Para Makhluk Berselawat Ke Atas Nabi

Para Makhluk Berselawat Ke Atas Nabi

=========

1. Perbanyakkan membaca selawat dan salam pada hari jumaat. Dalam sebuah riwayat yang sahih, Rasulullah menceritakan bagaimana para makhluk turut memberi salam kepada Rasulullah. Malu kita sebagai umat Baginda andai tidak berselawat dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Rasulullah:

إِنِّي لَأَعْرِفُ حَجَرًا بِمَكَّةَ كَانَ يُسَلِّمُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ أُبْعَثَ إِنِّي لَأَعْرِفُهُ الْآنَ

“Aku mengenal pasti sebiji batu di Mekah. Ia pernah memberi salam kepadaku sebelum aku dibangkitkan (menjadi Nabi). Aku masih mengingati batu tersebut. (HR Muslim)

2. Begitu juga dalam riwayat al-Tirmizi, Saidina Ali dikatakan dapat merasakan keadaan tersebut. Kata beliau:

كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم بمكة، فخرجنا في بعض نواحيها، فما استقبله جبل ولا شجر إلا وهو يقول: السلام عليك يا رسول الله

“Aku pernah bersama dengan Rasulullah di Mekah. Kami keluar bersama di beberapa bahagian di Mekah dan tidak ada Kawasan yang kami melalui bukit dan pokok melainkan mereka mengucapkan salam ke atas Rasulullah.” (HR al-Tirmizi)

3. Oleh yang demikian, andai sekiranya seluruh makhluk memberi salam kepada Rasulullah, mengapa tidak kita sebagai umatnya berselawat dan membacakan salam ke atas Baginda Nabi? Perbanyakkan selawat pada hari jumaat.

Semoga Allah membimbing kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: