KISAH WANITA JAGA IBU LUMPUH MAHU MOHON BANTUAN GEREJA

TAIPING: Isu wanita yang menjaga ibunya yang lumpuh serta mempunyai enam orang anak yang tular di laman sosial ekoran mendakwa lambat mendapat bantuan dan berhasrat mahu mendapatkan bantuan dari gereja perlu dijadikan pengajaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun kes tersebut telah selesai, namun ia perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang.

Menurut Idris, konsep ambil tahu perlu menjadi pegangan sterutama jiran-jiran agar tidak ada lagi keluarga susah yang terabai.

“Biar kita yang mencari orang susah, bukan orang susah yang mencari kita. Kita yang makan gaji ni, ada elaun, kita carilah mereka.

“Kita dapat maklumat daripada imam atau jawatankuasa JKK, maklumat mereka mesti kita daftar dan simpan,” katanya.

Jelas Idris, malah terdapat hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menyuruh supaya orang mukmin tidak membiarkan jirannya dalam keadaan lapar.

Katanya, tindakan memaklumkan kepada pihak berkuasa  masalah yang dihadapi jiran juga adalah satu bentuk bantuan.

Idris berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Simpang, Taiping hari ini.

Rabu lalu, Berita AlHijrah melaporkan kes Diwiyana Mohamed yang videonya tular di tiktok selepas mendakwa permohonan bantuan ibunya lambat diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK).

Diwiyana atau dikenali sebagai Kak Yana mendakwa telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui dua agensi itu sebanyak dua kali.

Gara-gara menyatakan hasrat mahu meminta bantuan daripada gereja sebagai langkah akhir, video tersebut mendapat lebih satu juta tontonan.

Namun tindakannya itu berbaloi dan pelbagai pihak tampil memberi bantuan termasuk JKM yang meluluskan RM500 sebulan bermula Mac ini. –AlHijrah Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: