MUSA BIN NUSHAIR MEMASUKI ANDALUSIA (Siri 14)

CABARAN PEMERINTAHAN ANDALUSIA

MUSA BIN NUSHAIR MEMASUKI ANDALUSIA (Siri 14)

Keghairahan Tariq bin Ziyad meneruskan perjalanan memasuki Andalusia dengan cara tergesa-gesa mengundang rasa tidak senang Musa bin Nushair. Dia khuatir pasukan Tariq bin Ziyad akan dikepung dan diserang dari belakang oleh pasukan tentera Nasrani. Manakala ketika itu jumlah tentera pasukan Tariq bin Ziyad tidak ramai jumlahnya.

Musa bin Nushair telah mengirim surat yang agak keras arahannya supaya Tariq bin Ziyad berhenti dari meneruskan perjalanan memasuki kawasan Andalusia. Arahan ini dipatuhi oleh Tariq bin Ziyad kerana dia tahu bahawa arahan dan pengalaman Musa bin Nushair melebihi pengalamannya. Musa bin Nushair berjaya menguasai Afrika Utara dan mendidik penduduk Barbar sehingga mereka menjadi seorang Muslim yang luar biasa hebatnya. Malah Tariq bin Ziyad adalah anak didik Musa bin Nusyair.

Ada pandangan yang tidak tepat yang mengatakan Musa bin Nushair kurang senang dengan Tariq bin Ziyad kerana kehebatannya. Maka sifat iri hati dan cemburu telah menguasai dirinya. Pandangan ini tidak benar sama sekali dan adalah satu rekayasa. Ini kerana Musa bin Nusyair telah menyediakan satu pasukan tentera yang berjumlah 18,000 untuk turut serta bersamanya memasuki Andalusia bagi mengukuhkan penguasaan. Jelasnya kerisauan Musa bin Nusyair adalah keselamatan pasukan tentera Tariq bin Ziyad yang sudah memasuki hingga ke kawasan pendalaman Andalusia bukan kerana cemburu atau iri hati.

Jumlah tentera bantuan berjumlah 18,000 orang yang mengikuti Musa bin Nusyair adalah terdiri dari bangsa Arab yang datangnya dari Yaman, Syam atau Syria dan Iraq. Bayangkan tentera ini datang berbondong-bondong dalam perjalanan yang jauh apabila mengetahui semboyan jihad telah dilaungkan. Pasukan tentera ini memasuki kota-kota yang masih belum aman sepenuhnya dan menguasainya. Musa bin Nusyair dan pasukan tenteranya menempuh laluan ke utara dan tidak menggangu kota-kota yang telah dikuasai oleh Tariq bin Ziyad.

Antara kota yang berjaya dikuasai oleh Musa bin Nusyair ialah Syadzunah, Cormuna dan Sevilla. Kota Sevilla berjaya dikuasai setelah dikepung selama beberapa bulan oleh tenteranya. Akhirnya pintu kota dibuka dan tentera Musa bin Nusyair memasukinya secara aman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: