Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard


Kisah Perdebatan Imam Abu Hanifah Dengan Seorang Atheis
Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:
“Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat”.
Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:
“Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?”
Mereka menjawab: “Ada, beliau bernama Sheikh Hammad”.
Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:
“Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk”.
Imam Abu…
View original post 1,841 more words