Serangan Hendap Terhadap Ikhlas

2 RAMADAN

Serangan Hendap Terhadap Ikhlas

Assalamualaikum Warahmatullah

Dari Hafsah binti Umar RA. Rasulullah SAW telah bersabda:

A من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام ل Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar. maka tidak ada puasa baginya. (Riwayat Abu Daud)

Niat merupakan permulaan yang penting bagi sesuatu ibadat. Ia bukan sekadar lafaz di mulut tetapi ia merupakan keazaman yang terpendam dan tersemat indah di dalam hati sanubari manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Ia dapat membezakan antara ibadat dan adat kerana mungkin ada manusia yang turut berlapar dari dini hari hingga waktu malam, tetapi sekiranya tanpa disertakan dengan niat, perbuatannya itu tidak membawa apa-apa erti di sisi Allah SWT.

Saudara,

Kita hendaklah beramal sehingga melahirkan ikhlas, bukan tunggu ikhlas baru nak beramal. Ikhlas adalah persoalan dalaman manusia. yang dilakukan sehingga menjadi amalan sebati dalam kehidupan kita. Apabila ia telah menjadi sebati, maka tidak timbul melakukan sesuatu perkara itu kerana orang lain. Sama ada orang lain ada atau tidak, ia istiqamah melakukannya. Allah menghargai amalan orang yang ikhlas kerana melakukan sesuatu amalan itu bulat kerana Allah,

Ikhlas bukan suatu perkara yang mudah seperti disangka. Ia selalu diserang hendap oleh nafsu manusia yang ingin dipuji, dipandang hebat dan dimuliakan yang secara tidak sedar kita tertipu dengan amalan yang dilakukan. Justeru, niat bukan sekadar menyebutnya di awal melakukan amalan, tetapi ia perlu sentiasa hadir di dalam hati bahawa amalan itu dilakukan kerana Allah”, bukan kerana

6/Serangan Hendap Terhadap Ikhlas

makhluk yang lain.

Mungkin di peringkat awal kita menyebut bahawa amalan itu “kerana Allah tetapi ketika menjalani ibadah berkenaan, kita mungkin hanyut dalam lamunan perasaan yang menganggap bahawa kitalah yang paling hebat puasanya tanpa menyedari bahawa kita sedang diserang hendap oleh syaitan dan hawa nafsu. Akhirnya amalan yang kita lakukan itu menjadi abu yang bertaburan di udara malahan ia dihampukkan kembali ke muka si hamba lantaran amalan itu bukan semata-mata kerana Allah, tetapil dikongsi dengan makhluk yang lain. Oleh itu, ia merupakan perkara yang rumit kerana ia terletak di dalam hati. Orang lain hanya dapat melihat aspek luaran sahaja dan tidak dapat mengetahui perihal hati seseorang. Oleh kerana rumitnya soal hati, maka syaitan dan nafsu sering menyusup di dalam hati dan berjaya mempengaruhinya sehingga tidak lagi melaksanakan ibadat semata-mata kerana Allah.

Maka, kita perlu minta lindung dengan Allah dari bisikan syaitan dan dari lamunan hati kerana kita sebagai anak Adam tidak sebegitu kuat untuk berhadapan dengan serangan syaitan dan nafsu. Nabi Adam, bapa kepada manusia pun tewas, anak Adam perlu lebih berhati-hati dan minta perlindungan dari Allah.

Niat dan ikhlas merupakan dua perkara yang saling berkait rapat

kerana keduanya berpunca dari hati yang hanya diketahui oleh diri

sendiri dan Allah SWT.

Saudara,

Puasa bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi ia merupakan penghayatan yang lahir dari keazaman yang kukuh untuk membentuk hati dan perasaan bagi mencapai tahap taqwa kepada Allah. Ia bukan sekadar di mulut, tetapi ia terletak di hati sanubari manusia, hasil dari kefahaman tentang Ramadan sebagai bulan tarbiyyah. adalah bulan yang perlu dilalui dengan hati yang suci dan tunduk patuh kepada Allah. Jika sekadar membaca niat puasa tetapi pada keesokan harinya hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, kanak-kanak darjah satu juga mampu melakukannya. Kita

Serangan Hendap Terhadap Ikhlas/7

tidak mahu susah payah ibadah puasa yang dilakukan menjadi sia sia sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Rasulullah:

كم من صائم حظة من صومه الجوع والعطش Maksudnya: Betapa ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga. (al-Nasaci)

Kesungguhan melakukan amalan dalam bulan Ramadan merupakan sebuah persiapan untuk bertemu dengan Allah. Ia memerlukan kesungguhan kerana Allah telah memberikan temujanji selama sebulan untuk manusia berbakti kepadaNya. Jika kita ingin membuat pertemuan dengan seseorang yang mempunyai pangkat, ia bukan kerja yang mudah. Pertamanya mungkin kerana kerja yang banyak dan kedua ialah ego. Jikapun kita berpeluang untuk berjumpa, ada had masa dan perkara-perkara yang dilarang untuk diberitahu. Namun bertemu dengan Allah SWT yang Maha Besar, Maha Hebat amat mudah. Tanpa syarat, tanpa had masa, siang dan malam kita boleh berbicara denganNya. Bulan Ramadan, ialah bulan untuk kita bertemu dengan Allah dan berbicara denganNya secara serius.

Saudara,

Sebenarnya, niat melakukan ibadat puasa tidak susah. Niat adalah kehendak dan keazaman yang tersemat di dalam hati dan disertakan dengan amalan. Ia tidak semestinya dalam bahasa Arab tetapi apa yang di dalam hati. Cukup sekadar membayangkan dalam fikiran untuk berpuasa esok hari, sebelum dari masuk waktu fajar. Walau bagaimanapun, para ulama telah membuat suatu lafaz yang boleh dijadikan panduan untuk berpuasa seperti berikut:

نويت صوم عد عن أداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى

“Aku berniat berpuasa esok hari, menunaikan fardu Ramadan pada tahun ini, kerana Allah Taala”

Selain itu, sahur merupakan salah satu cara untuk memperkuatkan lagi niat puasa. Bahkan, mengikut ulama’ dalam mazhab Syafie,

Serangan Hendap Terhadap Ikhlas

sekiranya seseorang itu bangun sebelum subuh untuk bersahur, in dikira sebagai niat untuk berpuasa. Tidak kira hanya minum seteguk atau sebiji kurma, ia tetap dinamakan sebagai sahur untuk berpuasa pada keesokan harinya.

Sandara,

Berniat tidak susah tetapi mencapai ikhlas itulah yang mencabar. Marilah sama-sama kita menginsafi kisah para sahabat yang telah. mati di medan peperangan, namun Rasulullah menyatakan bahawa dia tidak mati syahid kerana dia berperang bukan bulat tekadnya untuk mencapai keredaan Allah. Dia sanggup untuk menggadaikan nyawanya semata-mata untuk dianggap sebagai seorang pahlawan yang hebat. Tidakkah itu hasil dari bisikan syaitan dan keinginan nafsu yang sentiasa memperdaya manusia? Kerjanya begitu halus dan sungguh licik sekali.

Ringkasnya, niat dan ikhlas perlu sentiasa dijaga kerana ia sentiasa terdedah dengan serang hendap. Tanpa niat yang betul dan ikhlas, puasa kita mungkin sah pada mata manusia, tetapi dikhuatiri tidak diterima di sisi Allah. Jadi marilah sama-sama kita dan memperteguh niat kita agar puasa kita hanyalah kerana Allah.

MUTIARA KATA AL-MARHUM TUAN GURU.

“Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: