5 JENIS HIJAB

Hijab adalah dinding atau tirai yang menghalangi hubungan hati dengan Rab-Nya.Ia akan menyebabkan amal ibadah tidak bersambung kepada Allah.Maka di sini didatangkan pembahagian tentang hijab ;

1- Hijab A’yan,

2- Hijab Ilmu,

3- Hijab Huruf,

4- Hijab Asma’,

5- Hijab Zulmah.

Hijab A’yan

Iaitu amal ibadah yang dipertalikan dengan dunia dan akhirat.Misalnya ibadah yang mengharapkan upah balasan berupa mata benda dan berupa pahala yang disediakan di akhirat.Amal ibadah ini tidak tersambung kepada Allah tetapi hanya tersambung dengan balasan sama ada berupa dunia  atau akhirat ( pahala ).

Hijab Ilmu

Seperti ahli ilmu yg sudah memahami Tauhid,feqah,bahasa Arab dan seumpamanya namun berhenti memerhatikan amal hati ( akhlak ) kerana sudah merasa dirinya ustaz,pengikut sudah ramai, mengganggap ilmunya aje yang benar, memperlekehkan ilmu orang lain.Biasanya hijab pada Ahli ilmu.

Hijab Huruf,

Iaitu seseorang yang mengelokkan atau memperindahkan bacaannya supaya dipuji dan senang hatinya,begitu juga penceramah yg menyusun kata-kata indah kadang2 ditambah seolah-olah menangis supaya dianggap khusyuk,padahal sebaliknya.

Hijab Asma’

Terhijab dengan nama2 benda, seperti ubat,vaksin yang menyembuhkan,makanan yang mengenyangkan dan seumpamanya sehingga tidak meletakkan Allahlah yang hakikatnya.

Hijab Zulmah.

Iaitu hati yang gelap,tidak ada hidayah,ilham dan Taufik,dipenuhi dengan maksiat,Hijab ini sangat tebal sehingga amalnya tidak dirasakan datangnya dari pertolongan Allah.

Semoga Allah menyingkap hijab2 kita sehingga diberi makrifat kepadaNya.Allah menyayangi antum semua.Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: