RINGKASAN JUZUK 15
Kita tiba di stesen pertengahan yang memisahkan al-Quran kepada dua bahagian, iaitulah juzuk 15 yang terkandung padanya surah al-Isra’ dan al-Kahfi. Kisah Isra’ dan Mi’raj Nabi s.a.w yang masyhur itu adalah satu mesej hubungan seorang hamba kepada Tuhannya secara langsung, demikianlah al-Kahfi menyimpulkan bahawa yang menghubungkan itu adalah al-Quran yang memelihara makhluk-Nya dari fitnah dunia, al-Quran yang memandu dan memimpin manusia.
PERISTIWA HARI INI
Perang Ain Jalut meletus pada 658 Hijrah dipimpin Sultan Qutuz menentang tentera Monggol.
MEMBURU LAILATUL QADR
Antara sunnatullah yang ditetapkan di muka bumi ini adalah Allah memilih siapa yang Dia kehendaki, “Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia kehendaki dan Dia memilih-milih” al-Qasas:68. Allah memilih bulan Ramadhan, daripada 30 malam itu dipilih 10 malam yang terakhir, daripada 10 itu satu sahaja malam yang dipilih sebagai malam al-Qadr.