MENJADI HAMBA YANG SEDAR DIRI
• Ia faham betul, bahawa dirinya memiliki kekurangan yang orang lain ketahui. Tapi, ia sedar benar, bahawa kekurangan dirinya lebih banyak dari yang diketahui oleh manusia.
• Sungguh beruntung orang demikian. Ia menjadikan ilmu agama yang dipelajari, berawal sebagai pembersih atas berbagai kekurangan dalam dirinya.
Al-Faqih Ibnu Hazm rahimahullah berkata,
طُوبى لمن علم من عُيُوب نَفسه أكثر مِمّا يعلم النّاس مِنها
“Sungguh beruntung hamba yang lebih banyak mengetahui kekurangan dirinya daripada yang orang lain ketahui tentangnya.”
(Al-Akhlak wa as-Siyar, hlm. 26)
• Ia ingat, bahawa harus selalu berusaha lebih baik untuk kehidupan yang kekal di akhirat.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌ ۢبِمَا تَعْمَلُوْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Q.S. Al-Hasyr: 18)