RINGKASAN JUZUK 25
Menariknya, kali ini al-Quran menghimpunkan enam surah yang dimulai dengan Haa’ Miim. Seakan-akan Haa’ dan Miim adalah kod menandakan bahawa surah-surah tersebut ada persamaan mesej dan nilai. Surah-surah ini mempunyai mesej yang sepunya iaitu; Surah Makkiah, nilai al-Quran, kisah Musa a.s serta pengikutnya dari kalangan Bani Israel serta perpindahan risalah dari Bani Israel kepada legasi Nabi Muhammad s.a.w dari jalur Ismail a.s.
PERISTIWA HARI INI
Perang Ain Jalut dimenangi oleh tentera Muslimin mengatasi tentera Monggol pada tahun 658 Hijrah.
TADABBUR SURAH AL-QADR
“Pada malam itu turunlah malaikat dan ruh dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan” al-Qadr:4
Begitulah digambarkan betapa para penghuni langit bersungguh-sungguh ingin merakamkan ibadah yang dilakukan oleh kita pada malam tersebut. Ia menandakan kemuliaan Lailatul Qadr di sisi mereka, apatah lagi kita.