Mengutamakan Redha Allah

Mengutamakan Redha Allah

Apabila hidup sebagai seorang pejuang Allah pasti akan terikat dengan pelbagai ujian yang berat.

Walau berat bagaimana sekalipun ujian yang mendatang,mereka tetap teguh mempertahankan Islam.

Ibnu Qayyim Rahimahullah mengatakan:

“Sesungguhnya sifat untuk lebih mengutamakan redha Allah pasti akan berhadapan dengan permusuhan manusia.Siksaan bahkan usaha mereka untuk membunuhnya.Yang demikian adalah sunnahtullah diantara makhluknya”

Jika tidak demikian,lalu apakah dosa para Nabi dan Rasul dalam memerintahkan keadilan di antara manusia dan menegakkan Agama Allah?

Maka barangsiapa yang lebih mengutamakan keredhaan Allah,niscaya ia akan mendapat permusuhan dari:

-Orang Alim yang jahat.

-Manusia yang menyimpang.

-Orang yang jahil.

-Pelaku bida’ah.

-Orang yang berdosa.

-Penguasa yang bathil.

Barangsiapa berpegang teguh pada Islam secara sempurna,ia tidak akan dapat digoyahkan oleh manusia bahkan gunung sekalipun,dihalangi oleh pelbagai ujian,kekerasan dan perasaan takut.

Kehadirannya Tidak Diketahui

Mereka tidak berkehendakkan kepada kemasyhuran dan tidak pula berusaha untuk mencari-carinya.

Mereka khuatir dengan asbab kemasyhuran itu akan menuntut kepada pemiliknya supaya mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam hati manusia.Walhal,cinta akan kedudukan itu merupakan sumber kerosakkan.

Kerana itulah,melarikan diri dari rasa haus akan kemasyhuran,menjadi ciri orang yang ingin mengaplikasikan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan perkataan.

Mereka apabila diberikan amanah sebagai pemimpin mereka lakukan dengan penuh keikhlasan.

Jika diletakkan sebagai pekerja, mereka lakukan dengan penuh ketaatan.

Sedikit Cakapnya,Banyak Amalnya

Mereka lebih senang bercakap apabila perlu,berhati-hati ketika melontarkan pandangan,tidak berlebih-lebihan dalam berkata-kata.

lebih banyak berfikir tentang masalah umat berbanding memikirkan tentang perkara-perkara yang menyeronokkan.

Info Tambahan :  6 Formula Memelihara Hubungan Yang Dijalin

Jika mengalami situasi sulit mereka bersabar. Mereka tidak akan rela sehingga dakwah mencapai tujuannya. Meskipun mereka perlu memeras seluruh kemampuan dan pemikiran mereka habis-habisan.

Apabila mereka memberi perintah, perintah mereka jauh dari sikap memaksa.

Apabila mereka taat kepada perintah, ketaatan mereka terbebas dari sikap merasa hina.

Apabila mereka melontarkan kritikan, kritikan mereka jauh dari sifat merosakkan dan menghancurkan.

Firman Allah S.W.T. :

“Di antara orang-orang mu’min ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.”

(QS Al-Ahzab : 23)

Kesimpulannya,Hendaklah difahami oleh setiap mukmin,khususnya pendokong harakah Islamiah,

Setiap orang yang melibatkan diri dengan harakah Islamiyyah hendaklah menyedari jalan yang berdasarkan kepada fikrah sahaja tidak mendatangkan hasil yang baik,

Bahkan tidak menjadi pegangan yang kukuh dalam masa yang panjang kalau tidak disertakan dengan amal yang ikhlas kerana Allah.

Iman dan amal soleh merupakan dua perkara yang berlaziman dan tidak boleh dipisahkan.

Boleh jadi asbab kukuhnya sesebuah organisasi atau kesatuan itu adalah disebabkan oleh mereka yang bergelar “jundi majhul”,kerana mereka yang ikhlas ini sentiasa bersama dengan pertolongan Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: