Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.”

(HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 1 dan Muslim, no. 1907]

Manusia adalah ciptaan Allah yang dikurniakan akal yang sangat sempurna dalam menguruskan kehidupan mereka.Akal mereka akan dipandu oleh hati mereka sama ada cenderung untuk melakukan perkara yang berunsurkan kebaikan ataupun kejahatan.

Mereka bertindak atas dasar pilihan mereka sendiri,dan mereka akan bertanggungjawab dengan apa yang mereka pilih.penentu akan sesuatu tindakan kita itu bermula dengan niat.

Jika baik niatnya,maka baiklah perbuatannya,jika buruk niatnya,maka buruklah perbuatannya.Allah menilai akan setiap tindakan hambaNya dalam melakukan sesuatu perkara mengikut akan apa yang diniatkannya.

Pengertian Niat Yang Sebenar

Pengertian niat dari sudut bahasa ialah memfokuskan kepada sesuatu.Dari segi istilahnya membuat sesuatu keputusan di dalam hati serta terus melakukannya.

Manakala dari sudut istilah syara’ ialah berazam mengerjakan suatu ibadah yang ikhlas kerana Allah,letak niat dalam batin (hati).

Al-Fadhil bin Ziyad berkata :

“Aku pernah bertanya kepada Abu Abdullah-yakni Ahmad- tentang niat dalam beramal.Aku bertanya,’Apakah niat itu?’ Beliau menjawab,’Seseorang mengendalikan dirinya ketika hendak beramal agar tidak menginginkan pujian manusia.”

(Kitab Jami’ Al ‘Ulum Wa Al Hikam l/26)

Sepertimana yang kita sedia maklum,hadis di atas menerangkan kepada kita secara umum,bagaimana kita hendak mengetahui kriteria atau piawaian dalam menentukan hukum akan sesuatu amalan,

Info Tambahan :  Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah

Sama ada ianya diterima atau ditolak,diberikan ganjaran pahala atau dosa,maka dapatlah kita ketahui berdasarkan hadith diatas bahawa setiap tindakan kita itu adalah berdasarkan kepada niat si pelaku amalan tersebut.

Hadith ini juga membahagikan manusia berdasarkan kepada niat dan amalannya itu kepada dua keadaan iaitu seseorang yang melakukan sesuatu amalan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT manakala seorang lagi melakukan sesuatu perkara itu untuk kepentingan dan keinginan nafsunya.

Maka dapatlah kita ketahui bahawa,manusia yang benar-benar beruntung itu hanya satu golongan sahaja yang memperolehi kejayaan dengan amalannya itu manakala,satu lagi golongan tidak memperolehi apa-apa bahkan mendapat balasan buruk dengan amalannya.

Ikhlas Syarat Diterimanya Amal

Hadis diatas sangat berkaitan dengan persoalan niat.Rasulullah menyabdakan sedemikian kerana ada sahabat baginda yang berhijrah bukan kerana ingin mendapatkan keuntungan akhirat tapi hanya bersebabkan keuntungan dunia iaitu ingin mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais.

Maka ditegurlah oleh Rasulullah secara terang-terangan kerana Rasulullah mengetahui maksud orang itu berhijrah,

Orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya,walaupun yang demikian itu tidak menjadi satu kesalahan,dan boleh sahaja ia berbuat demikian,

Tetapi sebenarnya tidak patut sama sekali beliau melakukan perbuatan yang sedemikian kerana pada saat itu mereka berada dalam keadaan suasana yang sangat genting dan rumit kerana ingin menghindar diri dari gangguan kaum musyrikin.

Oleh sebab niatnya sudah keliru,maka pahala hijrahnya pun telah menjadi kosong.Lain sekali dengan sahabat-sahabatnya yang lain berhijrah hanya semata-mata ingin menyelamatkan keyakinannya dan demi untuk mengharapkan keredhaan Allah dan RasulNya.

Al-Fudhail bin Iyadh berkata :

“Yakni,yang paling ikhlas dan paling benar dan (sesuai tuntunan Allah).Sesungguhnya amal itu apabila ikhlas tapi tidak benar maka tidak akan diterima,dan apabila benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima.Jadi harus ikhlas dan benar.Suatu amalan dikatakan ikhlas apabila dilakukan kerana Allah dan yang benar itu apabila sesuai dengan sunnah Rasulullah.”

(Kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam l/36).

Kesimpulannya,hadis yang kita sedang bahaskan ini adalah sekitar persoalan berkaitan dengan niat,

Info Tambahan :  Syarat Cerai Menurut Hukum Islam

Hadis ini memberitahukan kepada kita betapa pentingnya untuk kita sentiasa mentajdid niat dalam setiap tindakan kita.

Niat itu perlulah diperbaharui dalam setiap tindakan kita dalam kehidupan sehari-hari agar niat kita itu sentiasa kekal berterusan menarik rahmat dari Allah dan kekal terus menerus mengalirkan pahala.

Kadang-kadang niat boleh berubah dalam sekelip mata hanya disebabkan kita telah melihat suatu keuntungan yang bersifat duniawi.

Awalnya kita berniat untuk membuat kebajikan dan meraih redha Allah akan tetapi telah berubah hanya kerana diberikan habuan dunia.

RUJUKAN :

1.Syarah Riyadhus Shalihin

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin

2.https://dppai.uii.ac.id/perhatikan-niatmu/https://zoncyber.com/keikhlasan-dan-menghadirkan-niat-dalam-segala-perbuatan/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: