Puasa, Sedekah Dan Qiamullail Pintu Kebaikan

Puasa, Sedekah & Qiamullail Pintu Kebaikan

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Dari Mu’adz bin Jabal bahwa Nabi SAW bersabda;

“Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari.” (HR Ahmad No: 21116)

Pengajaran:

1.  Tiga pintu kebaikan untuk Mukmin iaitu puasa, sedekah dan qiamullail.

2. Pintu PERTAMA : Ibadat puasa – menjadi benteng atau perisai kepada Mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

3.  Pintu KEDUA : Sedekah – amalan yang boleh menjadi penghapus dosa.

Sedekah akan menyuburkan sifat pemurah, penyantun serta menjauhi sifat kedekut,  tamak dan sombong.

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebiji kurma.  Bukhari  no 1413 & Muslim 1016

4.  Pintu KETIGA : Qiamullail – ibadat malam akan membina kekuatan jiwa dan roh seorang mukmin.

Sebagai Mukmin, kita amat memerlukan ketiga-tiga ibadat ini (puasa, sedekah & qiamullail) sebagai pintu yang membuka segala kebaikan yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: