Ramadan Bulan Keampunan

Ramadan Bulan Keampunan

Satu daripada nama untuk bulan Ramadhan adalah Syahrul Maghfirah (Bulan Pengampunan). Pelbagai mekanisma disediakan untuk kita agar menjadikan bulan Ramadan ini pembersih dosa-dosa sehingga kita keluar daripada Ramadan nanti menjadi orang yang bersih daripada dosa atau kembali menjadi fitrah.

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

Solat lima waktu yang didirikan, Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.(HR. Ahmad No: 8830) Hadis Sahih

Antara mekanisme yang disediakan kepada kita sepanjang bulan Ramadan sebagai penghapus dosa:

1. Ibadat Puasa

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari No: 37) Hadis Sahih

2. Solat Malam

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari No: 36) Hadis Sahih

3. Bersedekah

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Puasa merupakan benteng dan sedekah dapat meleburkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api (HR Ahmad no 5231)

وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ….

Ia juga adalah bulan ditambah padanya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat keampunan terhadap dosanya dan pelepasan daripada api neraka. Orang itu juga mendapat pahala, sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun kekurangan… (HR Ibn Khuzaimah).

4. Waktu Sahur

يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR Bukhari no.1145)

5. Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni” (HR Bukhari No: 1901)

6. Zakat Fitrah

Ibnu Abbas r.a berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

“Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa serta dari perbuatan atau ucapan lagha, juga sebagai makanan bagi orang miskin” (HR Abu Daud No: 1609)

Ingat pesan Nabi SAW

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ …وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانَ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ

“Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah … Lalu mereka (sahabat) bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan.” (At-Tirmizi No 3545) Hadis Hassan

Marilah kita berharap dan berusaha melakukan amal ibadah sebaik mungkin agar Ramadan yang dilalui menjadi penghapus dosa kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: