Hikmah Ingat Kematian..

Hikmah Ingat Kematian..

Usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.

Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

   “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya

   Dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, Tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.”

(Riwayat Ahmad)

Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.

Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud:

   “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan.

    Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang,

   Dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”

(Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

   “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu,

   Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,

   Lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).”

(Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)

Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

   “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia.

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kematian diiringi amalan antaranya memperbanyakkan istighfar.

Disampaikan oleh : 

Fadly Samsudin

Jazaakallahu khairan

#hidayahitumilikAllah

Semoga ilmu ini dapat disampaikan dan disedekahkan

In shaa Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.”

(HR. Bukhari)

“Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala”.

(HR. Bukhari) C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: