RINGKASAN JUZUK 22
Istislam atau Tawakkal yang diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai berserah diri merupakan pokok perbahasan juzuk ini dan juzuk yang seterusnya. Al-Ahzab menjelaskan perlunya bertawakkal ketika situasi sulit, Saba’ mengajar kita bahawa bertawakkal adalah jalan menuju peradaban, manakala Fathir mengatakan bahawa ia jalan kemuliaan, akhir sekali untuk juzuk ini adalah Surah Yasin yang mengatakan bahawa komitmen dalam dakwah adalah bukti tawakkal.
PERISTIWA HARI INI
Kewafatan Ibn Asbagh pada tahun 536 Hijrah, seorang pemimpin Muslimin di Cordova, Sepanyol.
TADABBUR SURAH AL-QADR
“Kami menurunkannya di malam al-Qadr” al-Qadr:1
Al-Quran diturunkan secara keseluruhan dari luh mahfuz ke langit dunia. Ia adalah sebuah perlambangan pentingnya tilawah dan tadabbur (baca dan hayati) terhadap al-Quran, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan, pada 10 malamnya yang terakhir.