3 RAMADAN

3 RAMADAN

Bersediakah Kita Dengan Ramadan?

Assalamualaikum Warahmatullah Dari Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda: قد جاءكم رمضان شهر مبارك الفترض الله عليكم صيامة تفتح فيه أبواب الجنة

ويغلق فيه أبواب الحجيم

Maksudnya: Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa, pada bulan itu Allah membuka segala pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka. (Riwayat Ahmad)

Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Berkat bermaksud bertambah-tambah kebajikan dan pahala. Biarpun melakukan amalan yang sedikit tetapi Allah menjanjikan gandaan pahala yang cukup besar. Cuma adakah kita cukup bersedia merebut semua ganjaran yang diberikan itu? Ya bergantung kepada persediaan kita dalam menghadapi bulan yang berkat ini.

Terdapat sekurang-kurangnya empat persiapan penting untuk menyambut bulan Ramadan:

Pertama: Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan ini dalam keadaan sihat sejahtera. Apabila tubuh badan kita berada dalam keadaan sihat, kita dapat melaksanakan semua ibadah dengan sempurna; puasa, solat tarawih, tilawah dan sebagainya.

Kedua; Timbulkan rasa ghairah dan bergembira dengan kedatangan bulan Ramadan. Wujudkan suasana yang ceria di dalam rumah. untuk menghadapi Ramadan seperti melekatkan poster-poster galakan ibadah dan kelebihan Ramadan di dinding dan pintu, membeli CD al-Quran yang baru, memasang CD al-Quran dan membuat halaqah al-Quran sebagainya.

10/Bersediakah Kita Dengan Ramadan?

Ketiga: Rancang kegiatan yang memberikan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ini kerana Ramadan amat singkat iaitu hanya sebulan sahaja maka penuhi setiap detiknya dengan amalan yang berharga yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk seperti perbuatan mengumpat, mengadu, berbohong dan memfitnah.

Keempat: Persiapan hati dan jiwa. Persiapan ini yang akan mengatasi persiapan yang lain kerana hati dan jiwa yang bersih akan melahirkan jiwa yang benar-benar insaf dan mampu membuat perubahan. Koreksi diri, kenal pasti kelemahan diri sendiri, timbulkan perasaan untuk memperbaiki diri sepanjang Ramadan. Maka, Ramadan ini akan menghasilkan buah keimanan yang akan disambut dalam bulan Syawal nanti.

Kadangkala bermacam-macam persiapan yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Ramadan, tetapi ia hanyalah persiapan adat dan budaya yang disambut setiap tahun. Ada yang bersedia menyambut Ramadan dengan amalan moreh, makan nasi bubur lambuk, makanan yang hanya ada pada bulan Ramadan. Persediaan diri untuk menghayati kewajipan agama yang lain seperti solat, sedekah, membaca al-Quran tidak pernah terlintas di dalam hati.

Saudara,

Memasuki bulan Ramadan tanpa persediaan keimanan dalam jiwa bagaikan puasa kanak-kanak, yang hanya berniat dan menahan lapar dan dahaga. Mereka gembira mendapat makanan ketika berbuka dan selepas itu bermain. Ia sangat rugi kerana tidak diisi perkara yang mendatangkan kebaikan kerana puasa Ramadan adalah bulan di mana ganjaran pahala digandakan.

Ada juga keadaan yang kanak-kanak itu lebih baik amalannya dari orang dewasa. Mereka komited melakukan solat tarawih berbanding dengan segelintir orang dewasa yang selalu culas. Kalau tidak malu dengan Allah, malu lah dengan kanak-kanak yang baru berumur 7 tahun sedangkan dia sudah 27 tahun, atau 37 tahun, atau 47 tahun. tetapi liat untuk beribadah kepada Allah.

Bersediakah Kita Dengan Ramadan?/11

Allah memberikan kepada kita Ramadan yang penuh dengan kelebihan untuk manusia merebutnya. Kita sedia maklum bahawa manusia mempunyai masa sangat singkat di dunia ini untuk membuat persiapan. Meskipun kehidupan di Dunia ini diibaratkan singgah sebentar sekadar berteduh di bawah pohon, namun ia amat bererti bagi seorang Musafir yang berjalan jauh ketika hari panas. Mereka pasti mengambil peluang untuk berehat serta makan minum untuk memulihkan tenaga fizikal dan dapat juga melakukan Amal Ibadah untuk kekuatan dan bekalan Rohaniahnya. Demikian hakikat Dunia yang disebut sebagai “Al-Dunya Darul Amal, Wal Akhiratu Darul Jaza Dunia merupakan gelanggang melakukan amal dalam segala gerak kerja, sementara akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini lalai dengan kenikmatan bersifat sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat…..

Saudara,

Dalam bulan Ramadan, seorang Muslim dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan dalam pelbagai bidang, terutamanya: daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Apa yang penting buat masa ini ialah membuat persediaan yang sesuai agar kita akan dapat mendidik diri dengan cara yang terbaik dan akan menjulang piala taqwa di akhir bulan Ramadan nanti.

Rebutlah peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam bulan Ramadan seperti berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, Qiyamullail, malam Lailatul Qadar dan sebagainya. Kita janganlah melepaskan peluang ini kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadan akan datang.

Bersediakah kita menyambut Ramadan? Adakah kita antara golongan yang menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadan? Ataupun kehadiran bulan Ramadan kali ini dianggap biasa-l sahaja sama seperti bulan-bulan yang lain. Selama setahun tidak berlapar, bersediakah kita untuk berlapar kembali?. Setelah setahun jarang-jarang sekali membaca al-Quran dan Qiam, mampukah kita melakukannya pada bulan ini?. Setelah setahun jarang-jarang sekali

12/Bersediakah Kita Dengan Ramadan?

bangun mendirikan Qiamullail, mampukah kita melakukannya pada bulan ini?.

Sesungguhnya Ramadan bulan yang mulia, yang diturunkan di dalamnya al-Quran. Di dalamnya terdapat pelbagai kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Rebutlah peluang selagi mana peluang hidup masih ada. Jangan sia-siakan peluang keemasan ini dan jangan pula membiarkannya berlalu tanpa dimanfaatkan, kelak ia akan membawa kerugian kepada kita.

MUTIARA KATA AL-MARHUM TUAN GURU

“Umur adalah pinjaman daripada Allah SWT, suatu masa nanti ia akan ditanya oleh Allah. Lakukanlah yang terbaik untuk masa depan kita di akhirat dengan bekalan yang ada…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: