ANDALUSIA BERJAYA DIKUASAI (Siri 13)

CABARAN PEMERINTAHAN ANDALUSIA

ANDALUSIA BERJAYA DIKUASAI (Siri 13)

Kemenangan pasukan tentera Tariq bin Ziyad dalam pertempuran dengan pasukan tentera Roderic telah tersebar. Para tentera kaum Muslimin yang berada di Afrika Utara iaitu Maghribi terus bergerak memasuki Andalusia untuk bergabung dengan tentera Tariq bin Ziyad.

Kedatangan tentera ini sangat ramai memberi inspirasi kepada Tariq bin Ziyad untuk meneruskan perjalanannya sehingga ke utara Andalusia. Inilah peluang yang tidak boleh dilepaskannya kerana pada waktu itu tentera Roderic sudah berpecah dan melarikan diri. Kini wilayah Andalusia sudah tiada pemimpin yang memerintah.

Semangat tentera kaum Muslimin yang berada di Andalusia semakin kuat apabila melihat jumlah mereka semakin ramai apabila kaum Muslimin dari Maghribi telah tiba. Mereka yakin bahawa masa untuk menguasai Andalusia sudah tiba dengan datangnya pertolongan Allah. Benarlah bulan Syawal itu bulan kemenangan yang diraikan oleh mereka.

Sementara itu Tari bin Ziyad segera bergerak menuju ke Toledo iaitu ibu negara Andalusia. Para penyokong Roderic dan Witiza mantan penguasa Andalusia berkonflik dalam menentukan pengganti kepada Roderic yang tidak diketahui sama ada telah mati atau melarikan diri.

Perjalanan pasukan Tariq bin Ziyad menuju ke Toledo tidak menghadapi ancaman dan halangan. Pintu-pintu kota dibuka oleh penduduk tanpa adanya pertempuran dan akhirnya Toledo dikuasai dengan mudah. Seterusnya beberapa kota lain turut dikuasai olehnya iaitu Castille, Leon dan Astariqah. Tariq bin Ziyad menyeberangi Pergunungan Osteorias hingga Teluk Ghasqunah atau Bascunia di tepi Laut Atlantik serta menguasai sepenuhnya.

Kemampuan dan keberanian Tariq bin Ziyad sangat luar biasa kerana pasukan tenteranya bukanlah dalam jumlah yang ramai pada ketika itu. Ini kerana pasukan tentera yang ramai itu telah ditinggalkan di kota-kota yang berjaya dikuasai semasa perjalanan ke Toledo. Secara umumnya Andalusia telah dikuasai dan seruan dakwah akan bergema di Andalusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: