai penggagas politik moral dalam praktik politik dan kenegaraan.

Gesaan mengamalkan politik moral ini terutama melalui peranan al-Ghazali menasihati Sultan menerusi karyanya al Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk yang kemudian menjadi buku rujukan penting dalam memberi pandangan dan masukan kepada pihak penguasa dalam sesebuah negara.

Seruan al-Ghazali untuk mengamalkan politik moral amat munasabah terutama jika dikaitkan dengan situasi politik di tanah air dewasa ini yang dikatakan mengalami defisit moral dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat dan negara.

Hal ini misalnya dapat dilihat dan dirasakan secara mata kasar dengan tercetusnya rintitan kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, tidak telus, mengutamakan kroni dalam tender dan sebagainya yang ke belakangan ini menjadi candu ahli politik di negara ini.

Dalam pandangannya, al-Ghazali menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di kalangan pemerintah yang berkuasa berpunca daripada terhakisnya nilai-nilai moral yang sepatutnya menjadi raison de ‘etre pemegang kekuasaan di dalam sesebuah negara.

Bagi membaiki sistem politik dan perilaku penguasa yang mengalami defisit moral menurut al-Ghazali, tidak ada cara lain selain melakukan reformasi moral secara menyeluruh kerana itu merupakan tuntutan syariat.

Dalam hal ini, al-Ghazali mencadangkan kaum cendekiawan dan ulama yang memainkan peranan sebagai penyampai nasihat atau sebagai pihak yang berani menegur kepada penguasa. Peranan intelektual dan ulama menurut al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin ialah ”Seorang ulama ialah orang yang menguasai aturan-aturan politik Islam dan mengetahui cara sebagai penghubung di antara penguasa jika berselisih dengan hukum yang tidak benar. Maka seorang ulama hendaknya menjadi guru yang soleh dan membimbing penguasa untuk memartabatkan syariat Islam seperti perbankkan tanpa riba dan merialisasikan hukum hudud”.

Al-Ghazali turut menekankan peranan ulama sebagai agen perubahan dalam sesebuah negara, dan ulama berperanan memberikan nasihat yang betul kepada pihak berkuasa. Dalam situasi ini, Malaysia menginstitusikan kedudukan ulama manakala setiap keputusan yang dibuat oleh ulama secara musyawarah dijadikan sebagai panduan, iaitu melalui Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada asasnya, apa yang berlaku di Malaysia hari ini bukan lah isu baru. Hakikatnya, isu ini sudah pun wujud pada zaman al-Ghazali yang menyaksikan berlakunya ‘kegaduhan politik’ mahupun penyelewengan akidah oleh serangan pemikiran kelompok sufi syiah batiniyah dan asyariah yang menyembah kubur pada era pemerintahan Saljuk.

Hari ini, Malaysia menghadapi situasi yang hampir sama di mana pelbagai aliran pemikiran menyeleweng mencuba untuk menghuru-hara keharmonian manhaj Ahlu Sunnah wal Jamaah yang diiktiraf sebagai mazhab rasmi negara.

Jika pada era al-Ghazali, serangan akidah dilakukan oleh satu pihak iaitu sufi syiah batiniyah, situasi yang dihadapi Malaysia hari ini lebih rencam dengan kemunculan pelbagai aliran seperti Syiah, sufi dan asyariah yang memohon bantuan kepada roh para alaim ulamak yang sudah meninggal.

Belum lagi cubaan menyelewengkan akidah umat Islam yang datang daripada faktor luaran seperti fahaman liberalisme, sekularisme dan pluralisme yang mengancam dan menggugat fahaman Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah menjadi manhaj yang menekankan kepada keharmonian, kebijaksanaan dakwah dan ketulinan ajaran Islam yang sebenar.

Bentuk politik moral yang digagas al Ghazali ialah kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki hendaklah digunakan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat dan bukannya mengheret rakyat dalam kancah sengketa ataupun huru-hara. Dalam usaha menguruskan negara,  al-Ghazali menjelaskan falsafah politik hendaklah berteraskan kepada membentuk perpaduan dan memacu kemajuan bagi membolehkan rakyat hidup selesa dan tenteram.

Oleh sebab itu, al-Ghazali menolak menggunakan cara-cara keganasan dan yang bersifat revolusi bagi memperbetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh penguasa. Apatah lagi dengan cara mengheret rakyat awam untuk menggugat pemerintah hanya demi nafsu politik pihak-pihak tertentu yang telah menyerah dan berputus asa dengan mekanisme demokrasi sekular mahupun ketentuan suratan takdir.

Al-Ghazali termasuk seorang pemikir Islam yang menekankan aspek keharmonian dan kestabilan situasi negara sebagai asas utamanya. Sekiranya penguasa melakukan penyelewengan, al-Ghazali mengesyorkan menegur dengan tiga cara iaitu, melakukan kritik, menulis surat dan yang terakhir menjauhkan diri atau memutus hubungan dengan penguasa, Dalam konteks hari ini, memutus hubungan boleh diterjemahkan dalam bentuk tidak mengundi lagi parti berkuasa dalam pilihan raya akan datang.

Berkonsepkan kepada itulah al-Ghazali mendefinisikan politik atau siasah ialah menambahbaikkan urusan manusia dengan memacu jalan yang lurus bagi meneruskan kehidupan selaras dengan prinsip menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dengan menggunakan rangka falsafah politik itu, sekurang-kurangnya dapatlah kita menilai apakah realiti politik yang berlaku di Malaysia setelah beberapa kaedah yang dilaksanakan oleh parti politik semakin menipis dengan peraturan adab dan nilai-nilai moral.

Sudah sewajarnya, pemimpin kerajaan di Malaysia siapa pun dan daripada parti manapun untuk secara sungguh-sungguh menerapkan pemikiran yang telah digariskan oleh al-Ghazali dalam mengurus negara. Hal ini kerana hakikatnya politik moral melangkaui politik kebendaan, politik kepartian dan ideologi politik tertentu yang terkadang hanya milik kelompok tertentu.

Di satu pihak, politik berintegriti merupakan anti-tesis kepada kecenderungan amalan politik Machivellian yang sekarang ini begitu berleluasa dalam kancah politik negara dewasa ini. Di pihak lain, politik berintegriti  merupakan landasan kepada terbentuknya sistem pemerintahan yang telus (good governance), bertanggungjawab, mementingkan rakyat awam dan sekaligus sebagai asas untuk menolak politik rasis, politik wang, politik kebendaan, politik  jawatan, politik pecah amanah, politik rasuah, politik penyelewengan kuasa dan tindakan negatif yang lain.

Create your website with WordPress.com
Get started