Taksub itu bukan pada orang lain saja. Taksub juga boleh pada diri sendiri.
Bila kita rasa kita lebih baik dari orang lain, itu taksub namanya.
Bila kita rasa pendapat kita saja yang betul, itu taksub namanya.
Bila kita tidak bersedia untuk mendengar pendapat orang lain, itu taksub namanya.
Bila kita nak paksakan orang lain untuk hanya dengar pendapat kita, itu taksub namanya.
Bila kita mula menjadikan semua orang yang enggan dengar apa yang kita cakap sebagai musuh, itu taksub namanya.
Taksub ini salah satu cabang takabbur. Syaitan itu taksub pada dirinya sendiri. Kerana taksub pada dirinya sediri, syaitan menjadi takabbur. Dengan sifat takabbur, syaitan sanggup menderhaka kepada Allah.
Bayangkan, sudah berapa lamanya syaitan itu taat kepada Allah. Tetapi kerana taksub pada dirinya, dia dicampak ke dalam api neraka.
Bila Allah minta Syaitan sujud kepada Adam, apa kata syaitan?
“Aku lebih baik daripadanya”. Hanya sepatah ayat ini, sudah cukup untuk mengeluarkannya dari syurga sampai bila-bila.
Jadi, jangan taksub pada diri sendiri. Sebagaimana kita suka orang dengar pandangan kita, belajar juga untuk dengar dan faham pandangan orang lain.
Pandangan berbeza, mungkin kerana sudut pandangnya berbeza. Maka, selagi mana ia boleh diraikan, maka raikanlah.