
RINGKASAN JUZUK 1
Selepas memulakan bicaranya dengan bertahmid melalui surah al-Fatihah, al-Baqarah selanjutnya memaparkan tiga model khalifah yang pernah memimpin bumi; dimulai dengan Adam a.s sebagai khalifah pertama, seterusnya Bani Israel sebagai manifestasi kegagalan melaksanakan tanggungjawab khalifah dan akhir sekali Ibrahim a.s sebagai contoh khalifah yang ulung.
Kita semua adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi berpandukan risalah al-Quran yang mulia.
PERISTIWA
Pembukaan Kota Andalus pada tahun 91 Hijrah oleh Muslimin yang dipimpin Panglima Tareq bin Zeyad.
HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN AL-QURAN
Luangkanlah masa untuk al-Quran bukan menunggu masa terluang untuk al-Quran. Tilawah (baca al-Quran),Tadarus (baca al-Quran secara berkumpulan dan saling menyemak), Tadabbur (memahami dan menghayati makna-makna al-Quran).