BENARKAH TARIQ BIN ZIYAD MEMBAKAR KAPAL? (Siri 12)

CABARAN PEMERINTAHAN ANDALUSIA

BENARKAH TARIQ BIN ZIYAD MEMBAKAR KAPAL? (Siri 12)

Terdapat kisah masyhur tentang Tariq bin Ziyad membakar kapal-kapal tenteranya. Kononnya ianya dilakukan bagi memberi semangat kepada para tenteranya untuk berjihad melawan musuh dan tiada jalan untuk menyeberang keluar dari Andalusia. Maka kematian sahaja yang menanti mereka sama ada di hadapan atau di belakang mereka. Oleh itu tentera kaum Muslimin perlu berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Riwayat kisah ini terdapat dalam penulisan oleh ahli sirah dari Eropah tetapi tidak dalam penulisan ahli sirah Muslim yang boleh dijadikan sandaran. Kisah ini jika dikatakan benar dilakukan oleh Tariq bin Ziyad tentulah ada riwayat dialog antaranya dengan Musa bin Nushair atau khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Namun tiada riwayat yang sahih dijumpai kisah ini yang boleh dianggap sebagai benar.

Para penulis Nasrani merekayasa kisah ini untuk mencari alasan bahawa kemenangan tentera kaum Muslimin yang berjumlah 12,000 orang menentang 100,000 orang tentera Roderic terpaksa bertarung sehingga mati kerana sudah tiada pilihan. Hakikatnya tentera kaum Muslimin berperang bukan kerana takut kepada kematian tetapi kerana jihad dan mencintai syahid.

Ahli sirah Eropah sebenarnya berhasrat meremehkan semangat jihad tentera kaum Muslimin dan ingin  menyanggah bahawa kemenangan ini hasil pertolongan dari Allah. Malah tiada mana-mana pemimpin perang yang melakukan tindakan yang tidak bijak ini sebagai satu misi atau strategi dalam peperangan.

Selain itu Tariq bin Ziyad dikenali seorang yang taat dan patuh kepada Musa bin Nushair, dia tidak sesekali akan menyanggah arahan atau melangkauinya dalam membuat tindakan. Tindakan membakar kapal-kapal yang dibina atas arahan Musa bin Nushair perlu mendapat keizinan darinya terlebih dahulu.

*_Sejarah peperangan tentera kaum Muslimin sebelum ini terdapat juga taktik perang untuk berundur sebentar sebelum kembali menyerang. Maka tiada alasan untuk Tariq bin Ziyad meletakkan para tenteranya dalam kedudukan bahaya dengan membakar kapal-kapal sekiranya mereka terpaksa berundur untuk mengumpul kekuatan.

Walau pun kisah ini masyhur namun ianya bukanlah suatu yang konkrit. Dengan membaca, meneliti dan menganalisis sahaja dapat mengesahkan kesahihannya. Penulisan sejarah sebenarnya bukanlah mudah, ianya memerlukan penelitian dan tapisan. Banyak sejarah Islam yang ditulis oleh golongan orientalis yang dimuatkan dalam pelbagai bentuk. Umat Islam yang kurang membaca dan menyemak akan terperdaya dengan informasi yang salah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: