Ramadan Bulan Meraih Laba

Ramadan Bulan Meraih Laba

Kita akan menyambut kedatangan Ramadan pada hari Ahad ini. Sewajarnya setiap Muslim menggunakan sepenuhnya kesempatan di bulan Ramadan pada kali ini dengan azam untuk melipat gandakan berbagai ibadah dan amal soleh.

Apabila kita berada di dalam bulan Ramadan, bererti hari-hari di bulan Ramadan adalah hari ghanimah (hari memperolehi bahagian daripada harta rampasan perang). Kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sangat besar.

Di dalamnya terdapat pelbagai keutamaan yang sangat agung, dan pahala yang sangat besar. Antaranya adalah pahala puasa, pahala solat terawih, pahala sedekah, pahala ta’lim (mempelajari ilmu agama), pahala amar ma’ruf (menyuruh kebaikan) dan pahala nahi mungkar (melarang dari kemungkaran). Apa sahaja amalan baik yang dilakukan ketika bulan Ramadan adalah termasuk dari perkara-perkara yang dilipatgandakan pahalanya berbanding jika dilakukan diluar bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk meraih keuntungan dan laba yang berlipat ganda. 

Abu Hurairah RA meriwayatkan, menjelang Ramadan, Rasulullah berkhutbah pada sahabat:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قاَلَ لَمَّا حَضَرَ رَمَضَانُ : قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ مُبَارَكٌ, إُفْتُرِضَ عَلَيْكُمْ صِيَامُهُ, تُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ, فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرُهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Ramadan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan” (HR Ahmad dan al-Nasai)

Mari kita bersedia untuk manfaatkanlah bulan Ramadan kali ini dengan bersungguh-sungguh beribadah, berazam untuk memperbanyakkan solat, membanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, memaafkan kesalahan orang, dan berbuat baik kepada orang lain.

Berusahalah untuk menghilangkan permusuhan, kebencian dan dendam di antara kalian.

Terdapat laba dan keuntungan yang besar menanti kita semua, jika kita dengan sabar menempuh setiap dugaan Ramadan ini dengan jayanya.

Labanya bukan sedikit. Orang-orang yang bersabar itu diganjari dengan balasan yang tanpa had oleh Allah SWT seperti yang dijanjikan dalam Surah Al-Zumar: ayat 10.

قُلۡ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٞۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٖ ١٠

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firman Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

Semoga Allah SWT memberikan taufiq-Nya kepada kita semua agar bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk beribadah dan melakukan pelbagai amal ketaatan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: