RENUNGAN BERSAMA

Pagi ini saya baca perkongsian daripada seorang peguam tentang turutan pemberian nafkhah oleh suami.

Ia bermula dengan isteri nombor 1, kemudian anak. Sempat lagi saya bayangkan kalau bini 2, 3, 4, aduduuuduuu, jenuh nak setelkan bab nafkhah sedangkan gaji bersih cikgu berapalah sangat tolak hutang itu ini. Nafkhah emak ini wajib ditunaikan oleh suaminyalah.

Perkara ini tidak difahami zaman berzaman, sehingga Ustaz Wadi banyak kali menyebut tentang dosa terbesar suami hari ini ialah pengabaian nafkhah suami kepada isterinya.

Bagi seorang suami, dosa mengabaikan nafkhah isteri sahaja sudah cukup untuk menyusahkannya di akhirat kelak. Bayangkan isteri yang terkontang kanting mencari rezeki untuk membiayai keluarga, sedangkan suami yang bekerja menggunakan seluruh duit untuk ibunya lalu mengabaikan isterinya.

Perkongsian peguam ini dikritik hebat oleh kebanyakan lelaki. Boleh baca komen- komen yang jelas menunjukkan ketidakfahaman masing-masing tentang urutan nafkah.

Sukalah saya nak menasihati diri saya sendiri.

Jika diizinkan Allah, saya yang mempunyai dua orang anak lelaki bakal bermenantu. Bayangkan jika saya sebagai seorang ibu yang tidak memahami hukum ini, lalu memaksa-maksa anak lelaki saya menyerahkah duit gajinya pada saya, hidup meminta-minta dengan anak lelaki macam saya tak ada laki.

Lalu jadilah anak lelaki saya suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya. Nauzubillah. Dosa ini pastilah bermula daripada diri saya sebagai seorang ibu yang jahil.

Selalu lelaki menggunakan alasan dan hujah ketaatan kepada ibu. Ya benar, taatlah kepada ibu sampai hujung nyawa, tetapi itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami memberi nafkhah kepada isteri.

Wahai bakal-bakal mentua, nafkhah kita di tangan suami kita, bukan di pundak anak lelaki kita. Jangan kerana kejahilan kita, anak lelaki kita menjadi suami dayus yang mengabaikan keluarganya. Nauzubillah.

Sentiasalah peringatkan anak lelaki untuk tunaikan tangungjawabnya. Bukannya cukup bulan je, kita call anak lelaki kita suruh beli itu ini yang tak penting sampai dia pun serba salah.

Apapun, buat baik pada ibu tetap nombor satu, TAPI nafkhah bini, tanggungjawab suami. Ingat tu, jangan gila nak berbini banyak je, tapi semua bini bekerja, kau terer bab giliran jer.

C&P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: