Niat itu penentu Rezeki
——————-
Ramai orang lupa memulakan hari dan kehidupan dengan niat ibadah kepada Allah.
Sahaja aku bekerja kerana Allah taala
Sahaja aku berniaga kerana Allah taala
Sahaja aku beribadah kerana Allah taala
Sahaja aku menguruskan rumahtangga kerana Allah taala.
.
Bila niat dimulai kerana Allah, setiap perbuatan yang dilakukan itu mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.
.
Bangkit setiap pagi usah risau hal rezeki dan masalah hidup yang tak pernah habis.
.
Fokus zahirkan kesyukuran sebanyak-banyaknya kepada Allah. Syukur atas nikmat melihat mendengar dan bergerak yang Allah berikan.
.
Dan katakan kepada diri.
Rezekiku sudah cukup ya Allah. Alhamdulillah aku bersyukur.
.
Orang yang merasa rezekinya cukup tanda rezekinya berkat.
.
Orang yang merasakan rezekinya tidak cukup barangkali hidupnya hilang keberkatan. Kerana rezeki yang berkat itu cukup.
.
Raihkan keberkatan rezeki dengan niat dan rasa kesyukuran yang betul kepada Allah.